Suka-Suka Susun Manik, Jadi Hiasan Cantik. Ajak Anak Buat, Mantapkan Skil Motor Dia!

Share

Untuk dekorasi sesuatu ruang dalam rumah, kita perlu menjadi lebih kreatif untuk menghasilkan look yang cantik. Tidak semestinya menggunakan bahan-bahan bermodal besar, kadang-kadang barang murah pun boleh nampak mahal jika kena pada caranya.

Untuk membuat dekorasi dinding dengan modal kecil, bolehlah ikut cara yang dikongsikan oleh Nani’s Makeover ini. Boleh ajak anak-anak buat bersama untuk digantung dalam bilik mereka.

Artikel Lain: [DIY Bakul Beroda , Suami Boleh Buatkan Untuk Isteri. Senang, Tarik-Tarik Aje!]

Mahu lebih kreatif, anda boleh buat banyak corak lain mengikut kesesuaian ruang yang mahu dihias.

HIASAN DINDING BAJET MURAH

Terapi minda dipetang hari.

DIY hiasan dinding guna barang dari Eco.
Cuba sehabis jimat.

#HouseOfArt

Bahan-bahan yang diperlukan:

Papan
Manik (mengikut kreativiti)
Gam
Ranting kayu (boleh digantikan dengan bahan lain mengikut kesukaan)

Artikel Lain: [DIY Rak Bertingkat Gantikan Stor. Barang Tak Bersepah, Rumah Jadi Kemas!]

Cara buat:

1# Papan tu sy spray putih.
Selalu tengok je memanik batu ni. Kali ni terbeli plk.

#2 Lebihan ranting yg spray semalam 😅
Ranting pokok bunga kertas.

#3 Dh boleh la mula nyusun sesedap rasa

#4 Siap!
Kalau lagi padat lagi le cantik.

IKLAN