Sup ayam untuk anak yang demam atau selesema amat membantu. Sama seperti yang disediakan oleh Hanis untuk Yusuf ini.
Apabila anak tidak sihat, mama tentu susah hati. Anak yang selalu cergas nampak lesu dan kurang ceria. Hanis melalui Instastory nya telah berkongsi resipi sup ayam yang telah dimasak untuk Yusuf yang sedang tidak sihat.
Hanis memang rajin memasak untuk keluarga dan tidak lokek berkongsi resipi. Berikut ialah langkah demi langkah memasaknya.
BAHAN YANG DIPERLUKAN
Antara bahan yang diperlukan dalam sup ayam yang dikongsikan oleh Hanis ialah:
Ayam
Bawang putih (terbahagi dua iaitu untuk dihiris dan ditumbuk)
Bawang merah (untuk dihiris dan ditumbuk)
Lobak merah
Saderi
Daun sup
Halia
Bunga lawang
Buah pelaga
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam
Serbuk lada putih
Daun sup
LANGKAH DEMI LANGKAH MEMASAK
1.Bawang merah dan bawang putih ditumbuk bersama halia. Bawang selebihnya dihiris nipis.
2.Kemudian tumis bawang yang ditumbuk dan dihiris bersama bunga lawang dan buah pelaga. Tumis sehingga naik bau.
Ads
3. Kemudian masukkan air.
4. Biarkan menggelegak terlebih dahulu sebelum dimasukkan ayam. Menurut Hanis ini adalah petua supaya sup tidak berasa hanyir.
5. Biarkan seketika sehingga ayam empuk. Masukkan pula lobak merah, saderi, garam dan serbuk lada putih.
Ads
6. Biarkan lama sehingga sup menjadi pekat. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Hanis telah menghidangkan sup kepada Yusuf dan Yusuf telah memakannya. Pandai Yusuf ambil hati mommy, walau pun tidak sihat dia tetap menjamah apa yang dihidangkan oleh mommy nya.
Anda juga boleh memberikan anak anda sup ayam sekiranya anak mengalami selesema, batuk atau demam. Resipi yang dikongsikan oleh Hanis ini boleh anda realisasikan ketika anak tidak sihat.
FAKTA MENGENAI SUP AYAM
Sup ayam sering dijadikan remedi untuk anak-anak yang mengalami selesema dan demam. Kajian yang dijalankan mendapati kandunagn anti radang dalam sup ayam membantu melegakan simptom selesema.
Ads
Selain itu, sup juga membantu menyalurkan cecair kepada si manja yang mungkin terhidrat akibat tidak sihat. Ayam yang kaya dengan protein membekalkan sumber cysteine (iaitu sejenis asid amino) yang boleh membantu melegakan mukus.
Disamping itu, sup ayam juga mengandungi gelatin daripada kolagen ayam yang memberikan rasa yang sedap. Hydrophilic colloids di dalamnya juga membantu merangsang penghadaman.
Menambahkan halia di dalam sup ayam akan menjadikan sup lebih berkhasiat. Gingerol yang terkandung di dalam halia bertindak sebagai anti radang dan anti mikrob yang sangat baik untuk anak yang selesema. Ia juga boleh memanaskan badan yang kesejukan.
Raya akan menjelang tiba tak lama lagi pasti ramai ibu-ibu sedang berjuang menyiapkan kuih raya di rumah. Alang-alang mama sedang membakar kuih apa kata mama buatkan si kecil biskut rayanya sendiri. Yang penting tiada gula dan bahan pewarna seperti biskut raya orang dewasa.
Biskut raya ini juga boleh dijadikan kudapan si manja pada waktu petang. Bagi yang ingin pulang ke kampung, buat biskut raya ini sebagai stok untuk kudapan si manja agar si manja tak lapar mahupun bosan ketika berhari raya. Ikuti resipi perkongsian daripada Puan Nurul Liyana
BISKUT ALIEN (12m+)
Harum semerbak satu umah bau wangi susu. Alfateh pun xdang2 duk tunjuk nak2 tahu lah rupa alien tu menarik minat dia sekali bagi bila dah siap bakar dia duk gelak mengekek pulak
1. Masukkan bahan2 * dah freshmilk sedikit demi sedikit sehingga satu adunan
2. Bentukkan dan letakkan coklat chip
3. Bakar 170c selama 20 atau sehingga masak atau mengikut kesesuaian oven masing2
BISKUT FLORENTINE (12m+)
Since alfateh suka kunyah2 so ibu buatkan lah tapi xleh lah selalu sebab kekacang tu mahal ?
BISKUT FLORENTINE (12m+)
– tepung jagung
– Puri kurma
– almond
– kuaci putih
– kuaci hijau
– bijan putih
– bijan hitam
– kertas cupcake yang licin (ada lapisan plastik di dalam)
1. Bakar kekacang 5-7min sehingga sedikit kekuningan suhu 160c
2. Tunggu sehingga kacang sejuk
3. Masukkan bijan, puri kurma gaul kacang bersama kesemua tepung
4. Masukkan sesudu besar dalam bekas cup. Pastikan xterlalu nipis ataupun tebal
5. Bakar 15min suhu 160c. Semua oven xsama so kena rajin2 tengok untuk yang pertama, dah kekuningan boleh keluarkan dari oven
6. Biar sejuk dahulu & tekan bawah cup untuk tanggalkan. Cup boleh digunakan semula untuk round seterusnya.
Versi dewasa cara yang sama just tukar pada tepung florentine. Semudah abc !
1. Masukkan bahan * . Masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga boleh dikepal/ dibentuk
2. Bentukkan mengikut citarasa
3. Sapu kuning telur dan tabur kacang di atas adunan yang telah dibentuk
4. Bakar menggunakan api atas bawah bersuhu 170c selama 15min/ mengikut kesesuaian oven masing2
1. Pukul butter sehingga kembang. Masukkan puri kurma & kacau sebati
2. Didalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang
3. Masukkan bahan * sedikit demi sedikit sehingga sebati
4. Masukkan pula almond & gaul rata
5. Adunan lembik ya so hanya bentukkan menggunakan tangan
6. Bakar biskut tersebut
BISKUT SUSU (7m+)
Semudah abc, hanya menggunakan 2bahan mummy mudah kan ? Berlemak manis susu. Rangup diluar dan cair didalam nyumss2
1. Masukkan bahan2 * kemudian masukkan pula freshmilk dan gaul sehingga menjadi satu adunan. Uli sehingga adunan tidak melekat ditangan
2. Bakar pada suhu 180c selama 15min atau sehingga masak atau mengikut kesesuaian oven masing2
1. Pukul butter sehingga kembang
2. Masukkan bahan2 lain kecuali tepung gandum dan gaul sehingga sebati
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Adunan tidak terlalu cair & sedikit pekat ya
4. Cedok menggunakan sudu dan bakar 170c selama 15min atau sehingga masak atau mengikut kesesuaian oven masing2
1. Gaul kesemua bahan kecuali ub
2. Gunakan kaedah double boil gaul2 tanpa henti sehingga terhasil coklat yang pekat, gaul laju2 kemudian masuk butter
3. Sekiranya terlalu pekat boleh tambah susu sehingga mummy2 berpuas hati dengan kepekatan coklat tersebut
4. Masukkan dalam piping bag & bentukkan mengikut citarasa
5. Sejukkan di freezer kemudian boleh diguna pakai untuk menu anak2 mummy
1. Kupas kulit epal, kemudian blend sekali dengan 5biji kurma yang telah dibuang kulit & biji. Masukkan pula cheese & sedikit susu ya jika blender tidak bergerak
2. Pukul butter sehingga kembang. Masukkan pula puri buah tadi & pukul sekali lagi sehingga sebati
3. Masukkan tepung2 & uli sehingga tidak melekat di tangan. Jika melekat boleh tambah sedikit tepung gandum ya
4. Bakar selama 30min bersuhu 180c/mengikut kesesuaian oven masing2
1. Pukul butter sehingga kembang. Masukkan pula puri buah tadi & pukul sekali lagi sehingga sebati
3. Masukkan tepung2 & uli sehingga tidak melekat di tangan. Jika melekat boleh tambah sedikit tepung gandum ya
4. Bakar selama 30min bersuhu 180c/mengikut kesesuaian oven masing2
* cup pakai standard measuring cup ya
KEREPEK UBI MANIS
KEREPEK UBI MANIS
– ubi keledek
– air
– kapur
– minyak
1. Kupas kulit ubi & rendam dalam air nak bagi hilang hitam2 ubi
2. Sediakan bekas yang berisi air biasa & masukkan sedikit kapur untuk bagi kerepek rangup & kurang makan minyak
2. Sagat ubi menggunakan penyagat & masukkan didalam bekas air tadi
3. Panaskan minyak dengan api sederhana
4. Pastikan ubi sentiasa dikacau supaya tidak melekat antara satu sama lain
5. Apabila ubi kelihatan bertukar warna terus perlahankan api untuk mengelakkan ianya hangit
6. Angkat & toskan atas tisu serap minyak
1. Uli sebati kesemua bahan dengan air sehingga adunan tidak melekat ditangan. Boleh tambah tepung jagung if adunan masih melekat ditangan
2. Bentukkan mengikut citarasa
3. Bakar selama 30min bersuhu 180c atau sehingga masak atau mengikut kesesuaian oven masing2
* gelek nipis2 untuk hasil texture yang sedap rangup
1. Pukul butter dan susu. Kemudian masukkan bahan2 lain dan uli sehingga tidak melekat ditangan
2. Bentukkan mengikut citarasa
3. Bakar selama 15min bersuhu 180c/sehingga masak
Mood hujung minggu ni faham je kalau mak-mak, ayah-ayah ni nak masak menu lain selain nasi, kalau boleh menu yang mudah je sebab kalut nak buat persiapan raya. Jadinya boleh cuba masak kuetiau goreng mudah dan pantas dari adikfooods ni.
Bagi yang gemarkan sajian pasta untuk anak-anak dan keluarga, menyediakan sos pasta homemade sendiri adalah disarankan. Selain menjaga kandungan bahannya tanpa garam dan gula, malah dapat juga mengawal campuran bahan lain yang ternyata lebih menyihatkan.
Langkah demi langkah menyediakan homemade sos pasta yang ditunjukkan oleh Puan Dahlia Kamaruza ini memang lengkap. Jom ikut langkahnya.
Homemade pasta sauce. Ada yang tanya macam mana mummy buat. Rasa dia macam sos prego tu tapi sesuai di makan oleh semua. Sebab homemade kan tanpa bahan perasa. Boleh masak sekali untuk anak, lepas tu asingkan baru add on garam gula untuk abang kakak mummy lah.
Pasta sauce ni lebih kurang paste tomato je. Cumanya yang ni dah siap2 flavoring khas untuk pasta la. Kalau tomato paste boleh juga nak guna method yang sama cuma tak perlu letak basil/bayleaf/blackpepper/mixed herbs.
Yang ni buat guna 10kg tomato. Kebetulan tomato dia RM1.50 sekilo. Apa lagi, borong je lah. Dapatlah 3 bekas besar dan satu bekas kecik. Simpan frozen tahan up to 6 month.
P/s: Boleh guna untuk sos bolognese/marinara/baked macaroni fusilli/lasagna/pizza/savoury bread pudding.
Bahan-bahannya:
Tomato 10kg
Bawang holand 4 biji (dadu)
Bawang putih 1 labu (tumbuk)
Capsicum kuning 4 biji
Capsicum merah 1 biji
Cendawan shitake dalam 5-6 biji (dadu)
Sweet basil 2-3 batan (ambil daun je)
Bay leaf 2-3 helai
Blackpepper sedikit
Mixed herbs sedikit
Cili powder 2 tbs (optional)
Cbs/cfs/serbuk ayam homemade (optional)
Minyak olive/masak dalam 1-2 cup
Basuh bersih tomato kemudian kelar kulit luar dia secara bersilang. Rebus air dalam kuali hingga didih dan celur tomato sekejap.
Lepas celur transfer dalam bekas isi air yang mengalir. Biar dia cool down.
Lepas tu buang kulit luar dia dan belah picit biji dia keluar sekali. Boleh je kalau taknak buat macam ni tapi tak sedap lah sosnya nanti. Sebab kulit dan biji tu tak hancur.
Dah siap buang biji dan kulit. Biji dengan kulit tu jangan buang dulu tau. Masuk blender then blend dan tapis. Ambik air dia je. Campurkan dengan yang ni. Masuk periuk masak atas dapur.
Lepas tu masuk dalam periuk dan didihkan. Add on cili powder sekali. Didihkan sampai air dia kering sikit.
Esok tu dah sejuk kan. Ceduk sikit asingkan. Then blend yang lain tu sampai halus. Mummy pakai hand blender je, senang. Lepas blend tuang dalam kuali.
Yang ni add on kemudian. Sebab rasa kuah dia macam kurang merah. Mummy tambah la, sebiji je guna. Cendawan tu pun pakai 1/2 je. Bakar macam ni capsicum tu sampai hangus kulit dia. Fungsi bakar ni nak bagi ada bau smokey kuah dia tu tambah flavoring lah.
Yang ni dah siap bakar, lalukan bawah air. Kopek kulit dia dan asingkan biji dia. Kemudian blend dan campur dalam tomato tadi.
Mummy lupa nak ambik gambar bawang. Bawang tu tumis je sampai layu campur dengan cendawan. Lepas tu blend dan campur dalam kuah tomato. Then tambah minyak masak / olive sikit. Dalam 1-2 cawan, nak bagi kuah dia kilat dan cantik. Dah masak semua baru tabur bay leaf, sweet basil, blackpepper dan mixed herbs. Masak sampai kering.
Dah siap, biar sejuk. Esok tu baru packing. Tadaaa dapatlah banyak ni je.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Obstructive Sleep Apnea Kanak-Kanak boleh menyebabkan anak berdengkur, tidur ternganga dan sukar bernafas ketika tidur. Ketahui simptom, punca serta kepentingan mendapatkan rawatan awal.