Bukan setakat mengikut arahan bahkan anak kita bila dia mula faham tentang satu-satu perkara, dia akan menjadikannya sebagai rutin dengan kerap. Hal yang sama turut dilalui oleh pelakon, Yatt Hamzah yang berkongsi kisah anak kecilnya yang amat gemar mencuci tangan menggunakan cecair pencuci.

Berkongsi satu video menerusi Instagramnya, gelagat anak kecil Yatt yang baru berusia satu tahun itu mencuit hati wargamaya. Baru setahun, Suci Hawa Zulaikha sudah pandai menggunakan ‘hand sanitizer’ malah sentiasa ingin mencuci tangannya setiap masa.

“Susah Jadi Pembersih Ni”, Baru Setahun Dah Pandai, Gelagat Anak Yatt Hamzah Buat Wargamaya Terhibur!

“Susah jadi pembersih ni. Terlalu pembersih pun kena marah.

“Bila baby setahun #SuciHawaZulaikha kena marah manja-manja dengan abahnya sebab asyik nak sanitize tangannya jeee. Al maklumlah tak mandi lagi.

“Kejadian pagi Jumaat tadi masa tunggu Bonda kat klinik. Tengok saat ke 21-23 Hawa dok cari Bondanya nak mengadu nasib minta tolong tapi Bonda takde,” kongsinya.

“Susah Jadi Pembersih Ni”, Baru Setahun Dah Pandai, Gelagat Anak Yatt Hamzah Buat Wargamaya Terhibur!

Dalam video itu, si comel Hawa menangis selepas dimarahi ayahnya kerana ingin menggunakan cecair pencuci dengan kerap. Reaksi comel anak kecil yang baru berusia satu tahun. Comel!

“Susah Jadi Pembersih Ni”, Baru Setahun Dah Pandai, Gelagat Anak Yatt Hamzah Buat Wargamaya Terhibur!

IKLAN

“Kesiannn anak Bonda. Dahlah baru baik demam, selsema lagi, habis hingus semua meleleh.

“Bonda masa tengok video ni tak tahulah nak gelak ke nak sedih ke atau nak marah abahnya. Semua rasa ada. Hepppp, biase abah ni @zulfadhli_khiruddin

“Susah Jadi Pembersih Ni”, Baru Setahun Dah Pandai, Gelagat Anak Yatt Hamzah Buat Wargamaya Terhibur!

“Sayaanggg anak Bonda Hawaa. Dah jangan nangis-nangis yaa. Bonda kan ada,” tulisnya.

Dalam pada itu, video perkongsian Yatt itu ternyata menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya.

IKLAN

“Susah Jadi Pembersih Ni”, Baru Setahun Dah Pandai, Gelagat Anak Yatt Hamzah Buat Wargamaya Terhibur!

“Pandai dia merajuk. Abah dah nak bagi tak nak dah”

“Sekali nangis macam gempa bumi. Hah jangan main-main”

“Merajuk terus dah tak nak pakai senitizer”

“Susah Jadi Pembersih Ni”, Baru Setahun Dah Pandai, Gelagat Anak Yatt Hamzah Buat Wargamaya Terhibur!

IKLAN

Bukan hanya anak Yatt, bahkan anak-anak kecil kita di luar sana juga pastinya turut sama berperangai sebegini. Cecair pencuci perlu diletakkan pada tempat tinggi dek kerana anak-anak yang amat kerap mencuci tangan. Malah setiap masa!

 

Terdahulu, awal Mac lalu Yatt mendedahkan kehamilan keenamnya yang kini berusia lima bulan. Semoga dipermudahkan!

Artikel berkaitan: Baby Girl Lagi Ke Atau Boy, Yatt Hamzah Syukur Hamil Anak Keenam Pada Usia 40 Tahun

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @yatthamzah_suci

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI