Isteri adalah nadi dalam sesebuah keluarga. Kalau isteri tak ada satu hari, rumah jadi sepi. Anak-anak pun akan rasa sama suramnya. Jadi suami kenalah pandai jaga hati isteri. Jangan biar isteri merajuk.
Isteri yang sedang merajuk pun bikin hati suami gundah gulana, inikan pula bila isteri tiada. Sunyi yang teramat. Jadi sementara Allah masih pinjamkan isteri untuk kita, kita jagalah dia sebaik mungkin. Jaga hatinya, jangan biar isteri bermasam muka apalagi menangis dengan sikap kita.
Gambar hiasan.
Perkongsian dan tip daripada doktor kita ni, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, baik untuk kita baca. Banyak benarnya dalam kata-kata beliau. Jadi suami, sila jaga hati isteri ya. Paling penting balik rumah jangan muka kelat. Senyum je buat isteri rasa bahagia.
WAHAI PARA SUAMI BUDIMAN, BACALAH!
Ads
1. Teruk mana pun dugaan di tempat kerja, suami tak usahlah pulang bawa muka masam dan kelat. Isteri dan anak-anak di rumah tak sabar nak tunggu kepulangan kau jadi elok pulang bawa buah tangan/ole-ole. Makan sama-sama, InshaAllah hati akan terubat.
Ads
2. Isteri adalah hati dalam sesebuah keluarga. Jika isteri tak gembira, maka seisi rumah akan turut tak gembira. Anak-anak akan kuat meragam, makan minum tak terjaga, rumah tak terurus, walaupun rumah itu ada pembantu rumah. Jadi, jaga hati isteri baik-baik.
3. Kalau isteri marah, cepat-cepatlah pujuk. Tak usah biarkan isteri pendam hati sedih dan terluka berpanjangan. Di luar sana ramai lelaki baik yang inginkan wanita yang baik-baik, seperti isteri kau. Kalau kau tak pujuk, mereka pula yang akan pujuk nanti. Bahaya!
4. Isteri akan cepat syak wasangka jika kau selalu menyembunyikan status perkahwinan. Oleh itu, kalau pergi mana-mana majlis, elok bawa sekali isteri. Kenalkan dia pada kawan-kawan kau. Tapi kalau dia tak mahu ikut, tak usahlah dipaksa. Ada isteri tak selesa ditayang-tayang.
5. Kalau jumpa orang tulis pasal nasihat untuk isteri. Kau jangan pergi tag isteri pada pos tu. Jangan share dekat wall dia. Share kat wall kau sudahlah. Jangan risau, isteri kau baca juga nanti. Mana ada isteri yang tak stalk FB suami dia, kan?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Ezzaty Abdullah dan suami, Azwan kombos bersama anaknya Harum Dahlia kelihatan berada di Dhubai. Apa yang menariknya, Pelakon andainya takdir 2 ini telah berkongsi tip kendali bayi ketika dalam penerbangan.
Beliau telah berkongsi tip di laman instagramnya sebelum pulang ke tanah air. Tip yang ringkas dan mudah ini boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa yang risau dan kurang yakin untuk membawa si kecil bercuti menaiki kapal terbang. Ikuti perkongsian beliau.
Tido,mamai, dancing. Ramai tanya macam mana saya handle Harum dalam flight. Alhamdulillah Harum sangat behave.
Tips utama
1. Ambik flight malam supaya Harum boleh sleep lama sikit. Tapi dia ambik spcae yang luas untuk sleep. Ibu kena senget-sengetkan badan lah. Bertuah punya budak!
2. Makanan standby dalam food container. Senang nak terus suap kalau lapar. Biskuit/roti boleh minta dalam flight
3. Air Air panas boleh minta dekat stewardess. Air kosong dalam botol susu tu penting untuk dia hisap masa nak take off and landing supaya telinga dia tak bengang sebab Harum tak hisap puting.
So far Harum ada is very easy to handle in flight plus steward/stewardess ramai suka baby. So harum ada ramai aunties dan uncles dalam flight nak dukung dan main dengan dia.
Membesarkan anak istimewa pastinya 1 cabaran. Ingin tahu cara terbaik bagi ibu bapa untuk mendidik anak autisme di rumah? Berikut 9 cara yang boleh bantu perkembangan anak.
Bolehkah mendidik anak autisme?
Bukan mudah menjaga dan membesarkan anak yang menghidap gangguan spektrum autisme (autism spectrum disorder, ASD).
Wujud rasa rungsing dan bimbang apabila ada mengatakan bahawa anak dengan ASD sukar untuk dipulihkan. Tetapi benarkah?
Jika anda sedang mencari-cari kaedah membantu dan mendidik anak autisme yang sesuai ketika berada di rumah, mungkin artikel ini akan dapat membantu.
Ini kerana terdapat banyak cara untuk bantu perkembangan anak dengan ASD dalam memperolehi kemahiran baru.
Cara mendidik anak autisme
Struktur dan keselamatan
Berikut langkah untuk memudahkan tugasan harian bagi anda dan anak dengan ASD:
Konsisten
Anak ASD sukar mengaplikasi apa yang dipelajari dalam sekolah kepada tempat lain seperti rumah.
Cuba terapkan persekitaran yang sama untuk bantu memperkukuhkan pembelajaran sekali gus bantu perkembangan anak.
Anda mungkin boleh menjalankan terapi di lebih daripada 1 tempat untuk mendorong anak mengaplikasikan apa dipelajari di persekitaran lain.
Selain itu, anda perlu konsisten dalam cara berkomunikasi dengan si kecil dan cuba tangani tingkah laku yang mencabar.
Rutin sama
Untuk mendidik anak autisme, anda perlu wujudkan 1 jadual rutin yang sama setiap hari.
Ini kerana anak ASD cenderung melakukan yang terbaik apabila mempunyai jadual rutin tersusun.
Sediakan jadual untuk anak berkaitan waktu makan, sesi terapi, persekolahan dan waktu tidur.
Ganjaran
Galakan positif dapat bantu perkembangan anak ASD, jadi sebaiknya cuba untuk memberikan ganjaran setiap kali mereka melakukan sesuatu yang baik.
Anda boleh memberikan pujian, pelekat atau membenarkan anak bermain permainan kegemaran setiap kali mereka berkelakuan baik.
Zon selamat di rumah
Cipta ruang peribadi di rumah untuk anak boleh berehat dan berasa selamat. Ini melibatkan cara mengatur dan menetapkan had yang mudah difahami anak.
Menggunakan petunjuk visual juga boleh membantu dengan menandakan pita berwarna dan label bergambar.
Kaedah bukan lisan untuk berkomunikasi
Mendidik anak autisme berkomunikasi tidak hanya melibatkan lisan. Tetapi anda boleh berkomunikasi dengan cara melihat mereka, menggunakan nada suara serta bahasa badan.
Fahami isyarat bukan lisan
Jika anda memerhatikan si kecil, anda boleh belajar menggunakan petunjuk bukan lisan yang digunakan kanak-kanak dengan ASD berkomunikasi.
Perhatikan nada suara, ekspresi muka dan pergerakan isyarat yang digunakan mereka sebagai tanda penat, lapar atau mahukan sesuatu.
Kenal pasti punca sebalik tantrum
Pastinya kita akan berasa kecewa dan sedih apabila berasa diabaikan. Anak autistik juga mempunyai rasa yang sama.
Apabila anak ASD mula tantrum, ia selalu disebabkan ibu bapa tidak dapat memahami atau membaca isyarat bukan lisan mereka.
Kemarahan yang ditunjukkan adalah cara mereka meluahkan rasa kecewa dan cubaan memancing perhatian anda.
Masa bergembira
Anak ASD tetap seorang kanak-kanak. Mereka juga perlu untuk mempunyai kehidupan lain selain hanya menghadap terapi semata-mata.
Tetapkan rutin untuk anak bermain.
Cipta cara menyeronokkan bersama yang boleh menghadirkan senyuman kegembiraan, ketawa serta membolehkan mereka keluar daripada kepompong.
Banyak manfaat boleh diperolehi untuk bantu perkembangan anak apabila anda menemani mereka bermain tanpa sebarang tekanan.
Kepekaan deria anak
Perhatikan tahap kepekaan dan sensitiviti deria anak ASD. Kebanyakan anak autistik sangat sensitif terhadap cahaya, suara, sentuhan, rasa dan bau.
Fahami pemandangan, suara, bau, pergerakan atau sentuhan yang boleh memicu tindak balas tingkah laku positif dan negatif kepada anak.
Wujudkan rawatan autisme tersendiri
Untuk mendidik anak autisme dan bantu perkembangan anak dengan ASD, anda harus menyedari bahawa setiap daripada mereka mempunyai spektrum autisme unik dan tersendiri.
Rawatan terapi untuk anak perlulah disesuaikan mengikut keperluan individu. Pastinya anda lebih memahami keadaan anak anda, seperti:
-Fahami kekuatan dan kelemahan mereka
-Kenal pasti tingkah laku yang kerap mewujudkan masalah dan isu
-Skil yang kurang pada anak
-Kaedah pembelajaran terbaik untuk anak – mendengar, melihat atau mempraktikkannya
-Perkara digemari anak
-Harus diingatkan, walau apa pun rawatan pilihan anda, penglibatan anda secara langsung adalah penting untuk memastikan kejayaan.
Kehadiran anda dapat membantu anak untuk mendapatkan hasil rawatan maksimum.
-Dapatkan sokongan
-Dalam mendidik anak autisme, sokongan daripada individu sekeliling amat diperlukan.
-Tidak kira sama ada secara atas talian mahupun bersemuka.
Jika anda memerlukan bantuan, jangan malu untuk memintanya daripada pasangan, ahli keluarga, rakan baik mahupun golongan profesional.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak jadi suka membuli & memberontak lepas ada adik? Padahal sebelum ini bukan begitu. Itu tanda anak mengalami stres. Ibu ayah mesti tahu kendali keadaan ini.
Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli, Pengamal Pendidikan Awal Kanak-Kanak berkongsi pada 6 tahun pertama perkembangan anak, 90% bahagian yang paling banyak dibina dalam otak manusia ialah emosi. Ibu ayah jangan terlepas waktu kritikal ini dengan menyokong perkembangan mereka.
Mungkin ada ibu yang perasan ada anak yang menunjukkan perubahan emosi dan kelakuan selepas adiknya dilahirkan. Tak mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan si adik, suka memberontak, kerap bergaduh, suka bermain bersendirian & tidak suka berkongsi adalah antara luahan ibu bapa yang dilema melihat perubahan anak selepas bergelar abang & kakak. Adakah ini petanda anak stres?
“Ada kemungkinan berlaku rasa tidak puas hati, kerana mungkin anak merasakan perlu berkongsi perhatian dari ibu ayahnya. Ini adalah satu proses yang sangat biasa (common), cuma memerlukan pemerhatian yang lebih daripada ibu bapa.
“Perlunya kita untuk lebih aware dan membahagikan masa sebaiknya dengan anak-anak,” kata Dr Putri. Beliau turut mencadangkan beberapa solusi yang boleh mengatasi situasi menekan ini.
#1 LUANGKAN MASA ONE TO ONE
“Saya mencadangkan ibu yang mengalami masalah seperti ini untuk meluangkan masa 1 to 1 dengan anak yang sudah besar.
#2 MASA YANG BERKUALITI TANPA GANGGUAN ADIK
Minta suami jagakan bayi, luangkan sekurang-kurangnya 5 minit yang berkualiti, tanpa gangguan bayi atau adiknya yang baru lahir.
#3 PERASAAN KAKAK/ ABANG LEBIH PENTING
Ibu bapa perlu tahu selepas menerima kelahiran adik, perasaan abang atau kakak adalah lebih penting buat masa ini untuk pastikan mereka lebih stabil dan positif dalam penerimaan adik baru.
#3 EYE CONTACT, SENTUHAN & NIKMATI MASA BERSAMA
Sewaktu meluangkan masa yang berkualiti (fokus hanya kepada anak – kakak atau abang), pastikan puan betul-betul menikmati masa tersebut, bercerita, berkomunikasi, eye contact, sentuhan penuh kasih sayang, supaya anak tadi merasa puas. InsyaALLAH, jika ini kerap di lakukan, mereka tidak ada masalah dalam penerimaan adik.
#4 SOKONG PERKEMBANGAN ANAK DENGAN MATANG
Suka bergaduh, main sendiri, tidak suka berkongsi adalah peringkat-peringkat normal setiap kanak-kanak akan lalui. Kematangan mereka untuk perkara-perkara ini sangat bergantung kepada bagaimana kita sebagai ibubapa, membantu menyokong perkembangan pemahaman mereka.
Pa&Ma kini kembali untuk musim keempat. Setiap Selasa jam 12 tengah hari bersama pengacara anda Syahira Rahman dan Fad hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121. Episod 7 Akan ke udara pada 23 April 2019 membincangkan tajuk Kelas Antenatal. Ikuti kami ye mama papa!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!