Hidangan sup antara yang menjadi kegemaran ramai tak kira anak kecil atau orang dewasa. Selain jadi pembuka selera untuk individu yang tak sihat, aneka sup ini juga sedap dinikmati bersama nasi atau makan macam tu je.

Biasanya sup yang selalu dihidangkan untuk ahli keluarga adalah sup ayam, daging atau sayur. Tapi kali ni, resipi dari Puan Zurina Zulkefli ni adalah sup telur chinese style.

Tambah pula crab stick sebagai penambah selera memang sedap. Kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel.

Sup Telur Chinese Style Ala Hotel. Tambah Crab Stick, Hirup Panas-Panas, Terbaik! 

Sup Telur Chinese Style

Resepi bahan utama:

Sup Telur Chinese Style Ala Hotel. Tambah Crab Stick, Hirup Panas-Panas, Terbaik! 

IKLAN

✓ Bawang putih (cincang halus)
✓ Halia (cincang halus)
✓ Kiub pati ayam (tiada MSG)
✓ Filamen ketam (dihiris nipis)
✓ Telur ayam (dibancuh)
✓ Tepung jagung (dibancuh)

Sup Telur Chinese Style Ala Hotel. Tambah Crab Stick, Hirup Panas-Panas, Terbaik! 

Cara memasak:

1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.

IKLAN

2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.

Sup Telur Chinese Style Ala Hotel. Tambah Crab Stick, Hirup Panas-Panas, Terbaik! 

3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.

4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.

IKLAN

Sup Telur Chinese Style Ala Hotel. Tambah Crab Stick, Hirup Panas-Panas, Terbaik! 

5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.

6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.

Selamat mencuba.

Sumber: Zurina Zulkefli, Melaka via MAHN

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI