Kedua-duanya kita sayang. Suami pun kita cinta, sahabat pun kita kasih. Dengan kasih sayang serta kepercayaan yang kita berikan, siapa sangka suami rupanya berhubungan dengan teman yang kita anggap seperti ahli keluarga sendiri. Betapa remuknya rasa hati.
Melalui perkongsian suami ini, Akhtar Syamir ada berkongsi beberapa tanda yang boleh isteri perhatikan jika si suami mungkin ada menjalinkan hubungan istimewa dengan sahabat baik kita sendiri.
Saban hari kita mendengar kes suami kahwin lain. Yang paling menyedihkan apabila ianya berlaku ketika si isteri sedang sarat mengandung.
Saya tidak mahu ulas mengenai poligami. Saya cuma mahu berikan sedikit panduan untuk mengelakkan suami dirampas wanita lain.
Fokus kita kali ini ialah “bakal madu” yang dikenali.
Mula-mula sekali kita kena kesan kehadiran dia. Mata tu kena buka luas-luas. Jangan jadi pembaris sangat. Jangan mudah diperbodohkan dengan kebaikan diri sendiri.
Apabila mata sudah terbuka, semak ada atau tidak tanda-tanda kehadiran si dia.
▶️ Suami selalu sebut nama si dia. Lelaki ni ada yang terlepas, ada yang tak pandai berahsia dan ada yang sengaja beri petunjuk halus. Jika nama itu keluar berkali-kali, ambil peduli.
▶️ Anda terlalu baik dengan kawan wanita itu sampai suami anda pun jadi baik dengan dia.
▶️ Kawan anda selalu sebut nama suami anda. Sama ada memuji atau sekadar memasukkan nama di dalam percakapannya dengan anda. Ini pun ada 2 kebarangkalian, mungkin dia sedang suka dan tak pandai berahsia atau dia sengaja beri petunjuk kepada anda.
Ads
▶️ Ada mesej yang banyak dari si dia. Ini kena semak betul-betul, jangan main serbu sahaja. Jika ianya berkenaan kerja sahaja jangan dicipta benda yang tiada. Nanti elok-elok tak ada apa-apa, jadi pergaduhan pulak.
▶️ Ambil peduli jika ada kawan-kawan menegur atau memberitahu apa-apa berkenaan suami anda. Jangan telan bulat-bulat, anda orang memang sengaja nak membinasakan rumah tangga orang, tetapi ada juga kawan yang mengambil berat dan tidak sanggup untuk menutup mata mereka. Bila dah tahu, berhati-hatilah dan siasat. Jangan duduk diam je.
Kemudian kita tengok pula cara bagaimana untuk elakkan dari suami dirampas orang lain yang dikenali atau tidak dikenali.
1. Jangan rapatkan suami anda dengan kawan-kawan anda. Tidak kiralah yang sudah berkahwin atau belum. Dari tak kenal, jadi kenal. Rupanya anda yang jadi pencantum tali percintaan. Cukup sekadar suami tahu siapa kawan-kawan. Tak perlu terperinci sangat dan tak perlu sentiasa sebut. Kang sebut selalu, nama tu tersimpan pulak dalam hati suami.
2. Jangan bawa kawan perempuan ke rumah apabila suami ada. Cari masa apabila suami tiada dan minta izin terlebih dahulu. Ini untuk mengelakkan “cinta pandang pertama” di rumah sendiri.
3. Cantas sebelum ianya terjadi. Jika ada kemesraan yang baru berputik, potong terus. Bukan potong tu, tapi putuskan komunikasi mereka. Pantau alat komunikasi suami dan pastikan orang itu tidak lagi menghubungi suami anda.
4. Jangan jadi terlalu baik hingga orang ambil kesempatan. Mungkin niat untuk membantu kawan yang di dalam masalah. Tetapi akhirnya anda yang dilanda masalah.
Ads
5. Jangan positif tidak bertempat. Walaupun segala tanda-tanda dah di hadapan mata, anda masih berserah, positif dan tidak melakukan apa-apa. Fikirkan masa depan anda dahulu.
6. Tak perlu keluar dengan suami bawa kawan yang solo. Fokus masa dengan suami, jangan kongsi masa itu dengan orang lain. Nanti orang lain tu nak kongsi kasih, anda yang merana.
7. Cantikkan diri, jangan tuakan diri dengan tidak menjaga penampilan. Kekalkan juga kebersihan diri di tahap yang terbaik.
8. Kurangkan membebel yang melampau. Apabila pulang sahaja rumah dan disambut dengan bebelan yang tiada henti, rumah tidak lagi menjadi tempat yang tenang. Itu antara sebab kenapa suami mencari ketenangan di tempat lain. Perlu tahu perbezaan antara bercakap dan menegur dengan membebel.
9. Hadkan pergaulan suami dengan adik-beradik perempuan anda. Mereka bukan adik-beradik, tidak perlu terlalu mesra. Aurat juga perlu dijaga.
Ads
10. Buang mentaliti “Buat la apa pun, kalau dia nak curang, dia akan curang jugak”. Jika anda bersikap sebegini, anda memang layak dikhianati. Pokok yang tidak dijaga pun akan mati, inikan pula hati. Kena jaga hati suami dan kekalkan fokus dia kepada anda. Ambil tahu pergerakan dia di media sosial. Ambil tahu isi kandungan telefon dia. Curiga itu tidak salah, ambil tahu itu tidak salah. Tuduhan melulu itu yang salah. Jadi, ketahui perbezaannya.
11. Jangan canang sangat kehebatan suami depan kawan-kawan. Karang, dari tak minat, terus jadi berminat. Dari tiada apa-apa, terus terbayang-bayang “kalaulah aku yang dilayan begitu oleh suami dia kan best?”. Ada juga yang sengaja nak cuba rampas kebahagiaan itu kerana nak tengok kehidupan anda musnah. Kawan pun boleh makan kawan.
13. Orang putih kata “over confident”. Jangan yakin sangat. “Takkanlah dengan kawan aku, suami aku baik”.
14. Akhir sekali, jadilah yang terbaik buat suami semampu yang boleh. Kalau anda tidak pedulikan suami, anda seperti memberi peluang untuk orang lain rampas suami anda.
Tahniah Farhatul Fairuzah, terima tauliah mengajar dalam usia 24 tahun. Farhatul Fairuzah telah menerima pentauliahan mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun.
Tahniah Farhatul Fairuzah, Terima Tauliah Mengajar Dalam Usia 24 Tahun
Farhatul cukup bertuah apabila diberikan kelayakan untuk mewakili suara anak muda dan berusaha menarik minat golongan ini mencintai al-Quran.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan pleh Farhatul di laman Instagramnya, Farhatul atau nama sebenarnya Nor Farhatul Fairuzah Panut mengucapkan rasa syukur dengan pentauliahan tersebut.
Farhatul telah memenuhi kehendak Jawatankuasa untuk mengajar di Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa.
“Alhamdulillah baru sempat menghadiri Muzakarah Tauliah Mengajar, setelah beberapa kali tertunda disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih para penceramah-penceramah yang hebat. Dan juga Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
“Dengan adanya majlis dan tauliah sebegini, ajaran agama Islam tu dapat dipantau dan diiktiraf.
“Semoga usaha ini sentiasa diberkati dan dapat melahirkan lebih ramai pendakwah-pendakwah untuk meluaskan dan menyebarkan lagi ilmu agama Islam. Sama-sama kita belajar dan menyampaikan walaupun satu ayat.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Farhatul mula belajar al-Quran dan taranum pada usia lima tahun dan menyertai pertandingan tilawah pada tujuh tahun. Gadis ini juga antara penerima termuda darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) pada tahun 2022 sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendapat pujian ramai bila mendedahkan kepada umum aktiviti wajibnya bersama anak-anak iaitu solat berjemaah setiap hari.
Menerusi Buat Saja Podcast, bapa kepada enam cahaya mata ini berkongsi rutin harian yang menjadi kewajipannya di rumah.
Tambah Datuk Alif lagi, dia juga turut memberikan tazkirah agama kepada anak-anaknya dua kali seminggu dan akan sentiasa berada di rumah.
“Saya setiap hari akan sembahyang berjemaah dengan anak-anak. Seminggu dua kali saya akan bagi tazkirah kepada anak-anak sendiri.
“Saya akan sentiasa berada di rumah setiap hari tanpa jemu. Walaupun saya keluar pergi majlis saya bawa satu keluarga, saya tak akan lepaskan anak-anak.
“Kalau anak perempuan saya keluar, akan ada PA yang akan teman atau bodyguard, saya tak akan bagi dia keluar seorang,” katanya.
Menurut kata Datuk Alif lagi, dia juga banyak berkongsi kepada anak-anak berkaitan soal zina, skandal dan dadah. Biar telus dan anak-anak tahu akan buruk dan baiknya.
“Anak saya umur 16 tahun, saya sudah cerita pasal zina, skandal dan dadah. Saya fokus kepada mereka tentang perkara itu sebab dekat sekolah benda tu kurang pendedahan,” katanya lagi.
Tak paksa anak ikut jejak langkah
Suami kepada Datin Seri Shahida ini lagi turut berkongsi masa depan anak-anak. Malah kata pengasas produk D Herbs ini lagi, dia mahu anak-anak memilih jalan mereka sendiri asalkan baik di sisi agama.
Kata Datuk Aliff, dia tidak akan memaksa anak-anaknya untuk mengikut jejak langkahnya atau mewarisi perniagaan yang diusahakannya.
“Saya yakin semua ibu bapa yang ada bisnes nak anak-anak mewarisi perniagaan mereka, nak anak jadi doktor. Tapi saya tak pernah paksa anak-anak saya. Saya hantar anak-anak sekolah antarbangsa, masuk kelas mandarin dan agama, tapi apa jadi di masa depan kita serah pada takdir.
“Saya tak pernah beranggapan anak akan kahwin dengan orang kaya, mewarisi perniagaan saya tapi saya sentiasa mengajar mereka. Macam sebelum ini, Qadejah jadi ‘endorsment’ dan dapat byaran, dia seronok,” katanya berkongsi.
Perkongsian Datuk Aliff mengenai anak-anak dan rutin hariannya di rumah nyata dipuji wargamaya yang menyifatkan beliau sebagai bapa yang bertanggungjawab dan penyayang.
Terdahulu, Datuk Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida dikurniakan dengan enam orang cahaya mata.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejadian yang meruntun jiwa buat ibu ayah yang kehilangan anak tersayang. Begitulah yang berlaku apabila suasana petang yang tenang di Sungai Kaabah, Kampung Kelaweh, Machang bertukar menjadi detik ngeri yang takkan dilupakan.
Tawa riang empat sepupu yang sedang bermain lastik bertukar menjadi jeritan cemas, apabila seekor lembu tiba-tiba mengejar mereka tanpa henti. Nafas tercungap-cungap, kaki kecil itu berlari sekuat hati sehingga ke tebing sungai.
Air sungai yang kelihatan tenang itu akhirnya menjadi saksi tragedi. Dalam usaha menyelamatkan diri, keempat-empat mereka terjatuh ke dalam arus. Tiga berjaya berpaut pada pokok, namun seorang daripadanya Muhammad Anaqi Syamin Azmi, pelajar Tahun Satu berusia tujuh tahun hilang dibawa deras air.
“Saya dimaklumkan, bapa kepada kanak-kanak lain cuba selamatkan mereka walaupun dia baru pulih daripada kemalangan. Tapi Anaqi… tak kelihatan.”
“Yang lain terselamat sebab ada yang berpaut pada dahan, kepala masih nampak masa ditarik,” kata Siti Maizatul Azla Musa, kerani yang bekerja dengan ibu mangsa.
Panggilan kecemasan dibuat. Pasukan bomba bergegas ke lokasi, menyelam dan mencari dalam sungai yang keruh itu. Di celah doa dan tangisan, akhirnya tubuh kecil Anaqi ditemui tidak bernyawa, hanya 0.5 meter dari tempat dia terjatuh.
Anak kedua daripada empat beradik ini dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat, meninggalkan keluarganya dalam pilu yang tak terungkap.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.