“Terima kasih abang, tolong jagakan baby masa saya tidur tadi. Ya Allah, rasa puas sangat tidur tadi walaupun kejap.”

“Sama-sama. Sayangkan isteri abang. Kalau bukan abang tolong siapa lagi. Sayang dah susah payah lahirkan anak kita ni. Ala, setakat jaga baby sekejap apalah sangat nak dibandingkan kepayahan sayang lahirkan dia. Thank you sayang.”

Suami, Lepas Isteri Bersalin Jangan Lupa Ucap Terima Kasih. Hilang Sakit Bila Suami Ambil Berat

Bersinar mata kedua-dua pasangan ni. Berbunga hati isteri dapat ayat-ayat cinta suaminya.

Beginilah, baru harmoni.

Bila seorang suami mengucapkan terima kasih dengan penuh ikhlas kepada isterinya kerana telah memberikannya anak, ketahuilah betapa berbunganya hati seorang isteri. Segala kesakitan yang dilalui berjuang nyawa hilang dan terbasuh dengan kata-kata indah suaminya.

Suami, Lepas Isteri Bersalin Jangan Lupa Ucap Terima Kasih. Hilang Sakit Bila Suami Ambil Berat

IKLAN

Apatah lagi bila suami mengambil berat terhadap isterinya yang masih belum kuat semuanya. Hendak bergerak pun bukan senang. Maklumlah berjahit dan bahagian bawah perut masih sakit. Bila hendak mengangkat bayi itu, amat-amat sakit sebenarnya. Bila suami sangat prihatin dan peka akan keadaan isterinya, inilah namanya keluarga!

Bila waktu malam pula suami sanggup bangun untuk mengambilkan anak yang mahukan menyusu dan mengangkat anak itu untuk disusukan oleh isterinya, maka amatlah meringankan sakit isteri yang tidak larat sebenarnya untuk mengangkat bayi itu. Ditambah pula jika suami menyediakan susu panas untuk isterinya minum sebelum menyusukan bayinya, Oh, betapa bagusnya akhlak ayah begini.

Semasa isteri di dalam pantang begini, suami perlu kuat semangat. Ketahuilah semasa ini, isteri sangat memerlukan suaminya untuk menjaganya dengan baik. Bukan sekadar fizikal, ianya termasuklah mental dan emosi.

Kalau rasa nak demam pun perlu cari jalan untuk tidak demam.

IKLAN

Ada ibu yang boleh meroyan kerana sangat keletihan. Maklumlah, rutin bertukar. Tidur malam terganggu, maka bila setiap malam tidak dapat rehat, maka minda senang menjadi terilusi.

Itulah sebab mengapa ada ibu yang di dalam pantang, campak bayinya kerana pada pandangan si ibu yang terlampau penat pada ketika itu, bayi itu adalah kain buruk. She is not able to think straight. Oleh itu ibu yang berpantang sangat memerlukan suami yang prihatin.

Mengapa ini sangat perlu? Kerana bila suami prihatin menjaga isterinya, emosi isteri akan stabil kerana dia merasakan dia amat dikasihi. Ini memberi kestabilan kepada emosi anak dan satu kepercayaan yang sangat penting akan terwujud di dalam diri anak itu ‘AKU DIKASIHI’. Kerana tenaga itu terpancar dari ibu dan meresap ke anak itu pula.

IKLAN

Anak-anak yang merasai dia DIKASIHI akan MENGASIHI dan akan mempunyai KETENANGAN di dalam emosinya. Ketenangan emosi memberi kekuatan EQ dan SQ. Dan ini sangat penting untuk kejayaan dunia dan akhirat.

Anda layak menjadi suami yang hebat begini. Inilah kepimpinan keluarga.

Ibu doakan semoga rumahtangga anda bahagia sentiasa bahagia hingga ke Jannah.

Mudah-mudahan posting Ibu pagi ni dapat beri semangat pada anda untuk saling berbakti.

Salam kasih.

Kredit: Ibu Rose – Mesejnya Kasih dan Yasmin Sari (Apprentice Ibu Rose)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI