Para ibu yang menyusukan anak tidak perlu memikirkan tentang kepekatan susu ibu. Jika anda benar-benar faham tentang komposisi susu ibu, hal ini bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.
Ketahuilah bahawa susu ibu mengandungi komposisi yang terbaik untuk bekalan nutrisi sesuai dengan tumbesaran bayi. Ia telah dijadikan sangat sempurna dan seakan-akan tailored-made mengikut keperluan si manja.
Kolostrum
Di awal kelahiran, tubuh menghasilkan cecair kuning, pekat dan melekit. Ia adalah kombinasi yang kaya dengan antibodi untuk saat-saat pertama perkembangan bayi. Ia sukar dikeluarkan melalui pam payudara kerana sangat pekat dan sedikit. Walaupun sedikit, perlu diingatkan ia mencukupi dan sesuai dengan perut bayi iaitu sebesar guli selepas dilahirkan.
Kolostrum sangat mudah dicernakan dan mengandungi semua khasiat yang diperlukan bayi bagi membina sistem imuniti yang kuat. Ketika ini, anda boleh mengeluarkannya menggunakan teknik Marmet jika bayi tidak dapat menyusu secara terus di payudara atau terpaksa berjauhan. Setelah tiga hingga empat hari, barulah susu matang yang terdiri daripada foremilk dan hindmilk dihasilkan.
Ads
Foremilk
Ia adalah susu awal yang dikeluarkan ketika bayi menyusu secara terus atau apabila susu dikeluarkan menggunakan pam payudara. Kaya dengan karbohidrat, laktosa, protein dan vitamin, ia cair dan nampak kebiru-biruan.
Hindmilk
Ads
Dikenali sebagai susu akhir. Ia adalah susu yang dikeluarkan selepas foremilk. Jika melihat kepada hasil pam, susunya kelihatan lebih pekat dan warnanya gelap. Ia sangat kaya dengan lemak yang membekalkan kalori secukupnya kepada bayi.
Pada awal stimulasi daripada bayi yang menyusu secara terus atau menggunakan pam, foremilk dikeluarkan bagi menghilangkan dahaga bayi. Dengan stimulasi berterusan, hindmilk pula dihasilkan. Komposisi ini menghasilkan makanan yang sempurna untuk bayi iaitu gabungan foremilk yang kaya dengan laktosa, memberikan tenaga serta hindmilk yang memberi lemak dan kalori untuk pertumbuhan bayi.
Perlu diingatkan! Lebih lama susu tidak dikeluarkan daripada payudara, lebih banyak hindmilk berkurangan dan menjadikan susu kelihatan lebih cair bila dipam. Jika susu dikeluarkan dengan kerap, susu yang dihasilkan adalah lebih berlemak dan pekat.
Ads
Kepekatan susu juga tidak semestinya kelihatan sama setiap kali dikeluarkan. Komposisi susu berubah mengikut keperluan seharian bayi. Apabila bayi makin membesar, ia berubah mengikut keperluan optimal perkembangannya. Ia turut berubah mengikut cuaca. Jika cuaca panas, ia lebih cair untuk menghilangkan dahaga bayi. Ketika cuaca sejuk, susu lebih pekat untuk membekalkan jumlah lemak yang secukupnya untuk bayi menghadapi keadaan yang lebih sejuk.
Suplemen penambah susu ibu cuma boleh membantu anda membekalkan tenaga seharian tetapi tiada kajian membuktikan ia boleh membantu menghasilkan susu yang lebih pekat. Hanya dengan kekerapan mengosongkan payudara akan menghasilkan lebih banyak susu yang kaya dengan kalori dan lemak. Makin kerap payudara dikosongkan, makin tinggi kandungan lemak dalam susu.
Jika menyusu secara terus, anda boleh memanjangkan tempoh bayi menyusu dalam satu sesi penyusuan demi memastikan dia mendapat susu hindmilk secukupnya. Bayi yang menyusu lebih lama akan mendapat kedua-duanya. Biarkan bayi menyusu dengan lebih lama pada sebelah payudara sehingga menghentikan hisapan dengan sendiri sebelum menukar kepada sebelah yang lain, agar dia mendapat hindmilk yang diperlukan. Menyusulah sekerap mungkin untuk mengosongkan payudara sepenuhnya. Jika bayi tidak bersama, pastikan jarak sela mengepam adalah kerap dan payudara tidak dibiarkan penuh terlalu lama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amalan bertungku sudah diketahui umum kebaikannya kepada ibu selepas bersalin. Jika dahulu ia hanya menjadi amalan berpantang masyarakat Melayu tetapi kini kaum lain turut mengamalkannya.
Mungkin dahulu amalan ini dilakukan oleh ibu atau nenek kepada wanita yang baru lepas bersalin tetapi kini terdapat pusat rawatan selepas bersalin yang turut memberi kemudahan tersebut kepada sesiapa sahaja yang baru lepas bersalin.
Amalan bertungku dilakukan sebelum si ibu membalut bahagian pinggang hingga ke punggung atau lebih dikenali sebagai berbengkung. Salah satu sebab mengapa ibu disarankan bertungku iaitu membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku.
Darah nifas yang dikeluarkan oleh wanita selepas bersalin biasanya mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Dikatakan rahim tidak bersih sepenuhnya daripada kotoran darah sekiranya ia berhenti awal daripada masa yang sepatutnya.
Jadi, amalan bertungku dapat membantu melancarkan pengaliran darah kotor dan toksin keluar dari badan ibu.
Amalan bertungku juga dikatakan mampu memecahkan lemak dalam badan, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak ketika proses bersalin, dan mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.
Ada pelbagai kaedah orang menggunakan tungku dan ini salah satu daripadanya.
*Bakar tungku (batu sungai atau tungku besi) kemudian balut dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapik menggunakan kain yang tebal tetapi masih boleh dirasai kehangatannya.
Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesetengah wanita selepas bersalin akan dinasihatkan oleh orang tuanya untuk makan haruan bagi mempercepatkan penyembuhan luka. Sama ada dibuat sup atau dibakar, menu ketika berpantang akan diselitkan dengan lauk haruan.
Baik bersalin secara normal atau pembedahan, orang dahulu menasihatkan ibu selepas bersalin untuk makan haruan kerana kandungan protein di dalamnya lebih tinggi berbanding ikan-ikan lain.
Ada sesetengah ibu berpantang yang menolak untuk makan haruan sering ditakutkan dengan luka terbuka atau bernanah sekiranya tidak makan ikan ini. Bagi menjawab persoalan ini, ikuti penerangan Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, seperti yang dikongsikan di laman Facebooknya.
“Batu belah batu bertangkup, telanlah aku, mamahlah aku. Aku kempunan ikan haruan !”
Memang terdapat kajian yang mengatakan kandungan protein dalam ikan haruan lebih tinggi dari ikan-ikan lain. Juga ada kajian menunjukkan ikan haruan ada kelebihan dalam membunuh kuman dan bakteria.
Sebab tu orang dulu-dulu mesti amalkan ikan haruan ini lebih lebih lagi masa berpantang, tak kisah la bersalin secara normal ataupun caesar.
Ramai pm saya tanya boleh makan ikan haruan ke idok? Kalau nakkan sumber protein yang tinggi dalam ikan haruan tu, banyak lagi makanan-makanan yang kaya dengan protein. Kalau takutkan jangkitan kuman berlaku, maka mengambil keputusan utk makan ikan haruan disebabkan kelebihannya membunuh kuman – korang tk perlu risau.
Ni bukan zaman tok undan dah. Kalau dulu dulu bidan kampung pakai kain batik atas kepala, tak pakai sarung tangan pun kadang-kadang, potong tali pusat guna gunting atau pisau biasa (harap bukan pisau kita guna untuk masak).
Jangan lupa ada sebesen air panas – saya rasa ni untuk tujuan basmi kuman, tapi tak cukup. Keadaan ini menyebabkan senangnya nk dapat jangkitan kuman masa bersalin dan berpantang tu sendiri.
Zaman sekarang, SEMUA alat yg digunakan untuk bersalin sudah bebas kuman (sterilized) dan segala prosedur dijalan menggunakan aseptic technique untuk memastikan jangkitan kuman dapat diminimakan. Kalau ada tanda-tanda jangkitan kuman, doktor dah mulakan antibiotik siap-siap. Begitu prihatinnya doktor dalam membasmi kuman dan mengelakkan jangkitan terjadi.
Jangan meroyan kalau tak makan ikan haruan. Tak mati pun.”
Diharapkan dengan penjelasan dari Dr Izzat ini dapat memberi sedikit pengetahuan kepada para ibu tentang luka bersalin dan kaitannya dengan ikan haruan. Jika elok, tidak salah diamalkan tetapi tidak perlulah terlalu taksub dan mengharapkan itu sahaja sudah cukup untuk menyembuhkan luka. Paling penting, anda harus menitikberatkan soal kebersihan dan jagalah luka dengan baik seperti yang disarankan oleh doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim anak batuk berterusan sekarang ini amat merisaukan mak ayah. Lebih-lebih lagi bila ubat-ubatan tidak meredakan batuk anak. Tak perlu risau, apa kata mak ayah cuba tepukan Chest Physio ini pula bagi meredakan batuk kahak anak.
Tip yang dikongsikan oleh seorang doktor di Tik Tok, @klinikputrabagan ini mak ayah kena cuba. Amalkan tepukan ini dengan teknik yang dikongsikan oleh beliau.
Musim anak-anak tak sihat sekarang. Disini doktor kongsikan teknik tepukan CHEST PHYSIO untuk ibu-ibu lakukan di rumah untuk anak yang berkahak.
Kalau kita tengokkan kanak-kanak ni selalu berkahak, lagi-lagi baby, kanak-kanak di tadika dan anak-anak istimewa.
Bila berkahak akan menyebabkan anak jadi penat. So macam mana kita nak jaga paru-paru anak-anak ini, lebih-lebih lagi anak istimewa supaya tak jadi penat.
Kita buat Chest Physio, yang ini exercise untuk kuatkan paru-paru anak-anak kita ya. Ini panduan yang dikongsikan oleh doktor.
Langkah 1 Boleh pegang anak dalam kedudukan yang selesa.
Langkah 2 Curve kan sedikit tapak tangan. Biar tangan melengkung ke dalam.
Langkah 3 Tepuk di atas dada kanak-kanak, tepuk dari atas ke bawah dan ulang.
Langkah 4 Buat sebelah dada lagi dan ulang proses yang sama.
Langkah 5 Boleh ulang langkah yang sama di belakang badan.
Saya suka buat macam ni daripada anak kita baru lahir sampai anak kita sebelum ke sekolah tadika kita boleh amalkan cara ini.
Sambil-sambil duduk lepas mandi, pegang sekejap dan buat tepukan ni.
Tak kisah sama ada nak buat tepukan di belakang atau di depan sahaja. Yang penting kita rajin buat.
Bila kita buat macam ni, dia punya kahak dan paru-paru tu akan vibrate. Bila vibrate, kahak anak tak berada di paru-paru dan akan hilang.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.