
Salah satu kunci kejayaan dalam psikologi keibubapaan adalah hubungan baik antara ibu dan ayah.
Ibu ayah berkomunikasi dengan baik antara sesama sendiri dapat memberi kesan baik. Bukan sahaja pada psikologi ibu ayah tetapi juga anak-anak.
Contoh ibu bapa yang hot tempered akan menyebarkan seluruh rumah gundah gulana. Merasakan ibu bapa bukan lagi tempat mereka melabuhkan kepercayaan. Tetapi hanyalah sosok yang buat hidup penuh pemberontakan dan emosi yang kecundang.

Ibu bapa yang tiada kemesraan, gelombangnya dapat dirasai oleh anak-anak. Emosi anak juga tidak stabil. Akibatkan perkembangan sosial, emosi dan kognitif tercalar.
Ibu bapa yang tidak dapat komunikasi dengan baik. Buatkan rumah tangga jadi suram. Ibu yang bangun tidur keseorangan akan rasa jiwa kosong dan hidup sepi. Kerana dunia dalamanlah yang menentukan dunia luaran kita.
Apabila salah faham terjadi. Ibu bapa perlu duduk kembali. Paksakan diri untuk bermesra semula. Lakukan aktiviti seperti mula bercinta. Rasai hangat kasih. Mulakan muka surat baru.
Hidup dalam present moment. Penuh kasih sayang dan rasa hargai antara satu sama lain.
Jangan hidup dalam dunia lepas. Sebab itu ada rajuk, marah, kecil hati dan benci serta dendam. Hidup dalam dunia masa depan tidak pasti menyebarkan kerisauan. Mahu lebih apa sepatutnya.

Tidak akan aman hati suami isteri yang bergaduh. Masing-masing bawa diri dan bermasam muka. Bahasa badan memberi rasa. Peluk, cium, bergurau. Adalah Bahasa indah komunikasi buat suami isteri. Teruskan bercinta. Api asmara menyala akan memberi kedamaian buat anak-anak dan rumah tangga.
Sumber: Saleha Idris
Bercinta hingga syurga
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bawa Je Anak Travel, Tak Ada Masalah Pun, Nak Tunggu Anak Besar, Kita Pulak Dah Tak Larat,” Ibu Ni Kongsi Tip Bawa Anak Kecil!

Mak ayah selalu sangat berfikiran bawa anak travel sedikit menyukarkan. Bawa anak travel, baik di dalam negara ataupun di luar negara sebenarnya tidaklah sesukar mana. Hanya perlukan sedikit kesabaran dan persiapan yang serba rapi. Paling penting insurans anak dan aspek keselamatan lain diberikan keutamaan.
Benar kata ibu ini, bawa anak kecil sebenarnya lebih menyenangkan malah tidak banyak ragamnya. Kalau nak tunggu anak besar, jawabnya kita pun sudah tua dan semakin tidak mampu untuk berjalan jauh. Tip yang dikongsikan oleh Azila Norliz Zaini sememangnya sangat-sangat membantu.

TIPS NAK BAWA BABY TRAVEL? BAWA JERLAH, NO PROBLEM.
Pengalaman first time trip dengan dua anak, just a short trip to Gold Coast-Brisbane. Trip kali ni bawa 1 infant (Aminah; almost 3 months old) , 1 kid (Adrina; 3 years old), and my auntie. My auntie yang banyak melayan Adrina, so tanggungjawab sorang satu stroller.
Actually trip ni berenam, tapi bila susah sangat visa nak approve, jadi kami berempat sahaja. Sekarang susah sikit visa nak approve lagi lagi kalau lelaki bawah 30 tahun, muda belia yang kebanyakan suka sangat duduk sana lebih dari tempoh 3 bulan, then salah guna visa pelawat pergi bekerja. Haih.

Moral of the story kalau nak kerja luar tu, gunalah jalan yang benar, biar reti beza visa pelawat and visa bekerja supaya belakang hari tak susahkan orang lain.
Okay, ramai yang mintak Adila share tips bawa baby pergi travel, tak tau la layak ke nak share tips, cuma harap membantu la kalau korang nak travel with a baby since travel ni memang seronok tapi memenatkan, jadi kalau nak tunggu anak besar, korang plak dah tua, mula macam macam penyakit datang. So muda muda ni ada peluang travel, go and get the experience. Nak pergi haji/umrah pun better buat masa muda ni.

1. DESTINASI
Cuba jarak dekat dalam negeri dulu. Tak kisah lah naik apa pun, kereta, bas, plane, try jarak kelantan-kl, kedah-johor, mana mana yang dekat, supaya korang boleh tengok baby korang tahan ke tak dengan perjalanan yang jauh.
Aminah jenis dia tak merengek macam Adrina kalau perjalanan jauh, Adrina dulu dia umur 10 bulan baru berani bawa travel flight lebih 2 jam, jadi Aminah lulus untuk travel, mommy sahut cabaran 8 hours flight.
Pastikan jugak destinasi korang pergi tu baby friendly, kid friendly and stroller friendly, banyak betul friendly kan? Serious ni penting sebab kalau nak naik public transport buatnya tak stroller friendly jenuh korang nak angkat letak anak dalam stroller. Lagi-lagi kalau anak tengah tidur, maunya meraung kacau dorang tidur.

2. CUACA/MUSIM
Kalau baby and anak jenis tahan sejuk, boleh try pergi tempat cuaca tak panas, macam Australia sekarang hujung winter, taklah terlampau sejuk sangat just macam duduk dalam aircond sepanjang masa, malam sejuk berangin tapi masa tu korang dah balik dari berjalan, so dalam apartment/hotel tak sejuk macam kat luar.
Tapi kalau baby jenis tak tahan sejuk, pilih destinasi yang hujung spring nak ke summer, so that cuaca tu anak kita boleh adapt. Korang mak mak mesti kenal anak korang tahan persekitaran macam mana. Choose wisely, google info lebih sikit, sebab kita tak selesa pandai cakap, baby dia meragam kita tak faham apa mereka nak.
3.FLIGHT TICKET
Ni penting jugak ni, kalau boleh ambik flight direct ke tempat destinasi korang tuju, jangan ambik flight transit, sebab risau kalau tunggu lama, kids mudah bosan, terasa penat sebab naik turun flight, mula dorang nak teriak, nak menjerit and buat perangai. Lepas tu try naik flight tengah malam, sebab time tu waktu dorang tidur, so tak sempat rasa bosan dah mengantuk, so tidurlah puas puas dalam flight, bangun nanti InshaAllah dah hampir sampai ke destinasi. Nanti bangun, dorang fresh, tak moody.
4. PARENTS ROOM
Sebab banyak jugak masa kena spend di parents room, parents room la tempat the kids nak main, nak menyusu and nak tukar lampin. So pastikan tempat korang nak pergi, parents room dimana mana. Aminah fully BF, so susu kebanyakan bagi on demand, bila nampak dia start gelisah boleh la prepare nak cari tempat menyusu.
Tapi kalau terjumpa parents room masa tengah berjalan tu singgah la bagi, nanti baby akan sambung tidur and korang pun boleh sambung berjalan. Baby tiga bulan boleh bertahan dua jam hingga tiga jam lebih kekenyangan setiap sesi penyusuan. Jadi dah boleh agak dia nak menyusu bila.

5. BAWA STROLLER / BABY SLING
Kelengkapan anak wajib la mana yang senang dengan korang, macam Adila tak suka baby sling, rasa macam lenguh bahu, belakang pikul bagpack, depan pikul anak, lenguh bahu berjam jalan camtu. Tapi ada setengah tak suka bawa stroller tu terpulang la, yang penting korang enjoy your trip, jangan stress.
Adila bawa Doona stroller untuk baby, sebab dah sekali dengan car seat, since Australia wajib pakai car seat, dah settle masalah car seat baby. Cuma just request one car seat la untuk Adrina kalau nak naik uber. Tapi kalau naik taxi tak wajib car seat, cuma taxi mahal la 20% dari uber. Doona a bit bulky tapi baby selesa sepanjang trip, tak kacau dia tidur, bila nak lipat, nak angkat masa dorang tidur.
Adrina pulak bawa stroller pockit GB, senang nak lipat, jimat simpan, jimat space. Budak besar Adrina tak duduk lama dalam stroller, kecuali bila dah penat and nak tidur.
Sebenarnya if nak travel nak guna gear yang macam rasa rugi beli, korang boleh sewa je. Sekarang banyak servis rental stroller semua ni. Harga pun berbaloi sewa dari beli.

6. SABAR
Kadang-kadang menguji kesabaran jugak bawak kecik-kecik ni, sebab kebanyakan korang kena ikut timing dorang, sebab ada banyak masa korang kena spend di parents room, masa untuk menyusu, kalau si kecik masa untuk makan. Dan ada masa dorang nak merengek, sama macam kat rumah jugak. After all, they are just kids. Maka bersabarlah. Istighfar banyak banyak, sebelum jadi momster. Hahaha.

7. EXTRA
Bawa pakaian sesuai, ubat-ubatan yang biasa digunakan, dan keperluan jika ada kecemasan. Paling penting, sila ambil insurans travel sebab kita tak tahu apa bakal berlaku.
Tu jelah tips untuk bawa baby travel. Tapi bawa baby kecil lagi best travel sebenarnya, sebab dorang senang dikawal berbanding yang dah pandai berlari, berjalan sebab kena kawalan lebih ketat, ye la kejap nak coklat, kejap nak berlari, kejap nak menjerit dan lain lain macam kelakuan masa kat rumah.

Jadi jangan expect anak akan good mood all the time, dorang bukan faham lagi pun. Harap tips ni berguna untuk parents yang nak travel tapi banyak benda duk fikir dan tangguh. Kids ni nampak je kecil, tapi sebenarnya dorang sangat kuat. Jangan pandang rendah okay.
So kids, next destination? Tapi next kena bawa daddy sekali la jugak, maybe Aminah dah pandai berjalan. Jenuh nak kepong dua little munchkins. Haha.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ustaz Ebit Lew Kagum Dengan Kehebatan Kaum Ibu Uruskan Keperluan Anak Sampaikan Lipat Baju Pun Ikut Kategori

Dalam bab menguruskan keperluan anak memang kaum ayah kagum dengan kehebatan kaum ibu. Bermula sejak anak dalam kandungan sampai anak nak masuk sekolah merekalah golongan yang paling sibuk sekali memastikan persiapan anak lengkap semuanya tak ada yang tertinggal.
Kaum ayah juga akan ‘surrender’ bila bab ini termasuk urusan menyediakan pakaian anak. Jangan sampai pakaikan anak baju tidur waktu siang, memang akan masam lah muka ibu yang melihat penampilan anak.
Itu belum lagi bab melipat dan menyusun pakaian sampaikan penceramah bebas terkenal, Ustaz Ebit Liew pun mengakui betapa hebatnya golongan wanita yang bergelar isteri dan ibu ini. Ikuti perkongsian beliau.
Suka dengar cerita anak-anak balik sekolah. Semua bercerita pada bidadari saya. Yang anak perempuan cerita beg sekolah sama dengan orang ini. Bekal air macam adiknya. Kasut begini-begini…yang anak lelaki cerita berapa orang kawan barunya..
Umi nya pun layan bersungguh-sungguh. Yeker tuler umi pun dengar nenek dia kata sama jenis beg. Sebak sangat hebat wanita. Ingat mak saya dulu layan saya begitulah. Begitulah wanita, mak-mak. Mereka terperinci satu-satu. Bukan pakai beli. Semuanya ada tujuan dan sebab..
Ingat seluar jer dan baju jer. Ada seluar malam. Seluar siang. Baju malam. Baju siang. Baju jalan. Baju dekat rumah. Supaya tak panas. Supaya tak sejuk. Supaya takde nyamuk. Supaya anak tak nampak pelik. Seluar biru baju hijau. Masa lipat ikut jenis. Ikut warna. Seluar dekat sekolah,seluar main, seluar kalau tinggal kat orang,seluar spare.. Ya Allah…kalau saya lipat nak cepat siap jer..

Kita semua nak cepat-cepat lepas tu tak jumpa cari..
Tadi dekat sekolah saya tanya cikgu dah ambil photostat surat beranak anak yang 4 tahun ini. Cikgu perempuan,cepat-cepat buka beg anak. Bahagian mana photostat tu ustaz. Saya dah gelak. Sebab wife yang kemas beg baru anak tu. Beg anak semua wife kemas. Mana lak yer letak..hehe..dalam tu macam-macam ada..
Cepat-cepat jawab. Cikgu lain dah ambil agaknya sebab tadi ada pesan masa ramai-ramai orang. Tersenyum seorang diri..malunya ya Allah. Bidadari saya yang kemas semua tu..
Abang sebelah saya lak tanya ini pensil dan barang siapa yer cikgu. Sebab anaknya pegang. Cikgu lak pening. Memang ada dalam beg tu kot abang. Oh yeker..takper-takper cikgu. Nanti saya balik tanya isteri saya..
Saya dah gelak dah. Ya Allah semua suami nak tanya isteri. Sayang katner yer? Ini dekat mana? Pagi-pagi anak siap-siap cari baju sekolah. Ayah pun tanya isteri. Sayang mana kopiah abang? Ayah pun macam baru nak masuk sekolah hari pertama…
Begitulah wanita. Anak sekolah. Mereka dah risau fikir dari tahun lepas lagi. Dah 2 tahun fikir. Mana bekal air. Mana stokin. Mana baju dalam. Mana beli tempah label nama supaya barang kurang hilang dan tertukar. Aduh banyak lagi ni kena belajar..
Rindu mak tercinta. Terima kaseh sayang buat abang ketawa hari ini sambil menangis…benarlah wanita itu pelengkap dan tunjang hidup seorang lelaki…
Ya Allah…rahmatilah ampunilah sayangilah ibuku..bidadariku. Berkatilah semua wanita di dunia ini. Begitu indahnya ciptaanMu ya Allah-…ebit lew
Sumber: Ebit Lew
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak Mulakan Cara Hidup Sihat Kena Mula Dari Kecil, Ini Sukan Sesuai Ikut Umur Anak

Bersukan memang perlu dipupuk sejak dari kecil lagi. Malah kanak-kanak memang sudah azalinya sentiasa aktif dan cergas. Namun mungkin yang ibu bapa kurang arif tentang sukan yang bersesuaian dengan usia si kecil anda. Ternyata memang banyak jenis sukan yang boleh diiukuti oleh anak-anak sesuai dengan usia, kemampuan dan kesukaan mereka. Dengan sedikit pengetahuan dan sokongan yang boleh anda berikan, anak-anak semestinya tertarik dan mahu menjadikan aktiviti yang sesuai sebagai salah satu gaya hidup mereka.
berikut adalah beberapa cara agar anak anda tertarik dengan sukan menurut Mayoclinic.org:
1. Jelaskan apa itu sukan dan beritahu apakah manfaat dan kebaikannya.
2. Kunjungi pertandingan sukan yang diadakan di sekitar anda agar mereka dapat melihat keseronokkannya.
3. Minta si kecil menemani anda ketika anda beriadah atau bersukan.
4. Berikan sokongan moral dan fizikal ketika anak-anak menyertai sukan yang mereka sukai.
Usia 2 hingga 5 tahun
Pada usia ini anak anda baru sahaja mengenal pergerakan asas yang mana mereka belum mampu melakukan sukan yang agak lasak. Anak-anak di usia ini biasanya akan menyertai sukan yang lebih menjurus kepada keseronokkan dan juga bagi mengasah kemahiran sosial mereka. Antara sukan dan juga riadah yang sesuai untuk kanak-kanak pada usia ini adalah:
– Berlari
– berguling
– melempar
– menangkap
– berenang

Usia 6 hingga 9 tahun
Semakin meningkat usia si kecil anda, semakin banyak kemampuan fizikal yang boleh mereka terokai. Pada usia ini mereka sudah boleh menerima arahan yang diberikan oleh guru atau jurulatih. Bagi kanak-kanak yang berusia 7 hingga 8 tahun pula mereka sudah boleh didedahkan bagaimana untuk mengawal kekuatan mereka agar ia dapat melatih teknik atau pergerakan yang tepat dan sesuai dengan kemampuan fizikal mereka selain minat terhadap sukan yang dipilih.
Pada usia ini, sukan yang boleh anda perkenalkan kepada anak-anak termasuklah:
– bola lisut dan bola baling
– bola sepak
– gimnastik
– berenang
– tenis
– sukan mempertahankan diri seperti taekwando, silat dan lain-lain

Usia 10 hingga 12 tahun
Pada usia ini biasanya kanak-kanak sudah memiliki visi yang jelas tentang kebaikan daripada sukan yang mereka ceburi. Mereka juga sudah mampu mengatur strategi dalam bersukan. Usia 10 hingga 12 tahun juga adalah waktu yang tepat buat kanak-kanak melakukan sukan yang kompleks seperti bola sepak, bola keranjang, hoki, bola tampar dan banyak lagi. Kemampuan ini juga biasanya disebabkan oleh usia mereka yang sudah baligh dimana mereka dapat meningkatkan kemampuan mengimbangi kordinasi badan mereka. Pada usia ini kanak-kanak sudah boleh menyertai sukan yang lebih profesional seperti golf dan tenis.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!




