Detik kelahiran anak pertama seharusnya menjadi momen paling indah buat setiap ibu. Namun, bagi pempengaruh media sosial, Shaniena Natasya, kegembiraan itu sedikit tercalar apabila menerima komen-komen negatif daripada netizen yang membandingkan pengalaman bersalinnya di hospital swasta dengan hospital kerajaan.
Menerusi perkongsian di TikTok, Shaniena ke sebuah pusat beli belah untuk membeli barangan keperluan rumah, malah dia juga memandu sendiri kenderaannya.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet memuji Shaniena yang dilihat aktif meskipun baru sahaja melahirkan anak sulungnya secara pembedahan caesarean (czer).
Czer kena banyak bergerak macam ini barulah sihat dan perjalanan darah pun lancar.
Kadang-kadang habis bersalin terlalu manja pun susah juga, jadi lebih baik aktif macam Shaniena ni.
Bersalin czer memang kena rajin bergerak, barulah luka cepat sembuh dan tak ada darah beku.
Jangan bandingkan
Ads
Walau bagaimanapun dalam hantaran di laman Threads, Shaniena meluahkan rasa kecewa terhadap warganet yang suka membandingkan prosedur bersalin di hospital kerajaan dengan hospital swasta.
Ingat, semuanya adalah tentang pemikiran kita. Mak saya hidup elok je lepas lahirkan saya dekat hospital kerajaan.
Sebelum ini, Shaniena dan suaminya, Choudhry Wasim, mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan loket emas kepada jururawat yang menjaga Shaniena semasa bersalin. Tindakan itu dianggap sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan petugas kesihatan yang telah memberikan layanan terbaik sepanjang proses kelahiran.
Proses kelahiran bayi atau bersalin tentu sahaja indah namun dalam masa yang sama menakutkan bagi sesetengah wanita terutamanya buat kali pertama.
Pelbagai perkara mungkin akan difikirkan si ibu hamil termasuklah kesakitan yang boleh berlaku tatkala meneran bayi keluar daripada perut.
Untuk pengetahuan anda, ada teknik pernafasan yang mungkin boleh membantu proses ini! Apakah ia?
Diperkenalkan oleh Pakar Obstetrik dari Perancis, Fernand Lamaze pada sekitar tahun 50-an dahulu, teknik pernafasan bersalin ini masih popular sehingga kini.
Teknik ini menggunakan metode psychoprophylaxis di mana wanita akan dilatih untuk bernafas secara terkawal sebagai alternatif ubat tahan sakit akibat kontraksi.
Secara umumnya, teknik ini merangkumi pernafasan dengan cara berikut:
Buat anda yang khuatir tentangnya, jangan risau kerana ia selamat! Namun adakah ia berkesan?
Tujuan utama teknik pernafasan bersalin ini dicipta adalah untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami akibat kontraksi.
Buat anda yang belum tahu, kontraksi adalah perubahan pada otot rahim sama ada mengetat atau melentur ketika tiba saat melahirkan bayi dalam kandungan.
Proses ini akan berlaku dan berulang untuk membantu wanita dalam proses kelahiran bayi dengan mendorong kandungan menuju saluran kelahiran.
Ya, tidak dapat dinafikan bahawa kontraksi ini tentu sekali menyakitkan dan sesuatu perlu dibuat untuk mengurangkannya.
Tahap keberkesanan terknik ini sebenarnya adalah sangat bergantung kepada toleransi seseorang ibu hamil itu terhadap kesakitan.
Penting untuk kalian tahu bahawa ia sama sekali tidak akan menghilangkan kesakitan ketika bersalin namun mungkin boleh mengurangkannya.
Sekiranya anda ingin mempraktikkan teknik pernafasan Lamaze ini, sila dapatkan tunjuk ajar daripada pakar yang terlatih dalam bidang kebidanan.
Namun terdapat beberapa tip pernafasan bersalin umum mengikut tahap kontraksi yang boleh ibu hamil amalkan seperti berikut:
Tarik nafas secara perlahan dan mendalam pada setiap permulaan dan pengakhiran kontraksi bagi memastikan tubuh badan anda kekal relaks.
#1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Tarik nafas melalui hidung dan tahan nafas seketika.
#3. Setiap kali menghembuskan nafas, cuba fokus untuk merelakskan bahagian tubuh badan yang berlainan.
#1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Tarik nafas melalui hidung dan hembuskan ia melalui mulut.
#3. Kekalkan pernafasan anda seperlahan yang mungkin namun tingkatkan ritmanya apabila intensiti kontraksi mula meningkat.
#4. Relakskan bahu anda.
#5. Apabila kontraksi mula memuncak dan pernafasan mula menjadi laju, cuba ringankan ia dengan bernafas menggunakan mulut sahaja.
Apabila kontraksi mula berkurang, perlahankan pernafasan dan cuba menarik nafas menggunakan hidung dan hembuskan ia melalui mulut kembali.
#1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Fokuskan perhatian anda terhadap satu perkara contohnya pasangan, gambar, dinding atau sebagainya.
#3. Semasa kontraksi berlaku, cuba bernafas menggunakan mulut dengan kadar 1 ke 10 helaan setiap 5 saat.
#4. Setiap kali tiba nafas yang keempat atau kelima, hembuskan ia dengan tempoh yang agak lama.
#5. Apabila kontraksi ini berakhir, cuba bernafas dengan relaks.
#1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Fokuskan minda anda kepada pergerakan bayi dalam kandungan yang mula menurun untuk keluar.
#3. Bernafas secara perlahan dengan ritma yang sesuai bagi setiap kontraksi.
#4. Laraskan pernafasan anda sendiri untuk keselesaan.
#5. Apabila anda terasa tekanan untuk menolak bayi keluar, tarik nafas sedalamnya dan perlahan hembuskan ia.
#6. Apabila kontraksi berakhir, relaks dan tarik nafas dua kali dengan tenang.
Teknik pernafasan bersalin yang umum ini mungkin dapat membantu ibu hamil melancarkan dan mengurangkan kesakitan tatkala proses bersalin.
Untuk mengetahui cara betul mempraktikkan teknik Lamaze yang disebutkan di atas tadi, sila dapatkan informasi lanjut daripada doktor.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat hero malaya, Remy Ishak yang kini bergelar bapa selepas isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan bayi sulung mereka hari ini.
Menerusi Insta Storynya, aktor kacak berbakat besar ini berkongsi perkhabaran gembira itu kepada peminatnya.
Kongsi Remy, isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka pada pada jam 11.17 pagi tadi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
“Assalamualaikum, alhamdulillah, isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur,” katanya berkongsi.
Tambah Remy lagi, isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan berterima kasih atas doa serta ucapan tahniah yang dikirimkan oleh orang ramai kepada mereka.
“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik.
“Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah. Sekian, terima kasih,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Atikah Suhaime yang selamat melahirkan bayi sulungnya.
Menerusi beberapa hantaran Atikah atau nama sebenarnya, Datin Nur Atikah Mohd Suhaime, 34 di Instagram, dia meluahkan rasa syukur atas kelahiran tersebut.
Tidak hanya berkongsi beberapa gambar bersama bayinya selepas melahirkan, bahkan Atikah dan suami juga turut berkongsi pilihan nama mereka buat buah hati tersayang iaitu Lyla Mulan Teh.
Menerusi beberapa video yang turut dikongsikan Atikah menerusi akaun Tik Toknya, pelakon yang kini bergelar ibu turut berkongsi momennya ketika berada di bilik bersalin.
Malah Atikah juga turut berkongsi momen ketika sehari sebelum melahirkan hingga detik melahirnya bayinya.
Malah ibu cantik manis ini sempat berkongsi momen ketika meneran bayinya keluar dan dipuji wargamaya kerana tetap cantik biarpun berdepan kesukaran.
Wajah bahagia Atikah jelas kelihatan sebaik melihat buah hati tersayangnya buat pertama kali.
Menerusi video itu juga, Atikah juga turut dilawati kaum keluarga yang turut sama berada bagi berkongsi detik bahagia itu.