Pelakon Idzham Ismail, telah memuat naik sebuah posting di laman Instagramnya yang menghargai isterinya. Tidak menginginkan isteri yang sempurna, hanya mahukan isteri yang sentiasa menyokongnya.
Aku tak perlukan isteri yang pandai memasak sebelum kahwin kerana memasak boleh belajar sama sama.
Aku tak perlukan isteri untuk buat kerja rumah setiap masa kerana aku pon ada untuk melakukannya.
Aku tak perlukan isteri yang kaya raya sebab rezeki dan kemewahan boleh dicari bersama. Aku tak perlukan isteri yang buta hatinya kerana aku manusia melakukan kesilapan dan sedia untuk ditegur dan ubah untuk rumahtangga.
Aku PERLUKAN isteri yang menyokong dibelakanh ku kerana pabila ku hampir jatuh dia ada dibelakangku bisik kata semangat untuk aku naik semula.
Tak semua faham dunia dan cara bekerja macam kami, bila dapat yang memahami, bersyukur dan semangat dia lah yang buat aku tahu tiada gagal dalam kamus hidup hanya kejayaan menanti. Amin thank you Allah dan aku dah bersedia diatas tanggujawab kerja yang lebih besar ini. Amin amin ya rabbal alamin..
Sememangnya tiada pasangan yang sempurna dan akan ‘senang’ sepanjang masa, tetapi suami isteri yang saling melengkapi akan menyempurnakan sesebuah perkahwinan.
Dengan peningkatan jumlah penumpang semasa musim perayaan, aspek keselamatan penerbangan menjadi keutamaan. Malaysia Airlines telah mengeluarkan peringatan kepada semua penumpang mengenai peraturan baharu penggunaan powerbank dalam penerbangan bagi mengelakkan sebarang risiko yang boleh mengancam keselamatan.
Bermula 1 April 2025 Hanya Dua Powerbank
Bermula 1 April 2025, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa maksimum dua powerbank dengan kapasiti antara 100 hingga 160Wh. Lebih penting, powerbank mesti sentiasa berada bersama penumpang dan tidak boleh disimpan di dalam beg kabin atau bagasi.
Langkah ini diambil bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini, termasuk kebakaran akibat penggunaan powerbank yang tidak terkawal.
Sebelum ini, insiden kebakaran dalam penerbangan Air Busan yang berpunca daripada peranti elektronik telah mendorong syarikat penerbangan seperti Singapore Airlines melarang penggunaan powerbank dalam penerbangan mereka.
Demi keselamatan diri dan penumpang lain, pastikan anda mematuhi peraturan ini ketika pulang beraya atau bercuti bersama keluarga. Selamat perjalanan dan selamat sampai ke destinasi!
Khabar duka yang pernah meruntun hati rakyat Malaysia suatu ketika dahulu, kini bertukar menjadi berita yang sarat dengan rasa syukur dan kegembiraan.
Setahun berlalu sejak pemergian bayi kecil bernama Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri, anak kepada pasangan Mejar (Ir) TS Mohd Fikry Amri Abd Halim dan isterinya Sabrina Hakiem Zaini. Luka di hati kedua ibu bapanya mungkin belum sepenuhnya sembuh, namun takdir Allah itu sungguh indah.
Kini, pasangan tabah ini kembali tersenyum apabila dikurniakan tiga puteri comel, masing-masing dinamakan penuh makna Maryam Al Lubna, Maryam Al Khawla dan Maryam Al Arwaa. Tiga nama indah yang menjadi lambang cinta, doa dan kekuatan setelah ujian yang begitu berat menimpa mereka.
Perkongsian yang dimuat naik oleh Mejar (Ir) TS Mohd Fikry Amri menerusi hantaran di Facebook semalam mengundang sebak dan senyuman serentak di hati warganet. Beliau yang pernah menjadi tumpuan umum selepas tragedi kehilangan anak sulungnya, Al Fateh kini menzahirkan rasa syukur atas kurniaan Allah SWT.
Dalam coretannya yang penuh makna, beliau menulis:
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT. Patik berdua menjunjung kasih Tuanku di atas kurniaan tajaan IVF dan sokongan moral, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang telah mendoakan untuk kesejahteraan kami.
Sukacita saya ingin memaklumkan isteri saya telah selamat melahirkan anak kembar tiga (triplet perempuan) secara czer pada hari Jumaat (24 Okt 2025) yang mulia ini tepat jam 9.40 pagi di Hospital Melaka. Isteri dan anak² saya semuanya dalam keadaan baik dan sihat. Alhamdulillah.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan staf Hospital Melaka yang telah melaksanakan tugas dan amanah selama 73 hari isteri saya berada di dalam wad untuk pemantauan hospital sehingga tiba saat untuk isteri saya melahirkan anak² kami. Semoga Allah SWT membalas jasa kalian dengan pahala berganda dan dijadikan asbab untuk kita semua masuk syurga tanpa hisab.”
Bagi yang mengikuti perjalanan hidup mereka, nama Al Fateh pasti masih melekat di hati. Bayi kecil itu pergi menghadap Ilahi ketika baru beberapa bulan merasai kasih ibu dan ayah. Namun kini, hari Jumaat yang dahulu menjadi saksi kehilangan itu kembali membawa makna baru hari Jumaat yang sama, tiga tangisan kecil menggantikan kesunyian yang pernah dirasai.
“Al Fateh pasti tersenyum di taman syurga tengok mummy daddy dia sekarang ni. Rindu pada Al Fateh. Hari Jumaat Al Fateh dijemput menghadap PenciptaNya, Jumaat juga Allah hadirkan puteri² adik Al Fateh kepada kami. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Syukur dengan nikmatNya. Rezeki berganda datang pelbagai cara. Jangan pernah jemu memohon pertolongan kepada Allah SWT.”
Kata-kata itu menusuk hati siapa saja yang membacanya. Ia bukan sekadar luahan gembira, tetapi juga pengakuan bahawa setiap takdir Allah itu, walau pahit, pasti membawa hikmah.
Jika dulu Jumaat menjadi hari air mata, kini Jumaat menjadi hari syukur. Tangisan pilu berganti dengan tangisan bahagia. Dari kehilangan seorang, Allah gantikan tiga. Dari ujian, lahirlah kekuatan.
Ramai yang menzahirkan rasa syukur dan sebak di ruangan komen.
“Allahuakbar, sungguh indah aturan Allah. Al Fateh di syurga, dan kini Allah hadiahkan tiga puteri syurga di bumi.”
Kisah mereka menjadi bukti bahawa doa tidak pernah sia-sia. Walau 13 tahun menanti zuriat dan diuji dengan kehilangan, akhirnya Allah gantikan dengan rezeki yang berlipat ganda. Selama 73 hari si isteri bertarung di hospital demi memastikan tiga nyawa kecil itu selamat, akhirnya doa dan pengorbanan itu berbalas dengan keajaiban yang luar biasa.
Kini, Maryam Al Lubna, Maryam Al Khawla dan Maryam Al Arwaa bukan sekadar pengganti, tetapi anugerah yang membawa harapan dan kekuatan baru buat pasangan ini.
Di akhir perkongsiannya, pasangan ini tidak lupa menulis tanda pagar yang pernah menjadi simbol perjuangan dan cinta abadi mereka:
Tanda yang menjadi ingatan bahawa kasih seorang ibu dan ayah itu tidak akan pernah luput, walau anaknya telah kembali ke syurga.
Dari Jumaat yang menguji, kini Jumaat yang menggembirakan. Dari air mata duka, kini air mata syukur. Kisah pasangan ini mengingatkan kita bahawa setiap kehilangan bukan penamat, tetapi permulaan kepada sesuatu yang lebih indah.
Kerana bila tiba waktunya, Allah akan gantikan setiap air mata dengan senyuman, setiap luka dengan pelukan, dan setiap ujian dengan ganjaran yang tidak ternilai.
Sumber: FB Mejar (Ir) TS Mohd Fikry Amri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...