Pelakon, Aprena Manrose akur dengan ketentuan Tuhan apabila masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata sulung bersama suaminya, Mohd. Afiq Hazman meskipun sudah mendirikan rumah tangga selama enam tahun.
Menurut Aprena, dia sentiasa positif dan percaya pada rezeki yang bakal dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya untuk bergelar seorang ibu kelak. Tambah Aprena, dia mengambil cuti panjang untuk berehat bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha mendapatkan zuriat kerana kesibukan bekerja juga boleh menjadi salah satu faktor penyebab seseorang itu sukar mendapat cahaya mata.
‘Buat masa sekarang saya sedang berehat dan mengambil cuti berlakon sebab mahu beri fokus pada usaha untuk mendapatkan cahaya mata. Seperti yang semua orang tahu, saya sudah berkahwin selama enam tahun, namun belum ada rezeki dikurniakan zuriat. Jadi saya dan juga suami ambil keputusan untuk berehat sebentar dari kerja.’
Dalam pada itu, Aprena memberitahu dia tidak melakukan rawatan rawatan Persenyawaan in Vitro (IVF) sebaliknya berusaha untuk hamil secara semula jadi memandangkan hasil pemeriksaan menunjukkan mereka berdua sihat.
‘Kami tidak buat IVF pun. Cuma rehatkan badan. Sebab kalau perempuan terlalu penat bekerja, susah untuk ‘bersama’ dengan suami. Bila badan penat macam mana nak ‘buat anak’? Cuma belum rezeki lagi. Suami pun sarankan saya supaya berehat dahulu. Mungkin saya akan kembali bekerja pada bulan hadapan selepas beberapa bulan berehat. Itu pun saya tidak ambil ‘job’ terlalu banyak.’
Terdahulu, Aprena sebelum ini mengakui sedikit tertekan memikirkan soal cahaya mata selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, keadaan dirinya masih lagi terkawal dan belum pernah berdepan dengan tekanan emosi memikirkan soal tersebut.
Jom join Workshop Pa&Ma untuk mama papa yang baru bersalin, mama papa yang ada anak kecil, daftar di SINI
Air Rebusan Daun Herba, Ibu-Ibu Selepas Bersalin Elok Amalkan, Badan Rasa Ringan Je
Selepas bersalin, ibu-ibu sangatlah digalakkan untuk mandi air rebusan daun herba. Banyak kebaikan air rebusan kepada tubuh badan terutama kepada ibu-ibu selepas melahirkan. Mengikut pantang larang tradisional, ibu-ibu selepas bersalin tidak digalakkan mandi air paip biasa yang sejuk kerana bimbang boleh memudaratkan diri.
IBU AMAT DIGALAKKAN UNTUK MANDI AIR REBUSAN DEDAUN YANG HANGAT KERANA IA MEMBANTU MENYEGARKAN KEMBALI TUBUH BADAN YANG LETIH DAN LESU SELEPAS MELAHIRKAN BAYI. SELAIN ITU MANDIAN INI JUGA MEMBANTU IBU MENJAGA KEBERSIHAN BADAN DAN MENGHILANGKAN BAU BADAN YANG KERAP BERPELUH.
Mandian rebusan daun herba herba menggunakan pelbagai bahan dan daun-daun herba terpilih. Khasiatnya sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu-ibu dalam berpantang.
Antara kebaikan mengamalkan mandian rebusan dedaun ketika berpantang adalah:
1. MENYEGARKAN KEMBALI TUBUH
Bau-bauan segar pelbagai daun herba yang digunakan seperti serai, daun limau purut, daun pandan, daun kunyit berfungsi seperti aromaterapi yang mampu memberi kesegaran dan ketenangan kepada ibu yang letih, lesu dan kurang bertenaga selepas melahirkan bayi. Selain itu ia juga menjadi penenang kepada ibu yang mungkin rasa tertekan kerana kurang tidur menjaga bayi yang menangis di tengah malam.
2. MEMBUANG ANGIN
Seperti kita sedia maklum, ibu dalam pantang memang banyak angin dalam badan. Amalan mandi air rebusan daun dan herba yang banyak khasiat ini mampu membuang angin-angin dalam badan yang boleh mengganggu kesihatan ibu.
3. MELANCARKAN PENGALIRAN DARAH DAN MERANGSANG PENGHASILAN SUSU IBU
Biasanya ibu akan mandi air rebusan ini selepas selesai mengurut seluruh badan. Ia akan lebih membantu melancarkan pengaliran darah dalam badan sekaligus memberikan kesegaran dan dapat menggembirakan ibu. Bila hati gembira maka hormon oksitosin pun akan meningkat dan sekaligus susu ibu akan mengalir dengan lebih lancar.
Ramuan Untuk Membuat Air Rebusan Mandi Dedaun
1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
10 helai daun limau purut
6 batang daun serai bersama serai
Halia muda sebesar 4 kali ibu jari
7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya
Segenggam halba (dipunjutkan)
Cara Menyediakan Air Mandi:
1. Ambil periuk tanah ukuran sederhana.
2. Sediakan bahan-bahannya.
3. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana.
4. Masukkan halba yang dipunjutkan.
5. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.
TIP MANDI AIR REBUSAN DEDAUN:
*Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua.
*Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari [kaki kanan] dahulu diikuti kaki [kaki kanan] kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri.
*Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. Proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.
*Daun-daun rebusan tersebut boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit.
*Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air daripada masuk ke dalam badan.
Sumber: Artikel ini diolah dari Pa & Ma Kredit foto (top image): Pexels
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Fizo Omar memanjat kesyukuran kepada Illahi setelah isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan bayi kedua pada petang Jumaat.
Berita gembira tersebut dikongsi olehnya menerusi laman Instagram. Tambahnya lagi, bayi yang lahir seberat 3.07kg itu dilahirkan sihat secara normal.
“Syukur Alhamdulillah, Isteri saya @ffezyranesry telah pun selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07kg pada jam 5.57ptg tadi di @andorrahospitalofficial”
“Syukur Ya Allah, semuanya di permudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room utk melahirkan secara normal.”
Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk melihat proses bersalin dan di beri peluang menyambut sendiri anak perempuanya itu.
“Pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang untuk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang utk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. YA ALLAH..tak terkata”
“Terima kasih buat Doktor Kamsiah dan seluruh warga @andorrahospitalofficial diatas pengalaman yang luar biasa ini dan layanan yang sangat baik.”
Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah buat pasangan ini diatas kelahiran cahaya mata baru.
Walau bagaimanapun Fizo belum mendedahkan nama serta wajah bayinya itu.
Pengalaman melahirkan anak adalah satu pengalaman yang paling terindah dalam hidup seorang wanita. Satu pengalaman yang mendebarkan namun tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila.
Bagi pelakon cantik manis, Farah Nabilah, pengalaman melahirkan anaknya, Andre Omar setahun yang laly benar-benar meninggalkan kesan dalam hidupnya.
“Betullah orang kata bersalin ini ada satu keajaiban”
Kata Farah menerusi perkongsiannya di Webinar Simpan SSPN x Pa&Ma, Detik Indah Bersama Si Manja semalam, Farah turut berkongsi cerita detik kelahirannya Andre yang cukup manis untuknya.
“Dulu masa bersalin, Farah bersalin secara pembedahan sebab ada komplikasi, kedudukan bayi yang tak berada di kedudukan normal waktu itu.
“Pengalaman melahirkan anak bagi Farah satu pengalaman yang begitu mendebarkan. Dia punya nervous masa tu tak payah cakaplah, sangat mendebarkan. Kalau bersalin normal mungkin lepas push, sakit dan dan bila anak dah selamat dikeluarkan tapi pengalaman bersalin melalui pembedahan pada Farah sangat menakutkan.
“Dengan lampu-lampu dan segala macam persediaan di bilik bersalin, lepas kita dengar pulak orang sekeliling bercakap itu ini masa nak bedah perut bertambahlah rasa takut.
“Tapi selepas melahirkan anak tu pulak hanya Allah saja yang tahu tapi walaupun sakit, bila dengar anak menangis terus hilang rasa sakit.
“Betullah orang kata bersalin ini ada satu keajaiban, sakit tapi bila kita dengar suara anak terus rasa macam hilang kesakitan dan ketakutan yang kita lalui,” kongsi Farah lagi.
Pengalaman lepas melahirkan anak adalah satu kepayahan bagi pelakon berbakat ini. Bercerita mengenai detik kelahirannya melahirkan Andre Omar, akui Farah di awalnya dia melalui waktu-waktu yang sukar.
“Bayangkan nak menyusukan anak dengan perut baru lepas operate tu memang susah. Nak buang air besar, berjalan, batuk, nak gelak pun susah.
“Pada saya tak adil nak judge ibu yang melahirkan anak secara operate ini. Kebanyakkan ibu yang melahirkan anak secara pembedahan bukan atas kehendak ibu itu sendiri tetapi tak ada pilihan kerana masalah komplikasi dan sebagainya.
“Tak perlu nak fikir apa orang cakap dan banding-bandingkan cara kita bersalin. Bagi saya yang penting anak dan ibu sihat,” kongsinya lagi.
Banyak belajar ilmu parentingBercerita mengenai soal imu keibubapaan kata pelakon drama bersiri Cik Reen Cik Ngok Ngek ini lagi, akuinya, ilmu keibubapaan sangat mencabar dirinya. Namun banyak perkara baru yang diperolehi.
“Andre pula sekarang memang aktif sangat. Tapi Farah jenis tak kisah, bila dekat rumah memang Farah bagi je dia buat apa-apa. Nak pulak sekarang ni tak boleh keluar rumah, jadi Farah biarkan saja dia aktif dalam rumah.
“Bagi saya ilmu parenting satu ilmu baru yang baik tapi begitu mencabar. Misalnya nak buatkan pasir untuk anak dari bijirin pada Andre itu pun Farah buat macam-macam research. Tak adalah Farah simply bagi pada Andre. Ia satu sensori yang bagus untuk Andre sendiri.
“Agak mencabar bila mana kita nak cuba macam-macam cara untuk anak tapi orang lama perbetulkan itu dan ini dan macam itu juga bila zaman moden sekarang ini macam-macam cara orang menegur.
“Tapi bagi Farah ikut apa kesesuaian baby kita, tak perlu dengar apa orang nak kata disamping dapatkan pandangan dari yang berpengalaman,” kongsinya lagi sambil berkongsi mendapatkan pelbagai sumber untuk perkembangan anaknya.
Simpan Duit Anak Sejak Kecil
Bercerita mengenai simpanan anaknya, kata Farah dia dan suami rupanya sudah pun lebih awal mewujudkan simpanan masa depan buat Andre.
“Tak dinafikan Andre dia ada income sendiri dari beberapa posting di IG dan saya serta suami sediakan simpanan sendiri untuk dia supaya di masa hadapan, dia ada simpanan sendiri nanti.
” Sekarang pun susah untuk dapatkan kerja, bila anak ada simpanan, sekurang-kurangnya dia sudah ada simpanan kelak bila besar nanti.
“Macam Farah dari dulu memang parent dah sediakan tabung-tabung simpanan dan kini bila dah ada anak, barulah Farah nampak. Nak belajar pun Farah gunakan simpanan yang mak ayah Farah sediakan dulu. Alhamdulillah, jadi memang kita kena persiapkan tabungan lebih awal,” kongsinya lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @farahnabilahofficial
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat julung-julung kalinya, Pa&Ma membawakan Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 yang telah berlangsung pada 24 & 25 Ogos lalu di Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur yang diinspirasikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).