Benarlah kata orang, happy wife happy life. Kesan dari isteri yang terlampau penat menjadikan isteri kita murung malah tidak dapat menikmati hidupnya dengan baik.
Bukan hanya isteri bahkan seisi keluarga akan turut merasa kesannya jika orang kuat di rumah ini tidak sihat. Maka biarkanlah isteri berehat sebaiknya. Biar dia ada tenaga yang cukup untuk menjadi penyeri di rumah kita. BroOhsem, Akhtar Syamir turut memberi pesanan buat semua. Take note suami!
Perkara yang sengaja saya lakukan pagi-pagi. Kalau isteri saya belum bangun, saya takkan bising. Saya akan tutupkan langsir supaya bilik jadi lebih gelap.
Saya akan keluar dengan senyap, buatkan sarapan untuk anak sebab diorang memang kaki bangun awal untuk porak perandakan rumah.
Ada masanya saya buat kerja di luar terus kalau ada meeting yang akan ganggu tidur dia. Anak-anak tak dibenarkan ganggu atau masuk bilik.
Ads
Dia hanya akan bangun bila dia rasa nak bangun. Bermakna masa tu ialah masa dia sudah puas tidur dan tenaganya di tahap yang maksimum.
Ada kalanya saya siapkan sarapan sekali untuk dia. Lepas selesai semua, saya dapat fokus kerja tanpa gangguan. Dia akan mula buat kerja rumah, uruskan anak, sampailah waktu makan tengahari.
Kalau dalam jam 3 tu saya mengantuk nak rehat sekejap pun tidak akan diganggu sebab anak-anak pun dah buat hal masing-masing dan dia pun dah selesai apa yang dia nak buat.
Ads
Jadi, saya dapat rehat dengan cukup dalam sejam dua sebelum sambung bekerja atau buat benda lain.
Begitulah rutin kami setiap hari. Bateri isteri perlu dicas. Isteri perlu rehat secukupnya. Suami pun sama. Bezanya ikut masa dan kesesuaian.
Jika korang tak boleh buat begini waktu pagi, buatlah waktu petang sikit. Bagi masa untuk rehat tanpa gangguan. Kesan dia, satu keluarga akan dapat.
Ads
Jangan kita harap isteri buat semua benda tapi kita tak cakna pasal masa rehat dia. Rehat yang tak cukup akan buat dia tertekan, penat, kecewa dan marah.
Kadang-kadang suami pelik kenapa isteri cepat marah. Cuba periksa sama ada dia dapat tidur yang cukup atau tidak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baju anak kecil sebenarnya ambil masa lama untuk melipat. Ibaratnya ‘bercinta’ jugalah nak lipat. Tambah pula nak cari seluar dan baju yang sama. Kadang bila lipatan baju tak kemas ia mudah terlerai. Lagi satu bila dah elok mama melipat dan susun, tengok-tengok anak dah lembang dan keluarkan dari bakul atau almarinya.
Jadi bagi memudahkan kerja mama apa kata cuba teknik lipatan ‘tuck in’. Walau diselongkar atau dikeluarkan oleh anak sekalipun, baju anak tetap dalam keadaan berlipat.
Caranya dikongsi oleh Ojie Ismail yang turut mengalami pengalaman yang sama.
Konsep lipat baju ‘tuck in’
Baris depan: baju tanpa lengan+seluar pendek Baris tengah dan belakang: baju lengan pendek+seluar pendek
Baby dah pandai berjalan dan sangat rajin tolong selongkar laci baju. Guna konsep lipat dan ‘tuck in’ memang terbaik sebab selongkarlah cara mana pun, In Sha Allah lipatan baju masih kukuh dan tak terlerai.
Bila anak dah puas selongkar sampai laci kosong, ibu-ibu hanya perlu susunkan semula saja. Dah tak payah lipat baju balik. Cuma kemaskan lipatan jika perlu.
Step by step lipatan
1. Butangkan butang paling atas dan bawah. Kalau rajin butangkan semua pun boleh.
2. Terbalikkan baju.
3. Letak seluar, lipat kaki seluar ikut panjang baju.
4. Lipat bahagian badan baju. Pastikan bahagian bahu lurus untuk buat ‘pocket’
5. Lipat lengan baju.
6. Lipat lagi sebelah.
7. Lipat 1/3 baju.
8. Masukkan kan hujung baju ke bahagian belakang baju.
9. Dah siap dan kemaskan lipatan.
Nak tengok size dan jenama apa pun senang sebab boleh tengok label baju. Nak pilih baju pun senang. Ini baju petang dan malam.
Teknik lipatan tuala, kain lampin, selimut, sapu tangan
Ini pula teknik lipatan untuk kain segi empat sama.
Susunlah ikut kreativiti & citarasa masing-masing lepas lipat baju tu, yang penting nampak kemas, teratur dan mudah diambil.
Suka menjerit, marah dengan anak setiap hari tanpa keperluan dan kadang-kadang hal tersebut kecil sahaja? Sikap ini akan memberikan kesan negatif pada anak-anak. Jika dilihat, anak-anak yang didik dengan teguran yang lembut sejak awal, marah bila perlu dan lebih banyak menggunakan kaedah berbincang berbanding menjerit, bergaduh pasti hati ank-anak sangat lembut bila meningkat dewasa.
Banyak perbezaan yang boleh dilihat antara dua keluarga yang mengamalkan didik secara menasihat, menegur jika ada kesalahan dengan marah sehingga memaki, menjerit dan melukan hati si anak. Sikap anak-anak juga berbeza.
MARI LIHAT EKSPERIMEN NASI
Andai ibu bapa tahu besarnya kesan buruk menjerit kepada anak, ibu bapa tentu tidak akan sanggup melakukannya dengan selalu dan sengaja.
Jika hendak tahu dan nampak kesannya, buat experimen ini.
Ambik dua bekas yang bertutup yang boleh dibubuh sesenduk nasi.
Labelkan A dan B
Setiap hari untuk seminggu, jerit pada nasi dalam bekas A. Jerit pada pagi dan malam. Jerit dengan marah. Guna perkataan yang selalu digunakan bila marah. Tutup balik dan buat malam pula dan seterusnya untuk 7 hari.
Bekas B
Katakan saya sayang awak dengan sepenuh perasaan pada nasi itu. Niat dalam hati yang anda bersyukur ada nasi itu. Buat dua kali juga.
Jangan letak dalam peti ais dan jangan letak dekat-dekat. Letak di satu sudut dapur dan letak jauh dari satu sama lain.
Semasa menjerit itu, pastikan bekas B jauh dari anda.
Beritahu apa jadi pada hari ketujuh.
Itulah sebabnya kita tengok anak-anak yang sering dimarah, dimaki hamun dan diguna perkataan kasar dan tidak baik kepada mereka itu, kita lihat wajah mereka kelam, mereka juga penuh kemarahan, kebencian dan ketakutan. Kecuali mereka yang memaafkan kekasaran yang dilakukan kepada mereka.
Semoga kita berazam kurangkan menjerit kasar kepada anak-anak dengan sengaja.
Suka bawa si kecil berkelah di pantai atau mandi kolam tapi kenapa gayanya macam fobia air? Ada ke cara untuk mengatasi ketakutan tersebut?
Wujudnya masalah fobia air
Anak anda suka dengan masa mandi dan gemar bermain air. Tetapi setibanya di pantai, mereka langsung tidak mahu mencelup kaki ke dalam air laut.
Ketika si manja masih kecil, amat mudah membawa mereka ke pantai atau mandi kolam. Tetapi apabila meningkat usia, mereka seperti seolah-olah takut dengan air.
Jika anda berdepan dengan senario di atas, percayalah anda tidak keseorangan. Bahkan terdapat ramai ibu bapa lain turut mengalami situasi yang sama.
Tetapi kenapa ya?
Ia sesuatu keadaan yang biasa untuk wujud rasa takut atau fobia air dalam kalangan kanak-kanak.
Sudah tentu, keadaan ini mengakibatkan ada ibu bapa berasa kecewa dan runsing memikirkan cara untuk mengatasi ketakutan itu.
Punca fobia air
Ketidakmatangan perkembangan pada kanak-kanak boleh menyebabkan wujudnya ketakutan dengan air pada si manja.
Berbeza dengan bayi, mereka masih tidak mempunyai kesedaran atau kewaspadaan terhadap air sebagai sesuatu yang menakutkan.
Malahan mereka akan berasa gembira dengan percikan air ketika dalam tab mandi, tasik, lautan atau kolam renang.
Tetapi saat anak anda semakin membesar, ia perkara yang normal jika mereka mula berasa takut dengan air.
Tahap perkembangan untuk kanak-kanak dalam usia tadika untuk mengalami fobia air adalah biasa. Ini sebabnya:
Sesetengah kanak-kanak mungkin akan dapat melawan ketakutan yang dialami dengan mudah berbanding mereka yang lain.
Namun sekiranya anak anda mempunyai pengalaman yang menakutkan dengan air, ia mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk mengatasi ketakutan dan fobia berkaitan air tersebut.
Cara mengatasi ketakutan dan fobia air
Perkara paling penting yang perlu ada pada ibu bapa adalah untuk sentiasa bersabar kerana rasa takut terhadap air itu normal.
Mungkin anda tidak tahu apakah perkara yang menjadi pencetus ketakutan dalam diri anak anda.
Ia berkemungkinan wujud apabila melihat anak patung kesayangannya tenggelam ke dasar kolam atau apabila melihat individu lain terjun ke dalam kolam.
Berikut 5 perkara yang boleh anda cuba dan perlu diingat sewaktu membantu mengatasi ketakutan si manja terhadap air:
Jangan memaksa
Pastikan anak tahu bahawa ia sesuatu yang normal untuk berasa takut. Biarkan anak membiasakan diri dengan air laut atau kolam secara beransur-ansur. Usah memaksa.
Sesetengah anak memerlukan masa untuk berasa yakin dan selesa.
Jika si kecil mengikuti kelas berenang, pastikan jurulatih memahami keadaan mereka dan tidak memaksanya untuk mengikuti sesi pembelajaran sehingga dia benar-benar bersedia.
Peralatan lengkap dan menyeronokkan
Berikan si manja goggle dan pelampung dengan warna kegemarannya serta pakaian jaket keselamatan.
Sesetengah kanak-kanak akan berasa lebih yakin dan selesa apabila diberikan peralatan yang lengkap. Ini boleh membantu mengatasi ketakutan terhadap air.
Walaupun anda memberikan si manja dengan pakaian keselamatan, tetapi itu tidak bermakna anda tidak perlu memantau anak-anak, okay?
Menguji air
Jika waktu mandi biasa, langkah mencuci dan mengeringkan badan dilakukan dengan segera, apa kata ketika mandi laut atau kolam, berikan masa berendam yang lebih lama.
Ini boleh membantu mereka untuk berasa lebih selesa dan mempraktikkan apa yang gemar dilakukannya di dalam tab mandi seperti merendam wajah ke dalam air.
Jangan kedekut untuk memberikan pujian setiap kali mereka melakukan sesuatu dengan yakin.
Sertai mereka
Anak anda mungkin akan lebih berasa yakin dan mampu mengurangkan fobia air apabila anda turut menyertainya mandi di laut atau kolam.
Anak mungkin takut untuk mandi secara sendirian, tetapi ia sekurang-kurangnya membuatkan mereka sedar bahawa penting untuk dia berasa selamat di dalam air walau di mana pun dia berada.
Berbincang
Ia sesuatu yang baik jika anda boleh memahami punca yang menyebabkan wujudnya ketakutan terhadap air.
Ini kerana, jika anda mengetahui apa yang sedang mereka lalui, mungkin lebih mudah untuk anda membantu mengatasi ketakutan tersebut dan membuatkan anak berasa lebih selesa bermain dengan air.
Perlahan-lahan…
Sebagai ibu bapa, anda perlu menghormati bahawa ketakutan yang dialami si manja bukan sesuatu yang dibuat-buat dan elakkan daripada memaksa mereka untuk melupakan rasa takut itu.
Dengan sabar, perlahan-lahan, dedahkan anak dengan air. Walaupun hasilnya mungkin kecil, tetapi lama-kelamaan, dia pasti akan berjaya mengatasi ketakutan itu.
Paling penting, jangan merendah-rendahkan atau mengejek rasa takut yang dialami mereka, okay?
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!