“Anak kecil boleh faham ke kita bacakan buku pada dia? Membaca pun tak pandai!” Sebenarnya, kanak-kanak ini belajar melalui rutin dan kekerapan.
Awal-awal kita bacakan, mungkin mereka blur, tak tahu nak respons apa. Ada yang pergi kuis-kuis kertas, ada yang selak-selak buku dari awal sampai habis.
Berkongsi lanjut mengenai hal ini, Encik Aiman Amri yang juga seorang psikologis ada penerangannya.
Anak kami berdua, Adam?
Dia pegang terbalik kemudian berlakon seperti baca buku (mengomel dalam bahasa yang tak difahami ) Tetapi, Otak anak-anak bawah 3 tahun ini seperti span.
Mereka serap semua benda, apa yang diperhatikan, didengari, dibuat, dibau, disentuh dll, semuanya mempengaruhi tindakan mereka.
Ads
Bila bacakan buku, anak tengok gambar, anak dengar intonasi suara kita, anak tengok gaya tubuh kita, anak boleh faham sendiri.
Mungkin mereka tak pandai nak beritahu kita, tetapi percayalah, dengan rutin dan kekerapan, mereka sebenarnya faham.
Adam sejak lahir kami rajin bacakan buku. Sekarang alhamdulillah aktiviti kegemaran dia setiap hari ialah baca buku. Selagi boleh, kami nak elakkan dia terdedah pada skrin gajet pada usia kecil.
Ads
Pengecualian hanya pada video YouTube yang berkaitan bacaan nya (contohnya baca buku haiwan, kami buka video Animal in Farm), dan MESTI ditemani oleh ibu atau bapa, untuk berinteraksi.
Antara buku saya boleh cadangkan ialah hasil penulisan Dr Anayasmin. Seorang doktor pakar pediatrik dan ada sarjana dalam bidang perkembangan kanak-kanak.
Ads
Bukunya, banyak gambar, tulisan ringkas dan penuh mesej moral yang sangat baik untuk perkembangan kanak-kanak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Aina…tutup peti ais tu. Kenapa asyik bukak je? Nanti habis rosak barang dalam tu!” Anak anda yang kecil ada tak buat tabiat ini? Dalam sehari asyik buka peti ais sahaja kerja mereka. Papa dan mama tentu naik rimas melihat tingkah laku tersebut. Memang kalau ada anak kecil yang sudah pandai ‘explore’ banyak benda, peti ais boleh jadi mimpi ngeri kepada ibu bapa.
Tetapi sebelum papa dan mama marah mereka cuba fahamkan dulu apa punca si kecil suka sangat ‘explore’ peti ais. Lepas dah tahu apa puncanya mungkin boleh buat langkah pencegahan dan keselamatan untuk elakkan anak daripada mendapat bahaya.
Sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin menyebabkan kanak-kanak kecil dari usia 10 bulan hingga 6 tahun sangat suka buka pintu peti ais. Ini antaranya:
1. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi
Bayi dan kanak-kanak memang terkenal dengan sikap ingin tahu mereka yang tinggi. Mereka asyik lihat papa dan mama buka pintu peti ais jadi keinginan untuk mencuba turut ada dalam fikiran mereka. Bila dapat peluang memang tak akan dilepaskan.
2. Menarik perhatiannya
Bentuk objek peti ais itu sendiri sangat menarik perhatian si kecil. Apatah lagi jika selalu memerhatikan orang dewasa buka dan tutup pintu peti ais serta mengeluarkan pelbagai barangan daripadanya.
3. Kagum dengan pencapaian sendiri
Biasanya mula-mula si kecil hanya kerap berdiri depan peti ais sambil cuba membuka pintunya tetapi tidak berjaya. Namun, hasil tak mengenal erti putus asa jangan terkejut kalau anak anda akhirnya berjaya membuka sendiri pintu peti ais. Kali pertama berjaya, anak anda akan ketawa gembira dan bangga dengan pencapaiannya. Selepas itu mereka akan jadikan tabiat buka peti ais sebagai satu aktiviti wajib setiap hari. Bertabahlah mama!
4. Cari makanan atau minuman kegemaran
Oh, mereka tahu dalam peti ais ada banyak makanan dan minuman yang disimpan oleh papa dan mama.
Mungkin juga ada makanan dan minuman yang mereka tidak dibenarkan makan. Jadi si kecil berusaha untuk mendapatkan makanan dan minuman kegemarannya di dalam peti ais.
5. Melatih kemahiran tangan
Dari sudut positif, kebolehan si kecil membuka pintu peti ais adalah satu bentuk kemahiran motor halusnya apabila mereka semakin mahir menggunakan tangan. Jadi, tabiat membuka pintu peti ais boleh juga menjadi satu rangsangan positif pada perkembangan kemahiran tangannya.
6. Si kecil memang bijak
Bukankah sikap semula jadi si kecil memang meniru perbuatan orang dewasa. Sebenarnya mereka sedang meneroka persekitaran dan belajar banyak perkara daripadanya dan sememangnya si kecil anda budak bijak!
Jika anak anda sudah sampai peringkat tabiat ini, sentiasa utamakan keselamatan mereka terjamin. Berikut antara langkah keselamatan yang mesti dilakukan bagi mengelakkan anak diancam bahaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu ayah ada cara ‘parenting’ yang mereka gunakan untuk mendidik anak. Katanya, cara orang Perancis mendidik anak antara yang bagus untuk dicontohi. Pendekatan mereka tak jauh beza dengan cara orang tua kita dulu-dulu yang lebih percaya pada pendekatan tegas semasa mendidik anak-anak.
Biasanya kalau orang barat mereka lebih suka pendekatan psikologi dan banyak beralah pada anak-anak. Nampaknya hari ini semakin ramai ibu ayah muda yang memilih pendekatan sebegini untuk membesarkan anak mereka.
Apa pun cara yang kita pilih semuanya berkesudahan mahu si anak menjadi insan yang berjaya, beradab dan berakhlak mulia. Tapi tak salah untuk tiru cara ‘parenting’ orang barat kalau ia ada kebaikan pada perkembangan dan sahsiah anak kita. Ini cara ibu bapa Perancis mendidik anak mereka.
1. Sesekali biar anak rasa kecewa
Tak semua keinginan anak mesti dipenuhi oleh ibu ayah. Belajar rasa kecewa adalah perkara bagus untuk anak yang sedang membesar. Biarkan dia belajar pengalaman ini untuk persediaannya menghadapi cabaran yang lebih banyak dalam kehidupan nanti. Perasaan kecewa tak dapat apa yang diinginkan boleh menyuntik semangat tak putus asa dalam diri anak.
2. Ajar anak untuk bersabar
Mengajar anak untuk menunggu sesuatu perkara seperti hendak susu, makan, perhatian dari ibu ayah atau menanti ibu atau ayah menjawab soalannya membantu mereka menjadi orang yang penyabar tanpa perlu cepat mengamuk dan marah-marah. Skil ini penting supaya anak tahu menghormati ibu ayah dan tidak hanya tahu mengarah sahaja.
3. Ajar anak hormat masa ‘privacy’ ibu dan ayah
Dari kecil lagi biasakan ajar anak tentang masa ‘privacy’ ibu dan ayah. Anak perlu dibiasakan yang ibu dan ayah juga perlukan masa dihabiskan bersama tanpa kehadiran anak. Bukan maksudnya tak sayang anak tapi ia penting untuk keharmonian dan kebahagiaan ibu ayah serta keseimbangan keperluan hidup.
4. Jangan lindungi kesalahan anak
Biarkan anak belajar dari kesilapannya. Tak perlu nak tolong ‘cover’ atau lindungi kesalahan yang anak dah buat. Bila ibu atau ayah selalu lindungi mereka, anak tak akan belajar akibat yang dia akan tanggung bila bersikap cuai atau terlupa.
Dia akan terus ulang kesalahan yang sama tanpa belajar sesuatu. Bila ibu dan ayah tak ‘cover’ mereka maka di masa akan datang dia akan lebih beringat dan berhati-hati. Ini membantu mereka belajar tentang kehidupan yang sebenar.
5. Biarkan anak bebas bereksplorasi
Tak perlu jadi ibu yang terlalu paranoid dan melindungi anak kerana bimbang keselamatannya. Sebagai ibu bapa, kita memang prihatin tentang keselamatan anak. Sesekali biarkan anak bebas bereksplorasi dan mencuba macam-macam aktiviti aktif seperti bermain monkey bar di taman permainan, skateboard, skuter atau melompat dan memanjat cuma pantau keselamatan mereka sahaja.
6. Tak obses penuhkan jadual anak dengan aktiviti belajar
Hari ini ramai ibu ayah yang obses hantar anak belajar macam-macam kemahiran sampai padat jadual seharian mereka hingga tak ada masa untuk anak berehat. Tapi orang Perancis tak percaya cara itu boleh jadikan anak mereka cemerlang. Mereka lebih percaya untuk memberi ruang kepada anak untuk buat aktiviti sendiri dan paling penting masa bersama keluarga sekurang-kurangnya makan malam bersama. Jadi mereka tak akan memenuhkan jadual harian anak dengan aktviti belajar sahaja.
7. Libatkan anak dalam urusan kerja rumah
Ajar anak dari kecil tolong ibu ayah buat kerja rumah. Bagi orang Perancis, semua tugas-tugas di rumah adalah juga tanggungjawab anak kerana mereka adalah sebahagian daripada keluarga dan mesti menyumbangkan sesuatu dalam urusan kerja rumah. Ibu ayah kena ajar anak buat kerja rumah bersesuaian ikut umur mereka. Barulah mereka belajar bertanggungjawab dan faham kesusahan membuat kerja rumah.
8. Masa bersama keluarga paling penting
Keluarga Perancis sangat mementingkan masa berkualiti bersama keluarga. Kalau susah untuk makan malam bersama setiap hari kerana komitmen masing-masing, mereka tetap akan rancang sekurang-kurangnya beberapa kali mesti makan bersama. Setiap hujung minggu, pastikan rancang jadual makan malam atau tengah hari bersama keluarga diikuti dengan aktiviti bersiar-siar bagi mengeratkan hubungan.
9. Hubungan rapat adik-beradik
Bagi yang mempunyai ramai anak, mereka biasakan anak yang besar untuk membantu adik-adik lain. Contohnya kakak atau abang boleh bawa adik bermain di taman permainan, hidangkan makanan di meja makan atau bantu adik menyiapkan kerja sekolahnya jika boleh. Ini membantu mengeratkan hubungan kasih sayang antara adik-beradik, mengurangkan pergantungan pada ibu ayah dan menjadikan mereka lebih mampu berdikari dan bertanggungjawab.
10. Ajar anak beradab sopan
Walaupun anak seorang yang pemalu terutama dengan orang yang dia tidak dikenali tetapi mereka tetap diajar beradab sopan dengan orang lain walaupun dengan kawan sendiri. Mereka diajar untuk biasa memperkenalkan diri, mengucapkan salam, selamat tinggal dan terima kasih sebagai asas kelakuan baik di depan tetamu walaupun sekadar di kalangan kawan-kawan.
11. Masa berkualiti di luar rumah
Walaupun orang Perancis mementingkan masa bersama anak di meja makan tetapi mereka percaya kanak-kanak mesti dibiarkan menghabiskan banyak masa membuat aktiviti di luar rumah. Memberi kebebasan kepada anak untuk bermain di taman bersama kawan-kawan, bersiar-siar dengan keluarga adalah cara terbaik memastikan mereka sihat, gembira dan cerdas.
Rasanya banyak juga cara orang Perancis mendidik anak sama dengan cara yang dilakukan oleh ibu bapa di Malaysia kan? Apa yang penting semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.
Sebagai ibu bapa, mungkin ramai yang tak sedar bahawa bahan kimia yang ada dalam produk rumah tangga kita, seperti pencuci dan kosmetik, boleh menjadi punca anak-anak mengalami baligh awal atau precocious puberty.
Menurut pakar nutrisi kanak-kanak, Dr. Amalina Mohd Daud, xenoestrogen ialah bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen semula jadi yang kini telah ditemui dalam banyak produk yang kita gunakan setiap hari.
Tambahnya lagi, bahan Xenoestrogen ini dapat memberi kesan besar terhadap perkembangan hormon kanak-kanak, terutama jika terdedah dalam jumlah yang berlebihan.
Xenoestrogen adalah bahan kimia sintetik yang meniru tindakan hormon estrogen semulajadi. Apabila anak-anak terdedah kepada bahan ini dalam kuantiti yang tinggi, ia boleh mengganggu sistem endokrin mereka, menyebabkan perkembangan seksual yang lebih cepat daripada yang sepatutnya.
Pada kebiasaannya, baligh atau kematangan seksual hanya berlaku sekitar umur 9 tahun ke atas. Namun kini, kes baligh awal dilaporkan berlaku seawal usia 7 hingga 8 tahun bagi kanak-kanak perempuan, dan bawah 9 tahun bagi kanak-kanak lelaki.
Antara perubahan fizikal awal yang boleh diperhatikan termasuk:
* Pertumbuhan payudara
* Saiz testis menjadi besar (lelaki)
* Kedatangan haid lebih awal
* Suara garau (lelaki)
* Jerawat dan bau badan seperti orang dewasa
Peningkatan tinggi badan secara mendadak tapi terbantut di peringkat remaja. Lebih membimbangkan, kanak-kanak yang mengalami baligh terlalu awal juga boleh mengalami kesan psikologi dan sosial.
Dr. Amalina turut menegaskan bahawa xenoestrogen bukan hanya terkandung dalam sabun atau pencuci rumah sahaja, malah ia juga ditemui dalam pelbagai produk harian seperti:
* Plastik (terutama bekas makanan dan botol minuman)
* Racun serangga
* Kosmetik harian (terutama yang mengandungi bahan seperti paraben dan phthalates)
* Perkakas memasak yang dilapisi bahan kimia tertentu
Bahan-bahan ini mungkin tidak kelihatan berbahaya, namun hakikatnya ia memberi kesan jangka panjang yang serius terhadap kesihatan anak-anak kita.
Ibu bapa disarankan untuk lebih peka dan memeriksa label pada setiap produk yang digunakan di rumah. Pilih produk yang menggunakan bahan alternatif yang lebih mesra hormon dan selamat, terutamanya jika ada anak kecil di rumah.
Kesedaran tentang bahaya xenoestrogen perlu dimulakan dari sekarang. Tindakan pencegahan yang cepat dan bijak dapat membantu mengurangkan risiko baligh awal yang semakin menjadi masalah global ini.
Apa Yang Boleh Kita Lakukan?
Mulakan dengan langkah-langkah kecil untuk melindungi anak-anak daripada terdedah kepada xenoestrogen:
* Kurangkan penggunaan plastik: Gunakan bekas kaca atau stainless steel sebagai alternatif.
* Pilih kosmetik mesra alam: Cari produk yang bebas dari paraben dan phthalates.
* Periksa label produk: Pilih bahan yang lebih selamat dan mesra hormon untuk produk pencuci dan kosmetik harian.
* Bersihkan rumah secara semula jadi: Gunakan bahan pencuci semula jadi seperti cuka dan baking soda.
Dengan kesedaran yang lebih tinggi dan perubahan kecil dalam pilihan produk harian, kita boleh membantu anak-anak membesar dengan sihat dan mengelakkan kesan buruk daripada pendedahan bahan kimia ini.
Anak-anak kita masih belum bersedia dari segi emosi, tetapi tubuh mereka berkembang lebih cepat daripada rakan sebaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.