SNS Products Sdn Bhd buat pertama kalinya berkerjasama dengan Pa&Ma melancarkan produk terbaharunya iaitu ‘mifold Family’ di Malaysia semalam di The Pearl, Kuala Lumpur.

SNS Lancarkan 3 Jenis Kerusi Keselamatan mifold Untuk Kanak-Kanak Yang Lebih Dewasa Di Malaysia

Sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan keselamatan kanak-kanak di Malaysia, SNS Products sangat berbangga menjadi pengedar rasmi bagi jenama mifold di Malaysia dan produk mifold telah berada di dalam pasaran Malaysia semenjak Mac 2017 lalu.

SNS Lancarkan 3 Jenis Kerusi Keselamatan mifold Untuk Kanak-Kanak Yang Lebih Dewasa Di Malaysia

‘mifold Family’ terdiri daripada tiga jenis kerusi keselamatan kanak-kanak iaitu mifold, mifold Sport dan hifold di mana ianya sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berusia 4 tahun dan 15kg ke atas.

Majlis yang berkonsepkan high-tea juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Lebih 80 orang ibu bapa telah menghadiri majlis ini termasuk selebriti popular.

IKLAN

SNS Lancarkan 3 Jenis Kerusi Keselamatan mifold Untuk Kanak-Kanak Yang Lebih Dewasa Di Malaysia

Seiring dengan pengumuman oleh pihak kerajaan berkenaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang diwajibkan menjelang 2020, pihak SNS Products Sdn Bhd sangat bebesar hati bekerjasama dengan Pa&Ma untuk memperkenalkan jenama mifold di Malaysia.

mifold Family

Direka dengan bentuk yang sangat kompak, ringan dan selamat digunakan kerana ianya memenuhi Piawaian Keselamatan Eropah yang terkini iaitu ECE R44/04.

IKLAN

mifold Family sangat sesuai untuk menyelesaikan masalah ibu bapa yang ingin meletakkan 3 kerusi penumpang kanak-kanak di bahagian penumpang belakang, senang untuk di bawa bercuti, digunakan semasa berada di dalam kenderaan persendirian seperti teksi/grab.  Selain itu, ianya juga boleh dijadikan sebagai kegunaan harian untuk kanak-kanak yang menggunakan pengangkutan persendirian ke sekolah

mifold:

  • mifold merupakan grab-and-go booster seat di mana saiznya adalah lebih kecil dan ianya senang untuk di bawa ke mana-mana. mifold merupakan booster seat yang paling kecil di dunia. Ini juga boleh menyelesaikan masalah ibu bapa yang ingin meletak 3 kerusi penumpang kanak-kanak di bahagian penumpang belakang.
  • mifold boleh dilaraskan sepenuhnya mengikut ketinggian anak anda dan sekaligus membolehkan tali pinggang anak anda berada di tempat yang sepatutnya.
  • Size mifold ialah 10 kali lebih kecil dari booster yang biasa dan ianya selamat digunakan.
  • mifold sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas dan mempunyai berat 15kg – 36kg dan tinggi sehingga 150cm.
  • mifold sudah berada di pasaran Malaysia semenjak Mac 2017.

mifold Sport:

  • mifold Sport merupakan grab-and-go-booster yang mewah bersaiz kecil dan selamat digunakan. Ianya berpenampilan lagi mewah dan lebih sporty!
  • Dengan design yang lebih premium, si bapa akan menyukainya kerana ianya sangat sporty – sesuai dengan perwatakan si bapa, manakala anak-anak pula akan lebih selesa dengan adanya tambahan kusyen.
  • Dengan saiz yang sangat kompak, anda boleh menyimpan dan bawa di mana sahaja.
  • mifold Sport sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas dan mempunyai berat 15kg – 36kg dan tinggi sehigga 150cm.
  • mifold Sport secara eksklusifnya di lancarkan pada hari ini.

hifold:

IKLAN
  • hifold merupakan fit-and-fold booster. Ini merupakan inovasi yang terkini yang dikeluarkan oleh syarikat yang mengeluarkan mifold.
  • Merupakan highback booster yang boleh laras di dunia di mana ianya mempunyai teknologi multi-fit yang unik dan boleh dilaraskan kepada 243 tetapan individu.
  • hifold juga merupakan highback booster mudah alih terbaik di dunia. Dengan menggunakan sistem ‘multi-fold’ yang canggih, ianya boleh dilipat dengan cepat menjadi saiz kompak.
  • Ia senang untuk di bawa ke mana-mana kerana ia di datangkan bersama dengan tali pemegang bahu dan dengan berat 4.6kg sahaja!
  • hifold sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas dan mempunyai berat 15kg – 45kg dan tinggi 90cm – 150cm.
  • hifold secara eksklusifnya di lancarkan pada hari ini.

SNS Lancarkan 3 Jenis Kerusi Keselamatan mifold Untuk Kanak-Kanak Yang Lebih Dewasa Di Malaysia

Ms May Hwong, Pengarah Eksekutif SNS Products Sdn Bhd  berkata “Kami cuba menyelesaikan masalah ibu bapa di Malaysia dengan menyediakan pelbagai jenis car seat yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan masing-masing kerana kami sangat mengambil berat akan keselamatan penumpang kanak-kanak di dalam kenderaan. Kami berharap dengan kedatangan mifold di Malaysia akan memberi solusi kepada ibu bapa, terutamanya yang mengahadapi cabaran untuk meletakkan 3 car seat di bahagian penumpang belakang. Dengan reka bentuk yang kompak dan sangat ringan mifold Family boleh dibawa bercuti dan digunakan semasa berada di dalam teksi/grab. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan sebagai kegunaan harian untuk kanak-kanak yang menggunakan pengangkutan persendirian ke sekolah. Untuk pengetahuan, sebanyak 900,000 unit mifold telah dijual di 150 buah negara dalam masa 3 tahun.”

SNS Lancarkan 3 Jenis Kerusi Keselamatan mifold Untuk Kanak-Kanak Yang Lebih Dewasa Di Malaysia

Selain itu, mifold Malaysia juga turut berbesar hati menyumbang tiga buah kerusi keselamatan kanak-kanak dalam acara cabutan bertuah untuk ibu bapa yang menghadiri majlis ini.

Pelancaran program tersebut turut dihadiri oleh selebriti terkenal termasuklah Datin Rebecca Nur Al Islam, Irma Hasmie, Syaheera & Fad Bocey.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI