Siapa sangka, Datuk Ramli MS atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ram—yang sinonim dengan gaya serius sebagai juri program realiti—kini tular di TikTok apabila muncul membantu isteri tersayang, Datin Alyah, menjual tudung secara live!

Suami ‘Supportive’ Macam Tok Ram, Confirm Isteri Cair!

Dalam video yang dikongsi oleh Datin Alyah pada 15 Jun 2025, Tok Ram kelihatan begitu bersahaja dan sporting sambil mempromosikan pelbagai jenis tudung dari koleksi isteri beliau. Dari sentuhan warna ke corak, Tok Ram siap ulas dengan penuh detail! Memang rare tengok maestro muzik jadi ‘seller’ TikTok.

@alyah81official #tiktoklive #livehighlights Aduiii skali dia masuk live kita,Berterabo tudung akak dek🤪🤪🤪 #fypシ゚viral #fypシ #fyp #alyahthecutesinger #trending #trending #alyahtokram ♬ original sound – alyah81official

Ads

Dari Maestro Ke ‘Seller’ Tudung

Walaupun tengah sibuk dengan persiapan showcase , Tok Ram tetap luang masa untuk turun padang bantu bisnes isteri. Aksi beliau disambut meriah oleh netizen yang rata-rata terhibur dan tersentuh melihat sokongan padu suami terhadap isteri..

Reaksi Netizen: Lawak, Sweet & Respect!

Netizen memang tak lepaskan peluang untuk berkongsi reaksi comel dan kelakar terhadap gelagat Tok Ram:

Ads

“Lahhhh Tok Ram jadi affiliate dah kaa..? 😂😂😂” – @Fiza Kamaruzzaman

“Tgok live tokrm smlm. Tok ram mmg ad taste. Tdug dia review smlm lawo yg tokrm pgg..” – @mamasukisusa

“Baru kita tau sisi lain tok ram ni, ingat jenis serious memanjang.. ni gara2 si nabil/jihan.. 😆” – @Aina safiea (mazlah)

“Hahahaha..lucu lah tok ram..dh rs tgk projek bapak2 pulak” – @BloomLilac

Suami ‘Supportive’ Macam Tok Ram, Confirm Isteri Cair! Suami ‘Supportive’ Macam Tok Ram, Confirm Isteri Cair! Suami ‘Supportive’ Macam Tok Ram, Confirm Isteri Cair! Suami ‘Supportive’ Macam Tok Ram, Confirm Isteri Cair!

Reaksi spontan ni buatkan suasana live TikTok Tok Ram makin meriah dan relatable. Rata-rata suka tengok ‘sisi baru’ Tok Ram yang jauh lebih santai dan kelakar dari yang biasa ditonjolkan di TV.

Ads

Inspirasi Buat Ibu Muda

Apa yang dilakukan Tok Ram sebenarnya beri mesej besar kepada pasangan muda:

  • Sokongan suami sangat bermakna – Bila pasangan kita bantu walau sikit, impaknya sangat besar untuk emosi dan motivasi.
  • Usia bukan penghalang – Umur 66 pun boleh belajar benda baru, especially dalam dunia digital.
  • Romantik tak semestinya candlelight dinner – Kadang, bila suami tolong promote bisnes isteri pun dah cukup buat hati mekar!

Suami ‘Supportive’ Macam Tok Ram, Confirm Isteri Cair!

Tok Ram dan Alyah jadi contoh sweet couple yang saling menyokong. Bukan sekadar cinta kata-kata, tapi dalam perbuatan. Untuk ibu-ibu muda yang ada bisnes kecil-kecilan, jangan malu ajak suami join sekali. Kadang-kadang, dari situ la datang semangat baru!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads