Bila anak masih tak bercakap/bertutur memang risau dibuatnya. Kadang-kadang sebagai ibu bapa, kita nak buat aktiviti bersama anak-anak supaya dapat merangsang anak untuk bercakap tapi tiada idea dan tak tahu apa yang boleh dilakukan bersama kan?
Untuk ibu ayah yang masih tercari-cari aktiviti sesuai untuk dilakukan bersama anak, ikuti perkongsian dari terapi pertuturan ini.
Ada juga parents yang bertanya saya ‘ada sediakan tak jadual aktiviti yang boleh buat dengan anak’..
Ni sy kongsikan some info apa ysng Mommy Daddy boleh buat dengan anak sepanjang minggu..
Boleh tengok gambar di bawah & saya listkan apa yang anda boleh buat dengan anak mengikut hari. Cuma nak ingatkan supaya buat aktiviti dengan cara menarik untuk tarik perhatian anak dan luangkan masa sepenuhnya bersama mereka.
Doa ibu bapa adalah doa yang amat mustajab dan kekuatan buat anak. Sebagai ibu bapa kita seharusnya mengambil peluang ini untuk sentiasa memohon dan meminta kepada Allah agar diberikan kebaikan buat mereka.
Ini bertepatan dengan sebuah hadis, di mana Baginda bersabda:
“Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Tirmudzi, Ahmad dan Abu Daud)
Oleh itu, amalkan beberapa amalan ini berserta dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Semoga kita mampu menjadi ibu bapa yang baik dan dikurniakan anak yang soleh dan beriman.
5 tips mendidik anak soleh :
1. Bangun pagi, peluk anak sekurangnya 3x dan usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk anak)
2. Lembutkan hati anak
hembus pada ubun-ubun, makanan dan pakaian
– Surah AlFatihah
– Surah Al-Hasyr (ayat 21-24)
– Surah Taha (ayat 1-5)
– Ayat Qursi
– zikir ya Latif
3. Setiap kali nak nasihat anak, baca 3 nama Allah dan hembus :
– Ya ‘Aziz
– Ya Jabbar
– Ya Mutakabbir
4. Doa khas agar keluarga jaga solat dan elok perangai. (Surah Ibrahim : ayat 40)
5. Sentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil doa dan nyatakan harapan. Sebaiknya setiap malam dalam keadaan baru hendak tidur ketika otak sedang berehat dan lebih mendengar kata.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Raya ni anak kita dapat banyak duit raya kan? Jangan bazirkan macam tu je beli mainan atau kita nanti terpakai, masukkan dalam bank, banyak nak pakai nanti dia remaja! Nak sambung belajar dan lain-lain.
Menabung dari kanak-kanak:
1) Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.
2) Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
3) Buat direct debit lebih memudahkan urusan.
4) Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.
5) Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k:
Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926
6) Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
7) Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.
😎 Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.
Sebab apa?
HARAM JIKA IBU BAPA GUNA DUIT RAYA ANAK
Bagi anak-anak yang masih kecil, mereka masih belum pandai menguruskan duit raya yang mereka perolehi. Jadi, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menguruskan duit raya anak-anak mereka dengan baik. Perlu diingatkan bahawa duit raya anak adalah kepunyaan anak kita dan ibu bapa hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga duit raya sehinggalah mereka pandai untuk menguruskan duit mereka sendiri.
HUKUM GUNA DUIT RAYA ANAK
Hukumnya haram jika kita menggunakan duit raya anak-anak. Jika keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam namun adalah wajib dibayar balik. Sebaik saja mereka mendapat duit raya, kita sebagai ibu bapa perlulah amanah untuk menguruskan wang tersebut. Tidak baik kita sebagai ibu bapa ‘makan’ duit yang orang telah berikan kepada anak-anak kita. Kalau terlalu terdesak, kita gantikan semula. Jangan buat-buat lupa, bimbang di akhirat kelak kita akan ditanya kenapa tidak amanah.
Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu yang sama dalam ceramahnya. 🔊
“Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain. Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri. Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar. Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik. Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera.” katanya.
CARA MENGURUSKAN DUIT RAYA ANAK YANG BETUL
• ASINGKAN
Pastikan duit raya untuk setiap anak anda diasingkan untuk mengelakkan percampuran duit raya. Ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap anak kita mendapat jumlah duit raya yang sama (kerana biasanya orang akan bagi sama untuk setiap orang)
• TABUNG KHAS ✨
Sepertimana tabungan biasa, pastikan setiap anak kita mempunyai tabung yang berlainan. Menyediakan tabung untuk anak kita dapat mengajar anak kita untuk rajin menabung dan dalam masa sama memudahkan pengurusan duit raya anak kita.
• SIMPAN DALAM BANK
Setelah habis raya, kira dan simpan duit raya anak kita ke dalam bank yang memberikan pulangan yang baik setiap tahun. Pastikan akaun tersebut dibuat khas untuk anak anda (dengan ibu / bapa sebagai penjaga), bukannya duit raya tersebut dimasukkan ke dalam akaun ibu bapa. Bagi saya, antara tabungan terbaik
adalah di Tabung Haji. Anda bebas untuk memilih di mana anda nak simpan duit anak anda.
Sumber: Internet/Kelab Mama, Nur Izah
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kos sara hidup semakin tinggi. Kebanyakan pasangan suami isteri perlu bekerja untuk menampung kos kehidupan, lebih-lebih lagi bila anak sudah bersekolah.
Kita kadang kala menjadi terlalu pentingkan diri sendiri dari keutamaan menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa.
Kita seakan-akan lupa masa depan yang lebih penting sehingga sanggup berhutang semata-mata untuk kepuasan diri.
Jadi untuk panduan bersama, Penasihat Kewangan Infinite Signature Group, Ariff Ismail memberikan tip bagaimana kita boleh hidup tanpa hutang setelah tidak lagi bekerja.
1. Rekod Duit Keluar Masuk
Untuk mengelakkan kita terperangkap dalam perbelanjaan tidak perlu, rekod setiap duit keluar dan masuk. Pastikan ada resit dan nota. Cara ini dapat mengawal perbelanjaan secara berhemah setiap bulan.
2. Elakkan Hutang Tidak Perlu
Ramai orang muda tanpa sedar mengaktifkan hutang tidak perlu. Sebagai contoh kad kredit dan pinjaman peribadi.
Kad kredit berguna ketika waktu kecemasan, tetapi jika tersalah cara penggunaan akan mengakibatkan komitmen bulanan yang tinggi.
Pinjaman peribadi juga salah satu punca utama masalah kewangan yang sering dialami oleh individu terutama golongan muda. Pinjaman peribadi yang dilakukan biasanya untuk majlis perkahwinan, deposit kereta dan pengubahsuaian rumah. Ini secara langsung akan mengakibatkan kita terjerat dengan hutang tidak perlu.
3. Perbelanjaan Berhemah
Perkara paling sukar untuk dilakukan ialah berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan. Sebagai contoh, ramai yang sanggup berlapar untuk memiliki kereta idaman. Sedangkan itu bukan keperluan.
Bagi ibu bapa muda pula, suka berbelanja mewah untuk anak yang baharu lahir. Tanpa mengira perkara yang lebih penting untuk anak kita. Sebagai contoh mengadakan majlis ulang tahun kelahiran anak secara besar-besaran, sedangkan pelan perlindungan dan pelan perubatan anak tidak diberi perhatian.
Selain daripada tiga tip yang diberikan ini, untuk jangka masa panjang apabila kita sudah tidak bekerja atau isteri seorang suri rumah, anda boleh memilih Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP).
Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan)membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
Faedah i-Saraan
1) Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap.
2) Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
3) Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
4) Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.