Penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak keduanya baru-baru ini ada mengalami tanda-tanda akan bersalin. Namun Bella tetap mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya Ayden pada Rabu lepas.
Memetik laporan Mstar Online, adik kepada Bella, Didi Astillah memberitahu sebelum majlis berlangsung kakaknya sudah membuat pemeriksaan dan doktor memaklumkan sudah ada bukaan rahim sebanyak 2 sentimeter.
“Malam sebelum majlis sambutan hari lahir Ayden, saya ada teman Bella pergi buat pemeriksaan doktor sebab dia dah ada rasa perut keras dan tanda nak bersalin.
“Doktor beritahu yang bukaan sudah 2cm tapi belum tiba masa untuk bersalin, jadi kami pun pulang ke rumah. Walaupun dalam keadaan macam itu, Bella tetap nak buat birthday Ayden.
“Memang risau juga tapi dia tetap nampak kuat dan Alhamdullilah majlis sambutan hari lahir Ayden pun berjalan dengan lancar,” kata Didi.
Ads
Sempadan Negara masih belum dibuka, bakal bersalin tanpa suami di sisi
Dijangka bakal melahirkan cahaya mata perempuan pada 17 Julai ini, Bella berkata, apa yang lebih penting adalah memastikan proses bersalin berjalan lancar.
Memetik pula laporan daripada BH online, penyanyi lagu Tenang itu berkata, biarpun berbulan-bulan tidak dapat bertemu berikutan pintu sempadan masih lagi ditutup, namun Aliff tak lupa tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
“Aliff tanpa gagal menghubungi setiap hari bertanya khabar mengenai saya dan anak, Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.
Ads
“Kesibukan kerja juga menyebabkan saya tidak sempat melayan perasaan. Lagipun, saya tidak bersendirian, ibu, ayah dan adik beradik sentiasa menemani. Jadi, saya tidak kesunyian atau sedih terpaksa melalui proses mengandung dan bersalin tanpa suami di sisi.
“Fokus saya hanya mahu proses bersalin berjalan lancar. Lagipun, saya sudah dewasa, tiada masa untuk terlalu banyak berfikir hal sedemikian. Sebaliknya, saya hanya reda dan bersabar dengan apa yang berlaku,” katanya.
Sepanjang mengandungkan anak kedua, kata Bella, dia hanya mengalami alahan pada peringkat awal, tetapi kini selepas memasuki trimester ketiga, keadaannya kembali normal.
Bella berkata, dia tidak pernah mengeluh apabila pintu sempadan masih belum dibuka kepada orang luar kerana keputusan kerajaan demi kebaikan rakyat.
Ads
Walau berjauhan, Bella berkata, dia tetap merasa dekat dengan suaminya kerana setiap hari mereka saling berhubung untuk bertanya khabar.
“Walaupun berjauhan tidak bermakna Aliff melepaskan tanggungjawabnya. Kami berhubung setiap hari sama ada melalui panggilan suara dan video. Suami selalu mengambil berat mengenai saya dan bayi dalam kandungan, jadi saya tidak terasa sunyi.
“Apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak dijangka. Saya akan mengikut sahaja keadaan, jika pintu sempadan di buka kembali, Alhamdulillah. Saya percaya ini semua dilakukan untuk kebaikan, jadi tak perlu untuk saya mengeluh. Semua orang terjejas akibat pandemik COVID-19,” katanya.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Bagaimanapun, rumah tangga mereka beberapa kali diuji hingga kemuncaknya berakhir dengan perceraian pada 16 Mei, tahun lalu. Namun, pasangan ini kembali rujuk ketika dalam tempoh edah dan kini sedang menanti kelahiran anak kedua mereka.
Semakin hari kes positif Covid semakin meningkat bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan buat rakyat. Justeru ramai yang memilih untuk terus kekal di rumah dan tidak keluar ke mana-mana melainkan perlu sahaja.
Namun untuk ibu-ibu hamil dan juga yang mempunyai anak kecil dan perlu mendapatkan pemeriksaan berkala atau susulan untuk anak-anak pasti keadaan ini tidak dapat dielakkan dan perlu juga keluar untuk ke klinik atau hospital.
Perkara tersebut ternyata mendatangkan kegusaran di hati banyak pihak termasuklah buat pelakon Mia Ahmad. Mia yang dijadualkan akan bertemu dengan doktor bagi pemeriksaan terkini kandungannya meluahkan rasa bimbang untuk keluar dari rumah.
Malah isteri kepada penjaga gol pasukan JDT, Izham Tarmizi ini juga turut terkenangkan keadaan para ibu yang bakal melahirkan anak tetapi belum sempat membuat persiapan ekoran penularan wabak Covid-19 ini.
Kat NGO mana lagi yang kita boleh sedekah baju2 pre-loved baby and toys time pkp ni?
Dalam pada itu Mia turut memberi cadangan kepada para ibu yang belum sempat buat persiapan supaya membeli barangan bayi secara atas talian.
Banyak yg DM mia diorang tak ada buat persiapan apa lagi nak deliver baby. Nak pergi beli tp kedai tak buka and tak boleh keluar. Kesiannyaaa tapi kannnn, ada je babyshop yang masih jual barang2 dia online.
Semoga urusan Mia dan ibu-ibu hamil lain dipermudahkan sepanjang tempoh PKP dan Covid-19 ni. Yang penting amalkan pencegahan dan jangan keluar jika tidak perlu. moga kita semua sentiasa di dalam lindungan Allah SWT.
Isteri kepada pelawak, Fad Bocey iaitu Syaheera kini sedang hamil anak kelima mereka. Berita gembira itu dikongsikan oleh Syaheera sendiri di laman Instagramnya.
Dia tidak sangka akan diberikan lagi rezeki zuriat serta menitipkan doa buat wanita yang masih menantikan kehadiran cahaya mata.
“Ingat empat rupa-rupanya lima. Rezeki anak kita percaya. Kepada sesiapa yang menantikan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” tulisnya.
Wanita mengandung serta yang menyusukan anak disaran untuk menangguhkan pengambilan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud.
Pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Niazlin Mohd Taib, berkata ini kerana buat masa ini belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan vaksin itu dalam kalangan golongan berkenaan.
“Ibu mengandung tidak boleh mengambil vaksin yang menggunakan ‘live virus’ dan kalau ikutkan vaksin Pfizer-BioNTech ini tidak menggunakan ‘live virus’, tetapi ia menggunakan messenger ribonucleic acid (mRNA).
“Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ibu mengandung dan yang menyusu bayi untuk mengambil vaksin berkenaan memandangkan ia adalah mRNA.
“Namun, kerana tidak ada data lagi termasuklah daripada Pfizer sendiri, maka kalau boleh tunggu dahulu,” katanya dalam program Koresponden yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV di sini, hari ini.
Mengenai alahan yang mungkin wujud pada mereka yang menerima suntikan vaksin COVID-19, beliau berkata orang ramai tidak usah khuatir jika tidak mempunyai apa-apa alahan terhadap kandungan di dalam vaksin itu.
Beliau berkata, vaksin Pfizer-BioNTech, selain mRNA sebagai kandungan aktif utama, ia juga mempunyai pelbagai bahan kimia yang tidak aktif termasuklah polyethylene glycol (PEG) yang berkemungkinan menyebabkan alahan.
“PEG sebenarnya diguna pakai dalam kehidupan seharian seperti dalam pengawet makanan dan minuman serta kadang-kadang ada dalam krim untuk kulit.
“Apa yang penting, kita sendiri tahu apakah alahan kita terhadap makanan ataupun ubat-ubatan, dan maklumkan kepada pegawai kesihatan ketika hendak mendapatkan suntikan vaksin itu,” katanya.
Niazlin berkata, bagaimanapun mereka yang mempunyai alahan tetap boleh mengambil suntikan itu dengan langkah berjaga-jaga, malah akan ada pekerja bahagian kecemasan bersedia untuk bertindak dengan segera sekiranya berlaku alahan.
Pada masa sama, katanya, mereka yang pernah mendapat alahan teruk terhadap vaksin sebelum ini tidak digalakkan untuk mengambil suntikan itu, malah mereka yang mempunyai imuniti yang sangat rendah termasuklah melalui kimoterapi, dikecualikan daripada mengambil vaksin berkenaan. – BERNAMA
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melangkah masuk ke kediaman mewah ini sudah cukup buat sesiapa teruja. Gabungan dekorasi eksklusif, sentuhan landskap ala resort, dan suasana rumah yang begitu “hidup” menjadikan setiap ruang seolah-olah bercerita tentang gaya hidup si pemiliknya yang penuh warna dan inspirasi.