Percayalah rezeki setiap suami bergantung kepada keredaan isteri. Walaupun apa yang kita lakukan itu dah rasa hebat, tapi jika hati orang yang rapat dengan kita sentiasa terguris, ia tak bermakna.

Sebab itulah sebagai seorang anak, kena jaga hati dan perasaan ibu bapa untuk dapat keberkatan manakala bila dah bergelar suami, jagalah hati isteri dan anak-anak pula. Jika semua ini menjadi pegangan, buatlah apa sekalipun semuanya akan mudah.

Suami Tolong Jangan Tipu Isteri. Keberkatan Rezeki Suami Melalui Reda Isteri

Berikut perkongsian dari Ustaz Ebit Lew

Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer..kenapa yer ustaz?

IKLAN

Abang ada ibu bapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak…

Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apa pun. Minta pada Allah dulu. Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri.

Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita..sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita..

IKLAN

Silaturahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturahim dan menyambungkannya. Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita..

Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena.

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..

Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka.

IKLAN

Silaturahim membuka pintu rezeki…inikan bersama isteri kita yang tercinta.

Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. Insya-Allah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah. Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar.

Sumber: Ustaz Ebit Lew via majalahperdana

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI