Penyanyi Syura Badron berdepan detik cemas apabila suaminya, Muhammad Farizat, mengalami kecederaan melecur teruk akibat insiden letupan gas yang berlaku pada Jumaat lepas.
Penyanyi lagu Nazam Berkasih ini berkongsi berita tersebut menerusi Instagram miliknya.
“Assalammualaikum, dengan berat hati saya ingin maklumkan suami saya, Farizat telah dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk.
“Melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak yang berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada hari jumaat malam yang lepas,”
Ads
Jauh di sudut hati, Syura yakin Allah Maha Baik dan mendoakan agar ada sinar kebaikan di sebalik kesukaran ini.
“Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini.
Ads
“Semoga ada hikmah yang baik disebalik ujian ini. Allah Maha Baik.”
Syura juga berkongsi momen penuh emosi di Insta Stories dengan memuat naik gambar tangannya menggenggam tangan suami, sebagai simbol kasih sayang dan sokongan tidak berbelah bahagi.
“Kuat sangat sayang saya ini. Saya yang tak kuat tengok keadaan awak.
“Ya Allah, berikanlah kesembuhan buat suamiku.”
Untuk info, Syura dan Farizat mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 serta dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Umar Eussof yang kini berusia satu tahun.
Sebelum bermula Ramadan pada hujung minggu ini, kebanyakkan sekolah di negara kita mengadakan aktiviti merentas desa yang bermula pada minggu ini.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Shaf menarik perhatian ramai apabila menyediakan air minuman tiga tahun berturut-turut kepada murid yang sedang berlari.
Akuinya, dia merasa gembira apabila berpeluang untuk bersedekah dengan cara itu sebagai salah satu usaha untuk membantu murid-murid.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shaf di laman TikToknya, tahun ini menjadi tahun ketiga dia dan suami berbuat demikian.
Jika sebelum ini disediakan air sirap yang dibancuh, namun kali ini dia dan suami memberikan air kotak pelbagai perisa.
Dalam video yang berdurasi hampir satu minit itu, dapat dilihat suami kepada Shaf menyusun air kota dengan rapi di atas meja berhadapan kediamannya.
“Tahun ke tiga berturut-turut kita bagi air kat anak-anak merentas desa ni.
“Kali ini sirap kita dah upgrade ke air kotak. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terlibat! ‘Pelanggan’ yang paling akhir sekali istimewa.
“Nampaknya rumah kita boleh jadi perhentian utama setiap tahun!” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap murah hati Shaf dan suami dalam berkongsi rezeki dan mendoakan agar urusan keluarganya dipermudahkan selalu.
Menularnya wabak pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini memberikan kesan yang cukup hebat buat industri pelancongan khususnya. Manakan tidak banyak aktiviti seperti melancong ke luar negara terpaksa dibatalkan. Malah pelancong dari luar negara juga tidak dapat datang melawat ke negara kita.
Kini apa yang mampu dibuat hanyalah mengimbau kembali kenangan indah sepanjang percutian yang lepas. Pelakon Nadya Syahera turut berkongsi foto memori tahun lepas ketika dia dan keluarganya bercuti ke luar negara.
Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan maklum sahaja membawa dua orang anak yang masih kecil ke destinasi luar negara yang sedang mengalami musim sejuk ketika dikunjungi.
Menurutnya siapa yang sangka tahun ini sudah tidak berpeluang untuk melancong ke luar negara kerana penularan Covid-19.
Jelasnya ini mungkin teguran dari Yang Maha Esa. Tambahnya juga Ramadan kali ini juga tak akan sama dengan tahun sebelumnya. Doanya agar dapat beraya seperti selalu dan mohon Allah hapuskan wabak Covid-19 ini.
Antara kenangan tahun lepas, 1st time bawak 2ketui ni pi jalan jauh. Banyakkk jugak cabarannya, sangat berbeza dgn trip2 sblm ni ye. Bawak anak kecik tak sempat bercinta wey haha. Biasa p berdua, pastu terus try p berempat negara yg jauh, sejuk plus last minit plan. Nahhh! macam2 lah jadinya.
Tapi keseluruhan, anak2 happy and kitorg pun happy sbb dorg happy.
Pastuuuuu siapa sangka, tahun ni mungkin tak berpeluang dah nak pegi travel negara2 luar akibat penularan Wabak Covid19 ni, habis semua kena. Allah nak tegur tu, sekelip mata je jadi kan?
Takpelah, PKP dilanjutkan lagi, Ramadhan kita tahun ni takkan sama dgn tahun2 sblm ni. Doakan semoga kita dapat beraya seperti selalu. Hapuslah wabak covid19 ya allah.aminn
Tak dinafikan memang ramai yang terpaksa membatalkan rancangan untuk melancong ke luar negara pada tahun ini kerana Covid-19. Namun bersangka baiklah dengan Yang Maha Pencipta kerana perancanganNYA adalah yang sebaik-baiknya. Teruskan berdoa supaya wabak ini berakhir tidak lama lagi dan kita dapat menjalani ibadah puasa dan menyambut hari raya seperti biasa. Amin.
MK K-Clique dan isteri adakan majlis akikah bayi sulung, “Tengok pipi Aya Rayana pun dah tahu comel. Isteri kepada penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique iaitu Siti Hajaar selamat melahirkan seorang bayi perempuan 3 Ogos yang lalu.
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 28, menganggap kelahiran bayi sulungnya itu sebagai pemberian terindah dalam hidupnya dan isteri. Sebulan selepas kelahiran bayinya itu, MK berkongsi pula nama anaknya. Aya Rayana, nama yang menjadi pilihan pasangan ini.
Terbaharu, MK dan isterinya telah mengadakan majlis aqiqah untuk anak sulungnya itu. Video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok Zalleysahar85 menarik perhatian ramai. Video itu memaparkan sekitar majlis aqiqah berlangsung.
Majlis Aqiqah & Doa Kesyukuran buat Aya Rayana, anak kepada pasangan MK K-Clique serta isteri Siti Hajar 🥰🤲🏻 #majlisaqiqah#mkkclique#tawau#sabah
Majlis aqiqah itu diadakan di kampung MK. Warna merah jambu menjadi tema untuk majlis tersebut. Menerusi hantaran itu juga dapat dilihat pelamin kecil yang disediakan khas untuk majlis tersebut.
Jelas terbayang kegembiraan pada ajah MK dan juga isterinya, Hajaar. Perkongsian video tersebut meraih perhatian ramai warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk info, MK dan Hajaar mendirikan rumahtangga pada 16 Jun tahun lalu. Pasangan ini menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 3 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan.