Bukan nak salahkan satu pihak sahaja tetapi sejak kebelakangan ini banyak kes membabitkan hubungan suami isteri dilaporkan. Jika dilihat pada matlamat awal perkahwinan masing-masing nak hubungan berkekalan namun kerana ada kesilapan, itu yang buatkan hubungan makin renggang.
Pesanan Imam Muda Hassan yang selalu berkongsi ilmu rumah tangga ini boleh dimanfaatkan bersama-sama agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia selamanya.
“Takkan senang orang yang menzalimi, dan takkan susah orang yang dizalimi”. Ini ungkapan seorang guru teman yang teman akan ingat sampai bila-bila.
Ads
Sabda Nabi SAW, doa orang yang dizalimi itu tergolong dalam golongan orang yang mustajab doa.
Walaupun luka hati seorang isteri sukar untuk dirawat, tapi cukuplah Allah sebagai tempat mengadu, Dia yang boleh menyembuhkan luka dalam hati.
Ads
Cukuplah seorang isteri mendoakan kebaikan buat suaminya, dan mendoakan juga kebaikan pada dirinya sendiri. Jika suami melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap isteri, mohon agar Allah tunjukkan kebenaran pada suaminya. Kadang-kadang kerana ego seorang suami, dia tidak nampak kesalahan dirinya, biarlah Allah jentik hatinya untuk dia tahu salah silap dirinya.
Isteri doalah, “Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik di sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Diana Nasir berkongsi keadaan kedua anak kembarnya, The Angguns yang sudah sembuh sepenuhnya dari penyakit berjangkit Chicken Pox.
Tambahnya lagi yang juga kakak kepada selebriti terkenal, Anzalna Nasir, Diana turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan anak-anaknya.
“Chickenpox (CP) quarantine dump! Alhamdullilah @the_angguns dah pulih sepenuhnya! Terima kasih semua sudi mendoakan. Jika anda atau anak-anak anda menghidap cacar air, berikut adalah beberapa petua yang boleh membantu anda atau anak anda berasa lebih baik. Ia menjadi pada Anggun saya dan berharap ia menjadi pada anda juga! InsyaAllah.”
Diana turut berkongsi beberapa petua yang dilakukan sepanjang tempoh anak terkena jangkitan Chicken Pox.
1. Mandi soda bikarbonat
Ketika di Kanada dulu, doktor kami mencadangkan kami untuk mandi dengan Soda bikarbonat kerana ia boleh menenangkan dan melegakan gatal untuk CP! Sebagai alternatif, campurkan separuh atau satu cawan soda bikarbonat dalam air mandian suam anda dan berendam di dalamnya. Soda bikarbonat juga boleh mempercepatkan kecutan, it’s highly recommended.
2.Sapukan Losyen Calamine
Selepas mandi, saya akan menggunakan losyen Calamine. Losyen ini boleh menenangkan kulit. Menggunakan jari yang bersih hanya sapu atau oleskan losyen calamine pada kawasan kulit yang gatal.
3.Antiviral medication from Hospital
Thanks to antiviral medication! This medicine lessen the symptoms of CP. Sangat bagus!
4.Minum Air Kelapa Muda
Adalah penting untuk kekal terhidrat apabila anak terkena CP. Minum air sebanyak mungkin. Air kelapa juga bagus untuk menyejukan badan. Sebenarnya, hanya selepas bintik CP anda kering dan hilang, dan meninggalkan kesan di seluruh badan anda, minum air kelapa akan membantu anda membekalkan nutrien dan mineral penting yang akan membantu bintik anda berkurangan dengan lebih cepat. Pastikan tiada gula dan ais hanya air kelapa tulen!
5.Makan Secara Sihat
Elakkan makan berminyak, makanan laut, pedas, ayam & makanan ringan! My mother pesan kicap pon jgn nanti tinggal parut haha.
6.Pakai Pakaian Longgar dan Lapang & Kekal Dalam Penghawa Dingin atau Kipas
Hanya pakai seluar dalam je pada siang hari! Tapi yg dewasa tu jgn la pula ikut tip ni tau! 🤣Hidupkan kipas atau penghawa dingin untuk elakkan berpeluh, sebab panas dan peluh akan membuatkan anak lebih gatal!
7.Vaksin Cacar Air-Dengan mendapatkan vaksin CP anda boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit ini. Please make sure your kids tak miss it even yg dewasa pon masih boleh. Nasib baik Angguns kene mild CP tak seteruk mase my sisters and i kene dulu! Menangis nangis sebab gatal2! Angguns sikit pon tak scratch! Amazeballz!
Sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka. Jadi, sekiranya kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, sungguhpun mencapai sehingga 5-6 kali setahun, ia masih dianggap normal.
Namun pasti ada tanda tanya, adakah anak selalu sakit disebabkan cara penjagaan yang salah atau masalah pada persekitaran yang tidak sihat?
Jika anak selalu sakit, cuba periksa 6 perkara ini terlebih dahulu;
1. Terdedah pada virus di pusat jagaan
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.
Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
2. Selalu makan makanan ringan
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’. Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrien mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.
3. Anak tak cukup tidur
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
4. Anak kurang bergerak aktif
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.Menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
5. Berkongsi barang
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
6. Mangsa asap rokok
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi ‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.
Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanakyang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.
Sistem Imunisasi Anak Sedang Berkembang
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan semakin berkurang apabila anak semakin membesar.
Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.
Sumber: zuriat.my
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!