Seringkali apabila bercerita tentang rezeki dikurniakan zuriat, biasanya kaum wanita lebih sensitif dan mengharapkan untuk mengandung. Sebenarnya dalam dia, suami juga menyimpan impian dan keinginan yang sama. Mereka lebih tabah dan tenang kerana mahu melindungi serta menjaga perasaan isteri tersayang.
Sama seperti pelakon berbakat, Izzue Islam yang telah memuat naik sebuah status yang meruntun hati pengikutnya. Mereka turut mendoakan agar dia dan isterinya, Awin, dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.
Ketika memuat naik sebuah video di laman Instagramnya, Izzue telah menulis sebuah kapsyen yang bercerita tentang sikap isterinya yang selalu membuatnya terhibur:
“Kene lagi aku! Tak apalah, satu je harapan aku. Andai kata ade rezeki dapat anak, biarlah anak aku ni perangai sama macam @awinnurin .
“Biarlah dia nak conteng muka ke kereta ke baju ke atau apa-apa jelah yang ada pada aku.
Ads
“Jangan dia conteng hati & perasaan orang yang belum tentu orang tu akan maafkan dia, jangan conteng arang dimuka bapak sudah.”
Rata-rata pengikutnya berharap agar Izzue dan Awin akan dikurniakan zuriat dan teruskan berdoa dan berusaha. Jika dilihat, pasangan ini sangat romantis dan menyayangi antara satu sama lain.
Percayalah, apabila kita berbuat baik dengan orang lain pasti dimurahkan rezeki buat kita. Untuk ‘menarik’ rezeki menghampiri kita bukanlah susah. Perbanyakkan berdoa dan amalan, pasti segala urusan akan dipermudahkan.
Seperti yang diceritakan oleh Mohd Fadli Salleh, betapa besarnya keuntungan yang kita perolehi jika meringankan beban orang lain. Ikuti perkongsian penuh manfaat ini.
Pagi ni saya kongsi 3 teknik agung pembuka pintu rezeki.
Kisah pertama, kisah seorang sahabat saya yang saya kenal rapat. Sebelum dia mula menjual, dia bagi mak dia RM1000, ayah dia RM1000 dan isteri dia.
Lepas tu dia mula menjual. Sebaik menjual, belum pun dapat keuntungan pertama ada beberapa orang yang dia tak pernah kenal datang komen kat post promosi dia,
“Saya nak sangat beli. Tapi simpan dulu la hasrat hati. Duit kena jimat. Belanja keluarga kena utamakan”.
Dia terus pm orang itu on the spot. Tanya betul ke tak berminat. Sebaik orang yang dia tak kenali ini kata sangat berminat, dia terus belikan dengan duit dia dan niat sedekahkan. Walhal dia belum ada sesen pun keuntungan!
Lebih menakjubkan, orang yang dia belikan produk tu dia langsung tak kenal. Langsung tak pernah jumpa. Tiada hubungan saudara atau apa.
Cuma orang merungut tak mampu, terus dia beli dan hadiahkan.
3 hari selepas itu, dia menjana keuntungan hampir RM70k. Dan semestinya sebahagian dari keuntungan dikembalikan semula pada golongan yang berhak.
Nampak tak bila kita bersedekah tanpa syarat bagaimana Allah pulangkan semula berganda-ganda?
Kisah kedua, seorang lagi sahabat baik saya, dia menjual kereta. Sebelum mula menjual, dia bayar zakat keuntungan pendapatan untuk 6 buah kereta.
Walhal belum pun ada sale, dia dah bayar zakat untuk 6 buah kereta.
Selepas itu, Allah kirim 8 orang beli kereta dengan dia. 2 buah extra lagi dari apa yang dia bayar zakat itu.
Allahu, Maha Pengasih dan Maha Penyayang betul Allah ini kan?
Dan yang terakhir. Pesanan dari kawan-kawan untuk mereka yang tiada duit pun untuk bagi kat ibubapa, pasangan atau membayar zakat sebelum bermula mencari rezeki.
Sedekahkan Al Fatihah dan 3 qul. Niat untuk semua orang yang susah. Niat untuk semua kaum muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Sebarkan salam dan senyuman selalu.
Bantu mudahkan urusan semua makhluk. Letak semangkuk air diluar rumah untuk burung, kucing dan anjing liar yang kehausan.
Alih halangan dari jalan raya. Buang kayu, buang batu besar, buang benda yang boleh menyusahkan atau membahayakan orang lain.
Lakukan dengan penuh keikhlasan hati, doakan agar Tuhan buka pintu-pintu rezeki. Dan jangan kedekut berdoa hanya untuk diri sendiri sahaja. Jangan!
Doakan selalu Allah murahkan rezeki semua orang termasuk orang yang bencikan kita.
Doakan agar Allah kirim kasih sayang dan bahagia pada mereka.
Doakan agar Tuhan hilangkan rasa dengki dan dendam pada kita.
InsyaAllah. Sedikit demi sedikit pintu rezeki akan terbuka luas.
Jangan pernah takut-takut untuk ber’partner’ dengan Allah. Jangan pernah takut-takut untuk bersedekah. Jangan rasa malas untuk membantu memudahkan urusan makhluk lain.
Jika tidak jadi kaya di dunia, di akhirat nanti kalian sudah pun kaya raya. Itulah keindahan ber’partner’ dengan Tuhan.
Ternyata bukanlah sukar untuk kita ‘menarik’ rezeki menghampiri kita. Berbuat baik dan sentiasa reda dengan kekuasaan-Nya sudah cukup untuk membuatkan pintu rezeki kita diperluaskan. Rezeki bukan sekadar wang ringgit, malah kesihatan yang baik serta dikurniakan dengan pasangan serta anak-anak kita ini juga digelar rezeki.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pilu hati apabila disahkan mengidap dua kanser. Berdamai dengan takdi menjadikan wanita ini terus cekal untuk meneruskan kehidupan walaupun pahit untuk ditelan.
Dua jenis kanser yang mengubah hidupnya 360 darjah. Bayangkan betapa beratnya ujian yang dilalui oleh Rosliza, 54, apabila di saat dirinya masih berjuang melawan kanser payudara tahap empat yang dikesan pada 2020, dia disahkan pula menghidap barah tulang pada awal tahun ini. Dalam keadaan tubuh yang sudah lemah, dia terpaksa berhadapan dengan satu lagi berita yang meruntun jiwa.
Memetik laporan Berita Harian,didiagnos menghidap kanser payudara pada 2020 dan sudah sembilan kali menjalani rawatan kemoterapi dan 15 kali radioterapi bagi mematikan sel barah itu. Selepas 4 tahun, tahun ini doktor sahkan pula dia menghidap kanser tulang.
“Saya berdamai dengan takdir meskipun disahkan menghidap dua jenis penyakit kanser. Ini semua kuasa Allah SWT,” kata ibu tunggal, Rosliza Muhamad Amin.
“Namun, penderitaan itu tidak terhenti di situ apabila pada awal tahun ini, doktor mengesahkan saya menghidap kanser tulang pula. Ketika itu, saya terasa dunia gelap sekejap sehingga longlai seluruh badan.”
Berikutan itu, Rosliza berkata, beliau sekali lagi perlu menjalani sesi rawatan kemoterapi tetapi secara oral di rumah saja dengan mengambil pil bagi mematikan sel kanser berkenaan.
“Pada Mei lalu, saya mengalami sakit amat teruk pada tulang kaki kiri apabila berdiri atau berjalan atau duduk terlalu lama,” katanya yang telah menjalani pembedahan membuang payudara kiri, dua tahun lalu.
TERIMA BANTUAN
Selepas berpisah dengan bekas suami empat tahun lalu, dia berusaha menguruskan diri sendiri kerana tidak mahu menyusahkan dua anak yang turut berdepan kekangan kehidupan di luar Kelantan.
Rosliza yang tidak bekerja dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan, bagaimanapun bersyukur kerana segala kos rawatan penyakit kanser ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA).
Selain itu, beliau turut menerima faedah elaun keuzuran sebanyak RM300 sebulan melalui Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Rosliza merupakan pencarum SKSSR melalui tajaan kerajaan.
“Alhamdulillah dengan inisiatif bantuan yang diterima, saya dapat meneruskan hidup walaupun tanpa suami dan menghidap dua jenis penyakit kanser… RM300 sebulan sangat besar maknanya buat saya.”
“Saya juga bersyukur kerana pada saat ujian datang bertimpa-timpa, masih ada individu di sekeliling yang prihatin dan sering bertanya khabar serta berdoa supaya penyakit saya sembuh.”
Terdahulu Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob, menyampaikan sumbangan makanan, keperluan asas serta kerusi roda kepada Rosliza di kediamannya di Kampung Manek Urai Baru, di sini, dengan turut dihadiri Pengurus Pejabat PERKESO Kuala Krai, Mohd Azran Che Nuri. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan bagi meringankan beban Rosliza, boleh menghubungi beliau melalui talian 019-3416536.
Selepas sah bercerai pada 7 Oktober lalu, rezeki pelakon Fattah Amin dilihat semakin mencurah-curah. Di mana sahaja kemunculan actor kacak ini pasti mendapat perhatian ramai.
Pun begitu dalam kesibukan dan tumpuan ramai, Fattah tidak terlepas berkongsi masa dan ruang buat buah hatinya yang tersayang, Nur Fatima Aisya.
Terbaharu, bapa tunggal anak satu itu mendedahkan ada bertemu dengan puterinya, Fatima namun mengakui situasinya agak berbeza berbanding dulu.
“Baru-baru ini saya ada jumpa Fatima, cuma keadaannya tak sama.
“Tapi Alhamdulillah kami masih dapat berjumpa dan luangkan masa bersama,” luahnya.
Menerusi Instagramnya, bapa penyayang ini turut memuat naik momen bersama ketika meluangkan masa bersama Fatima.
Melalui gambar yang dikongsikan olehnya, Fattah dilihat turut bersama ahli keluarga, ibu dan ayahnya serta adik-beradik yang lain.
Meninjau diruangan komen, aksi comel dua beranak ini sudah semestinya mendapat perhatian ramai malah ada juga yang turut mendoakan buat keluarga kecil ini.
Terdahulu, Fattah yang sah bercerai dengan Fazura turut mendapat hak penjagaan anak dan bermalam bersama.
Kes bayi dibuang sumbang mahram yang terbongkar di Besut menjadi amaran tragis buat ibu bapa tentang keselamatan anak di rumah sendiri serta kegagalan perlindungan keluarga.