Penyanyi Syura Badron berdepan detik cemas apabila suaminya, Muhammad Farizat, mengalami kecederaan melecur teruk akibat insiden letupan gas yang berlaku pada Jumaat lepas.
Penyanyi lagu Nazam Berkasih ini berkongsi berita tersebut menerusi Instagram miliknya.
“Assalammualaikum, dengan berat hati saya ingin maklumkan suami saya, Farizat telah dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk.
“Melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak yang berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada hari jumaat malam yang lepas,”
Ads
Jauh di sudut hati, Syura yakin Allah Maha Baik dan mendoakan agar ada sinar kebaikan di sebalik kesukaran ini.
“Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini.
Ads
“Semoga ada hikmah yang baik disebalik ujian ini. Allah Maha Baik.”
Syura juga berkongsi momen penuh emosi di Insta Stories dengan memuat naik gambar tangannya menggenggam tangan suami, sebagai simbol kasih sayang dan sokongan tidak berbelah bahagi.
Ads
“Kuat sangat sayang saya ini. Saya yang tak kuat tengok keadaan awak.
“Ya Allah, berikanlah kesembuhan buat suamiku.”
Untuk info, Syura dan Farizat mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 serta dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Umar Eussof yang kini berusia satu tahun.
Setiap tahun tarikh 16 Mei, tarikh keramat bagi semua guru-guru. Walaupun setiap hari dianggap hari guru, ketibaan bulan Mei seolah-olah ada makna bagi mereka. Bukan mengharapkan hadiah dari anak murid tetapi cukup sekadar ucapan dari anak-anak murid.
Bagaimanapun, keterujaan setiap murid untuk memberikan hadiah sesuatu yang istimewa. Ia bukan paksaan tetapi dari hati suci anak-anak. Bagi yang berkemampuan mungkin tiada masalah namun untuk murid tak berkemampuan pasti terdetik di hati mereka untuk berikan sesuatu dan raikan bersama sebagai menghargai jasa guru.
Perkongsian Tiktok atas akaun zsickseeksix ini sangat menyentuh hati. Disebalik pelbagai hadiah yang diterima, ada sesuatu yang menarik perhatian. Dibungkus dalam plastik merah bila dibuka terdapat sebekas nasi goreng telur .
“Simple tapi sangat bermakna bagi aku. Terima kasih anak muridku,” tulisnya. Tiada kad ucapan mahupun riben sebagai hiasan, hadiah yang diberikan kepada guru tersebut cukup ringkas tetapi bermakna.
Menerusi video berdurasi 19 saat, guru tersebut mengeluarkan sebuah bekas kecil yang mengandungi nasi goreng bersalut telur.
“Bila nampak nasi goreng tu, tiba-tiba rasa sebak. Betapa berusahanya mak dia bangun packing makanan untuk cikgu, hadiah daripada anak dia.
Perkongsian tersebut tular dan rata-rata warganet juga berasa sebak dan memahi kesungguhan ibu murid tersebut yang tetap memberi hadiah walaupun tidak berkemampuan.
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sayu melihat kesungguhan anak murid dan keluarganya semata-mata untuk meraikan guru.
Pemberian ini dibuat dari hati yang ikhlas dengan membayangkan pelajar berkenaan dibesarkan dari keluarga yang bukan senang.
“Keikhlasan itu penting.”
“Allahu… sungguh kadang-kadang kita tak sangka pemberian yang sebegini sangat dalam isi tersiratnya.” Sebolehnya si ibu tetap nak anak dia ada sesuatu.”
“Semoga adik tu berjaya nanti…walaupun sekadar nasi goreng…dia nak juga bagi hadiah untuk cikgu dia…dia sayang cikgunya..sedih rasa.”
Sepuluh tahun menyulam bahagia berumah tangga namun belum dikurniakan dengan rezeki anak. Namun ia tidak mematahkan semangat buat pasangan suami isteri ini yang menikmati masa berdua mereka.
Terus menikmati masa bersama, pasangan suami isteri ini mencipta bonding dengan perjalanan menaiki motorsikal berdua dari Johor Bharu ke Perak.
Namun apa yang menarik perhatian pastinya permintaan dan seloroh seorang isteri terhadap suaminya semata-semata untuk membawanya bersama menaiki motorsikal.
Mana tahu perjalanan jauh ini membolehkan mereka dikurniakan cahaya mata. Satu permintaan yang penuh rasa sayu.
Bahagia cara sendiri. Layan bini ride Yamaha Sport dari JB ke Perak, kos RM1000!
Belum ada komitmen anak, beginilah cara kami eratkan hubungan suami isteri. Mungkin Allah nak beri rezeki masa kami bersama sebelum rezeki anak.
10 tahun aku kahwin aku tak dapat anak lagi. Dulu bini aku cakap, kalau aku bawak balik dia ke kampung aku naik motor, in sha Allah dia mengandung (moga doa termakbul).
Tu yang aku bawak dia dari JB ke Gerik, Perak naik kapcai Yamaha Sport je pergi balik. Dari JB masuk ke KL terus ke Bidor dan Gerik Perak.
Ride kapcai lama macam Yamaha Sports ni kuat makan petrol juga bila naik berdua ni, jadi ride santai kelajuan 70-80kmj pun dah ok.
Kos makan minum, penginapan hotel termasuk minyak cecah RM1000 juga.
So hidup ni sentiasa bersyukur dan bersangka baik, in sha Allah nikmat ketenangan jiwa dan bahagia tu sukar diungkap.
P/S: Moga dimurahkan rezeki kita semua walau dengan apa cara sekalipun 🤲🏻
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Kredit dan kongsian Jamil JB
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya PA&MA yang merupakan jenama pilihan ibu bapa nombor 1 di Malaysia menganjurkan PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program anugerah digital yang akan memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Bagi memperkasakan jenama keibubapaan yang kini telahpun berada di pasaran selama 20 tahun dan memberikan sedikit kelainan tahun ini, PA&MA telah mengambil inisiatif menghargai serta mengiktiraf pencapaian mama-mama millennial yang mempunyai cara tersendiri dan boleh menjadi inspirasi kepada ibu-ibu lain. CETAPHIL jenama terkenal yang membantu menyelesaikan permasalahan kulit anak merupakan penaja utama Anugerah ini. Tidak melepaskan peluang dalam memberikan yang terbaik buat ibu-ibu millennial di luar sana CETAPHIL turut memberikan perkongsian menarik bersama pakar dalam mengupas isu permasalahan anak untuk 8 episod istimewa.
Bagi menghangatkan lagi Program Anugerah Digital ini, PA&MA telah menampilkan dua hos papa selebriti terkenal iaitu Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali Dr Say dan Fizi Ali yang di beri tugas menyampaikan Anugerah BEST MAMA MILLENNIAL kepada 20 orang mama selebriti dan instafamous dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi.
Antara penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms, Mawar Rashid, Aisyah Hijanah, Farahanim Razak, Wawa Zainal, Datin Paduka Eina Azman, Anzalna Nasir, Diana Nasir dan Arsyaliee.
Selain itu, Yuyu Zulaikha, Feeya Iskandar, Diana Amir, Irma Hasmie, Shima Anuar, Intan Salleh, Mua Bellaz, Ameera Zaini, Leeyana Rahman, Belle Al Yahya, Fiza Frizzy dan Dr Tengku Ezulia turut diberi penghargaan ini.
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan Bersama CETAPHIL ini akan mula bersiaran secara langsung pada 19 Julai hingga 13 Ogos 2021 menerusi platform Facebook dan YouTube Majalah PA&MA jam 2.30 petang. Sepanjang tempoh ini, menampilkan penerima anugerah yang berbeza dengan perkongsian menarik yang pastinya memberi inspirasi buat ibu-ibu muda di luar sana.
PA&MA GALA REUNION merupakan acara kemuncaknya dan akan diadakan pada 15 Ogos 2021 secara virtual. Dalam acara ini PA&MA akan mengumpulkan beberapa penerima Anugerah PA&MA GALA MOMS bersama 50 mama millennial daripada Kelab Komuniti PA&MA. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan antaranya perkongsian bersama penerima anugerah, perkongsian bersama pakar keibubapaan, games, cabutan bertuah dan lain-lain.
Bagi mendapat maklumat lanjut mengenai PA&MA GALA MOMS, boleh ikuti di Facebook dan Instagram PA&MA dengan hashtag #BestMamaMillennial #PaMaGalaMoms #DiinspirasikanBersamaCetaphil
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesi persekolahan seperti biasa KPM disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tiada pelaksanaan PdPR buat masa ini, sekali gus melegakan kebimbangan ibu bapa mengenai sistem pembelajaran anak-anak.