Terkurung dalam rumah sendiri lebih 7 jam benar-benar memberi trauma buat ibu dan dua anaknya berusia 5 dan 2 tahun apabila terkunci dari dalam bilik air setelah tombol pintu tak boleh dibuka secara tiba-tiba.

Menurut Puan Safra Hussain, pada pagi kejadian, selesai memandikan anak-anak, ketika keluar dari bilik air untuk siapkan anak ke sekolah, tak tahu macam mana pintu tak boleh buka. Dah macam-macam cara cuba tapi tak berjaya. Sehinggalah suami pulang ke rumah kerana rasa tak sedap hati.

Suami Tak Sedap Hati, Selamatkan Isteri & Anak Terkunci Dalam Bilik Air Lebih 7 Jam  

Alhamdulillah. Kami anak-beranak selamat selepas terkurung dalam bilik air dengan anak-anak selama 7 jam lebih.

Paling saya risaukan adalah anak, sampai biru kecut tangan kakinya. Cara kita orang nak survive “Buka air heater paling panas” tapi risiko sesak nafas.

Suami Tak Sedap Hati, Selamatkan Isteri & Anak Terkunci Dalam Bilik Air Lebih 7 Jam  Masa tersedar terkunci dari dalam, saya cuba untuk tenangkan diri sebab saya jenis cepat panik, cuba alihkan tumpuan anak-anak main bubble. Macam-macam usaha nak buka pintu sampai hanger towel pun kita cabut untuk ketuk tombol. Segala usaha sia-sia.

IKLAN

Suami Tak Sedap Hati, Selamatkan Isteri & Anak Terkunci Dalam Bilik Air Lebih 7 Jam  Bila Mikayla cakap lapar, kita suruh dia minum air heater, Maleeqa pula menyusu je. Sampai tahap kita dah hypo dan dah lemah. Rasa nak tidur, rasa macam nak tutup je mata.

Suami Tak Sedap Hati, Selamatkan Isteri & Anak Terkunci Dalam Bilik Air Lebih 7 Jam  Hanya Allah je tahu, masa awal-awal cuba nak alihkan perasaan panik, saya basuhlah toilet, bila dah hujung-hujung tak tahu masa tu pukul berapa, rasa tak larat tapi bila fikirkan anak-anak cuba kuatkan diri dan ketuk-ketuk juga tombol. Namun usaha itu tak berjaya juga.

Bila Mikayla cakap “Im cold” maknanya memang dia betul-betul sejuk. Ini kerana Mikayla kalau tidur dalam aircond tak nak selimut sebab dia suka sejuk. Tapi kalau dia cakap “dah sejuk”  tandanya dah sejuk sangat lah tu. Luluh hati saya bila dia tanya kenapa tangan dia warna putih. Tangan kaki dia dah kecut.

IKLAN

Suami Tak Sedap Hati, Selamatkan Isteri & Anak Terkunci Dalam Bilik Air Lebih 7 Jam  

Pukul 2 suami tak sedap hati dah sebab kita tak update story, tak tengok whatsapp dan tak jawab panggilan telefon. Pukul 4.30 petang dia tergerak hati nak pergi sekolah Mikayla, bila cikgu cakap Mikayla tak pergi sekolah, terus cepat-cepat balik rumah.

Suami Tak Sedap Hati, Selamatkan Isteri & Anak Terkunci Dalam Bilik Air Lebih 7 Jam  Alhamdulillah, bila suami pulang dia yang selamatkan kami. Pengajaran untuk kita dan juga semua. Selain Allah tempat bergantung, bawalah phone ke mana sahaja.

IKLAN

P/s : Rupanya tombol jenis ni memang kena berhati-hati, ramai rupanya dah terkena cuma cerita kita sedih sebab dalam bilik air. Kalau dalam bilik mungkinlah kita boleh terajang. Kebetulan, bilik air pula berada dalam bilik tidur kami.

Lagipun rumah yang kami duduki ni baru 3 bulan. Masih belum ada jiran di kiri dan kanan rumah. Tambah pula bunyi bising sebab banyak rumah tengah buat renovation. Lepas jadi kes ni, pihak pengurusan datang untuk check semua tombol.

Doakan moga anak-anak saya yang masih lagi trauma dan tidur pun asyik mengigau dapat pulih kembali semangatnya.

Kredit: Safra Hussain 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI