Suka Tarik Kertas, Selak Buku Itu Respon Baik Anak Suka Membaca. Soal Faham No 2!

Share

“Anak kecil boleh faham ke kita bacakan buku pada dia? Membaca pun tak pandai!” Sebenarnya, kanak-kanak ini belajar melalui rutin dan kekerapan.

Awal-awal kita bacakan, mungkin mereka blur, tak tahu nak respons apa. Ada yang pergi kuis-kuis kertas, ada yang selak-selak buku dari awal sampai habis.

Berkongsi lanjut mengenai hal ini, Encik Aiman Amri yang juga seorang psikologis ada penerangannya.

Anak kami berdua, Adam?
Dia pegang terbalik kemudian berlakon seperti baca buku (mengomel dalam bahasa yang tak difahami ) Tetapi, Otak anak-anak bawah 3 tahun ini seperti span.

Mereka serap semua benda, apa yang diperhatikan, didengari, dibuat, dibau, disentuh dll, semuanya mempengaruhi tindakan mereka.

Bila bacakan buku, anak tengok gambar, anak dengar intonasi suara kita, anak tengok gaya tubuh kita, anak boleh faham sendiri.

Mungkin mereka tak pandai nak beritahu kita, tetapi percayalah, dengan rutin dan kekerapan, mereka sebenarnya faham.

Adam sejak lahir kami rajin bacakan buku. Sekarang alhamdulillah aktiviti kegemaran dia setiap hari ialah baca buku. Selagi boleh, kami nak elakkan dia terdedah pada skrin gajet pada usia kecil.

Pengecualian hanya pada video YouTube yang berkaitan bacaan nya (contohnya baca buku haiwan, kami buka video Animal in Farm), dan MESTI ditemani oleh ibu atau bapa, untuk berinteraksi.

Antara buku saya boleh cadangkan ialah hasil penulisan Dr Anayasmin. Seorang doktor pakar pediatrik dan ada sarjana dalam bidang perkembangan kanak-kanak.

Bukunya, banyak gambar, tulisan ringkas dan penuh mesej moral yang sangat baik untuk perkembangan kanak-kanak.

Kredit: Aiman Psikologi

ARTIKEL MENARIK [Cikgu Ini Pesan Anak Darjah 1, Fokusnya Belajar. Jangan Paksa Nak Tulisan & Warna Cantik]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Pagi-Pagi Anak Bangun Hidung Tersumbat & Selalu Bersin, Mungkin Allergic Rhinitis]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN