Sup Daging Siam Meletup, Menu Daging Korban Tersedap, Cukup Pedas & Masam!

Share

Apa menu daging korban yang mama masak semalam? Jangan dilupakan sup untuk anak-anak dan keluarga. Paling senang dan terangkat.

Apa kata buatkan sup daging ala Siam, sama seperti restoran Thai ala kayangan yang sedap. Jom cuba!

Teringin nak buat sendiri menu ringkas dan sedap, patut cuba resipi “Sup Siam Ala Kak Liza.” Mudah, sedap, dan nikmatnya lain macam.

Bahan-bahan menumis :-

1/2 biji bawang holand dihiris.
4 biji bawang putih diketuk
3 batang serai diketuk
2 inci halia diketuk
2 inci lengkuas diketuk
4 helai daun limau purut
Akar ketumbar
1 paket sup tulang bunjut

Bahan-bahan akhir masakan:-

1/2 biji bawang holand
2 batang sederi
2 biji tomato
3 biji cili padi diketuk
Daun ketumbar
3 biji limau kasturi
Jangan lupa 1/2 kilo tulang rusuk lembu.

Cara-cara memasak:

Rebus tulang dan daging sampai lembut. Kalau ada periuk tekanan better guna. Cepat je empuk dagingnya.

Panaskan minyak, masuk semua bahan menumis. Tumis sampai kekuningan. Bunjut berbalut putih tu la rahsia kesedapan. Tak perlu jampi pun. Macam biasala, buka tingkap kasi Senah jiran sebelah bau.

Daging dah empuk, masuk je bahan tumis dalam periuk daging. Termasukla bunjut putih tu.

Perah 3 biji buah limau kasturi. Boleh juga ganti dengan lemon. Kalau ada sos ikan masuk la 2 sudu. Tak ada pun takpa.

Kemudian masuk semua bahan akhir masakan. Mudah je, susah bila kau malas. Cili api boleh letak banyak kalau nak pedas terangkat.

Perasakan dengan garam secukup rasa.

Last sekali tabur daun ketumbar. Kalau tak suka ketumbar, gantikan dengan daun sup dan daun bawang.

SIAP! Tabur bawang goreng pun sodap. Uihhh rasa sup masam-masam sungguh menyelerakan. Kalau ada sambal hitam lagi padu.

Bila hirup je kuah sup siam ni, terasa seperti berada di Restoran Thai bertaraf kayangan.

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Kredit: Liza Idris

IKLAN