Pemergiaan anak yang selama dibelai & dimanja amat menyedihkan. Apatah lagi jika perginya tanpa dijangka. Catatan bapa yang kehilangan bayinya ini amat menyentuh sanubari.
Bapa ini masih tidak langsung tidak menjangka demam yang dialami anaknya menjadi detik akhir buat si kecil yang dinamakan Haisha Rania. Anak yang selama ini dibelai dan dimanjakan terbujur kaku, tiada lagi tangisan dan gelak tawanya.
Encik Bustaman Rusli yang telah dihubungi Pa&Ma berpesan kepada ibu bapa lain agar tidak mengambil ringan demam pada anak terutamanya yang masih bayi. “Jangan ambik ringan bila bayi demam. Bila dah lebih 3 hari, lakukan blood test. Kalau ada nampak tanda macam ada kuman terus je admit walaupun kat swasta.. Biar bawah pemantauan doktor yang lebih arif,” kata bapa kepada 3 cahaya mata ini.
Bapa ini juga berkongsi sebuah catatan yang amat memilukan sesiapa sahaja yang membacanya. Bukan mudah menerima kenyataan anak bongsu yag dimanja dan dibelai kini sudah tiada lagi…
PINJAMAN ALLAH SETAHUN SAHAJA
Salam sayang utk kenangan abadi bidadari syurga kami Haisha Rania.. Haisha =kehidupan, sihat, riang. Rania = kesenangan, kesukaan, ratu. Pinjaman Allah kepada kami utk setahun sahaja.. 27.5.2018 – 8.5.2019
Fikiran masih keliru, lidah masih kelu. Betapa kami harapkan ini hanya lah sebuah mimpi. Bgn pagi tercari cari helaian tawa yg biasa dihidangkan kpd kami. Bagaikn suatu semangat utk kami bile dihidangkan dgn coret wajahnya.
Ads
Namun semua itu takkan muncul lg. Kami redha ya Allah dgn Pinjaman ini. Setiap yg hidup akan pasti dipanggil kembali kepada sang pencipta.. Tidak lewt dan tidak cpt sesaat pun.
TIADA REKOD KESIHATAN BURUK
Rania anak baik, tak penah pn kami rasa ssh dgn kehadirannya. Rania takde sejarah kesihatan yg buruk, tak penah warded, takde apa2 penyakit. Pemergiannya btul2 sekelip mata. Bermula dgn kami rasa deman biasa pd hari jumaat ari tu 2.5.2019. Mlmnya kami bawa ke klinik dan doktor just ckp maybe deman biasa dan ada kemerahan pd tonsilnya. Seterusnya deman still on off dan kami bawak lg ke K* B****** pada hari isnin utk blood test.
KUMAN DALAM DARAH TAPI MASIH TERKAWAL
Ads
Doktor yg merawatnya mengesan ada sedikit kehadiran kuman dlm darah dan keadaan masih terkawal.. Just perlu on antibiotic je.. Kami akur Dan ikut apa yg di suruh dgn maintain bg antibiotic on time.
DETIK AKHIR MAHU MAMA PAPA BERSAMANYA
Namun kemuncak pd hari rabu pukul 3 pagi, Rania mula lain dr kebiasaan. Rania tak dapat tidur lena, merengek sesekali, tidak mahu tidur. Rania semacam memberi kan isyarat utk kami bersamanya, utk sisa waktu terakhir..
TERUS KE ZON MERAH KECEMASAN, RANIA KRITIKAL Pukul 8.30am kami ke emergency **** Medical Center.. Terus di rujuk red zone. Keadaan Rania amat kritikal.. Hanya rengekan kecil semacam memangil kami. Doktor berhempas pulas menyelamatkn Rania dgn melakukan pelbagai prosedur dan cpr.. 10.30 pagi 8.5.2019 dah tercatat di luh mahfuz tentang pengakhirannya..
Ads
GELAP DUNIA LIHAT TUBUH KAKU TIDAK LAGI BERGERAK
Kami kelu.. Bagaikn gelap dunia ni bila melihat sekujur tubuh yg kami belai selama setahun tidak bergerak, kaku.. Kami masih mengangap Rania hanya tido utk berehat. Berehat sambil menunggu kedatangan kami di pintu syurga nanti InsyaAllah.. Rania berehatlah..
GAMBAR, BAJU & VIDEO PENGUBAT RINDU
Papa mama redha dan sentiasa ingat setiap saat kenangan kita bersama. Hanya gambar, video, pakaian, Rania je menjadi pengubat rindu papa mama skrg.
“Teringin nak pakaikan bayi anting-anting mesti cantik, tapi boleh ke tindik telinga masa bayi?”
Sumber: Baby Sparks
Memang nampak comel bila anak-anak masih kecil dipakaikan dengan barangan kemas seperti anting-anting atau subang. Namun, jika ibu bapa ada berhasrat untuk tindikkan anak yang masih kecil terutamanya bayi yang bawah usia 6 bulan, elok tangguhkan dulu keinginan ini. Ini kerana mungkin ramai ibu bapa yang tak tahu bahawa luka tindikan tersebut berbahaya pada bayi usia begini.
Sebelum buat keputusan tindik telinga bayi, ibu bapa perlu tahu risikonya terlebih dahulu.
Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd Dr Zubaidi Hj Ahmad berkata jika tidak dirawat atau dibiarkan, luka tindikan tersebut menyebabkan jangkitan kuman tetanus, sekali gus boleh menyebabkan bayi mengalami kekejangan dan sawan.
“Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga.”
Dr Zubaidi berkata bayi secara umumnya mempunyai daya tahan yang lemah berbanding orang dewasa.
“Pastikan orang yang melakukan tindikan menggunakan jarum yang bersih dan steril. Prosedur ini lebih baik dilakukan di klinik kerana doktor akan menggunakan disposable sterilized needle. Doktor juga akan memberikan bius pada cuping telinga sebelum menindik cuping telinga bayi”
Selain itu, pastikan anting-anting untuk dibuat daripada bahan berkualiti dan tidak menyebabkan alahan seperti emas, platinum dan titanium. Anting-anting yang dibuat daripada kromium (bahan logam disadur dan mudah berkarat) selalunya menyebabkan radang dan alahan pada cuping telinga.
Tak salah untuk menindik telinga anak, tapi setidaknya tunggulah sehingga anak berusia enam bulan ke atas seperti saranan Dr Zubaidi dan juga ikuti panduan dan syarat sebelum menindik. Baik mencegah sebelum merawat.
Kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isteri Shuhada Shukri meraih perhatian ramai. Shuhada yang sebelum ini menolak banyak tawaran belajar serta bekerja untuk mendirikan rumah tangga bersama Hafidz dan mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah tangga akhirnya dibalas pengkhianatan.
Selepas dikasari bekas suaminya, Shuhada bangkit untuk terus berusaha demi membesarkan dua cahaya matanya yang masih kecil. Aktif menjalankan perniagaan biskut rayanya kini, Shuhada atau lebih mesra dipanggil Shu turut menerima banyak lamaran sebagai duta untuk jenama terkenal.
Tidak terhenti disitu, rezeki Shu dan anak-anak semakin mencurah-curah hari demi hari. Hari ini Shu baru sahaja ditawarakan sebagai duta daripada pihak syarikat Dato Aliff Syukri, iaitu usahawan tudung dan kosmetik terkenal.
Menurut Dato Aliff, dia terpanggil untuk membantu ibu kepada 2 cahaya mata ini agar terus bangkit dalam hidup dan tahu keadaan Shu yang berusaha mencari nafkah hidup.
“Hari ni pertama kali saya jumpa @shushukriii ….riak wajah dia nampak sedih dan memendam”
“Saya cuba menyelami apa beliau rasakan….dan pada saya jika masih boleh diselamatkan rumahtangga mereka alangkah lebih baik”
Aliff Syukri turut berharap dengan bantuan yang dia salurkan sedikit sebanyak dapat membantu Shu meneruskan kehidupan.
“Saya juga tahu shu struggle demi mencari rezeki dan saya juga berkongsi rezeki untuk membantu beliau menjadi duta saya @as.hijabofficial”
“Mudahan sedikit sebanyak dapat membantu shu teruskan kehidupan”
Ibu akan terus menyayangi anak-anaknya selagi hayat dikandung badan. Kisah ibu ini benar-benar mengusik perasaan tatkala mengetahui anak istimewa sejak dari dalam kandungan lagi.
Bertuahnya Nur Dalila Sofea ini mempunyai ibu penyayang. NoorSuehana Adnan, ibu 3 orang cahaya mata diuji tatkala kandungan ketiganya mencecah 7 bulan.
Apabila ditanya apa perasaan apabila diberitahu anak dalam kandungan mengalami kelainan selepas melakukan imbasan, ibu ini mengakui bukan mudah untuk menerima kenyataan.
SCAN MASA 7 BULAN, DOKTOR KATA ANAK ADA PENYAKIT
“Semasa scan doktor beritahu anak dalam kandungan mengalami penyakit hidraencephaly, saya rasa sangat sedih. Boleh dikatakan saya hanya termenung sampaikan tidak lalu untuk menjamah makanan kerana memikirkannya.
“Selama ini saya tak boleh melihat anak-anak yang sakit, saya akan rasa sedih. Tapi bila ia berlaku kepada anak sendiri, apabila diri sendiri diuji, baru saya faham perasaan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang begini.” kata Noorsuehana.
MULA-MULA INGATKAN HIDROCEPHALUS
Ibu ini juga turut berkongsi pada mulanya doktor mengesyaki bayi dalam kandungan mengalami penyakit hidrocephalus. Namun selepas melakukan MRI dan CT SCAN doktor mengesahkn Dalila mengalami penyakit hidraencephaly iaitu masalah terlebih air dalam kepala dan sel otak yang sedikit.
Dalila semasa baru lahir.
DALILA PEMINAT SUSU IBU
Kata ibu ini, Nur Dalila Sofea anak yang sangat baik. Dia adalah peminat susu ibu, dan enggan meminum susu formula walau pun sudah banyak kali cuba diberikan. Apa yang merunsingkan ibu ini, Dalila yang berusia 4 bulan kini hanya seberat 4.8kg.
PASANG ALAT KELUARKAN AIR BERLEBIHAN
Terkini Dalila baru sahaja menjalani pembedahan memasang VP shunt yang berfungsi mengeluarkan air yang berlebihan dari dalam kepalanya.
“Dalila baru lepas menjalani pembedahan pasang vp shunt di kepala pada 9 April lalu. Doakn Dalila akan terus kuat & sihat. Apa yang saya amat harapkan ialah alat vp shunt ini boleh berfungsi dengan elok sehingga ke akhir hayat,” kata Noorsuehana. Buat masa ini Dalila masih dalam pemantaun temujanji dengan pakar neuro setiap bulan untuk melihat shunt yang dipasang dapat berfungsi dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.