Belajar pelbagai bahasa sebenarnya dapat  meningkatkan kepekaan/IQ dan meningkatkan tumpuan atau fokus kanak-kanak.

Ibu bapa mana yang tak mahu anak kuasai lebih dari satu bahasa. Sebolehnya nak anak-anak pandai sekurang-kurangnya 2 bahasa. Namun ada Ibu bapa yang mengelak daripada menggunakan banyak bahasa kerana risau akan mengelirukan anak-anak mereka sekiranya menggunakan banyak bahasa  serentak. Bagaimana caranya nak ajar anak lebih dari satu bahasa? Ikuti perkongsian ini

Kalau tengok IG saya suka tengok lG Hanis Zalikha. Bukan tengok dia. Tapi seronok tengok anak dia.

Suka Tengok Anak Hanis Zalikha Petah Berbahasa Inggeris, Ini Tipnya. Lagi Awal Usia Anak, Lagi Cepat Anak Belajar

Petah dan comel berkeletah.

Budak besar-besar ni, selain pipi, kepetahan diorang pun boleh jadi aset. Kan? Lagi pulak bila muka Melayu tapi speaking. Comel je!

Dulu bermimpi juga nak anak-anak saya speaking London macam Peppa Pig tu. Tapi apakan daya, cubaan sering gagal bertahan. Kadang tu, adalah 10 minit cuba speaking. Lepas tu dah tercakap Melayu balik.

Tak keliru ke budak-budak kejap cakap BM, kejap cakap BI? Jawapannya yang saya dapat dari sebuah ensiklopedia tentang otak,

Suka Tengok Anak Hanis Zalikha Petah Berbahasa Inggeris, Ini Tipnya. Lagi Awal Usia Anak, Lagi Cepat Anak Belajar

IKLAN

TAK, KALAU :

🧠 Kita ajar dwibahasa sebelum usia anak 12 tahun
🧠 Kita bercakap 11 juta patah perkataan setahun untuk satu bahasa. Ini untuk dapatkan tahap petahlah!
🧠 Strategi yang betul.
Kalau kejap BM, kejap BI, kejap speaking Ghombau, kejap speaking Ganu, rasanya jiran sebelah dengar pun confuse.

Kenapa umur 0-12 tahun?

Sebab, waktu tu, bahagian otak yang bernama Wernick & Broca sangat aktif. Wernick & Broca adalah bahagian otak yang aktif berhubung, bila kita cuba cakap pelbagai bahasa. Especially dwibahasa.

WERNICK adalah bahagian otak yang bekerja untuk bantu kita memahami maksud sesuatu ayat.

BROCA area pula digunakan semasa bercakap. Ia akan membantu menjana arahan untuk menyusun ayat.

Tu sebab kita tengok anak yang dah biasa dwibahasa dari kecik, diorang jadi senang nak belajar bahasa lain. Bahagian otak yang 2 ni dah aktif dari kecik.

IKLAN

Kalau dah lepas 12 tahun baru nak belajar, boleh aje. Cuma bahagian otak ni dah tak seaktif masa kecik. Macam nak lentur buluh bila dah jadi rebung. Keras sikit.

Nak ikut accent tu yang paling susah. Nak cakap Perancis, keluar nahu Ganu.
Allahu.

Jadi, kalau ada anak bawah 12 tahun ni, jangan putus asa. Teruskan usaha. Biasakan 2 bahasa dulu. Dah power nanti, tambahlah bahasa apa-apa, insya Allah ok.

STRATEGI NAK ANAK PETAH SPEAKING.

1️⃣ Strategi OPOL.

OPOL bermaksud, ‘One Parent, One Language’.
Kena buat keputusan, siapa nak cakap BM, siapa nak cakap BI. Tak apalah level BI kita tak setinggi Oxford. Tapi cubalah jangan campur-campur.

IKLAN

2️⃣ ML@H

Yang ini biasa diguna oleh orang yang duduk luar negara.
Anak kat sekolah dan dengan kawan-kawan cakap English / Arab/ bahasa komuniti.
Tapi kita kat rumah je bertutur Bahasa Melayu. Contoh.

3️⃣ T&P (Time & Place)

Dalam seminggu tu, kita boleh pilih hari apa untuk kita isytiharkan ‘Speaking Day’.
Contohnya hari Jumaat je ke. Atau setiap hari, waktu bermain bersama (bonding time) je kita ‘speaking’.

Kalau anak korang dah terer nanti, insya Allah cerah peluang mereka nak belajar luar negara. Seterusnya pulang bawa jodoh orang luar negara. Tiber.

Selamat mencuba!

Kredit:Wawa Shauqi (Penulis Keibubapaan)

Suka Tengok Anak Hanis Zalikha Petah Berbahasa Inggeris, Ini Tipnya. Lagi Awal Usia Anak, Lagi Cepat Anak Belajar

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI