Masalah susu ibu merudum memang akan membuatkan ibu menyusu susah hati. Ia boleh menganggu kelancaran penyusuan susu ibu.
Jangan risau kerana ada cara untuk ibu memgatasi masalah ini. Antara cara yang boleh dibuat iaitu melakukan teknik power pumping.
Power pumping (PP) merupakan salah satu teknik berkesan untuk meningkatkan kuantiti susu ibu. Teknik ini berfungsi untuk mengosongkan kantung susu dengan kerap di samping memberi isyarat kepada tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Menurut Kaunselor Laktasi, Puan Zatiha Nani Ishak, teknik ini sesuai untuk anda yang ada masalah susu merudum. Namun bagi ibu yang baru sahaja melahirkan bayi, anda perlu mengutamakan penyusuan secara terus terlebih dahulu.
ADA DUA CARA
Ads
Terdapat dua cara untuk anda melakukan PP. Sama ada menggunakan pam elektrik tunggal atau pam elektrik berganda. Jika bekerja anda boleh mengambil masa waktu rehat untuk melakukan PP. Jika berkemampuan, anda boleh menggunakan corong tanpa pegangan (hands free kit) dan melakukan pp sambal bekerja. Lebih mudah
Anda digalakkan untuk menggunakan pam elektrik berganda supaya lebih menjimatkan masa. Diingatkan, teknik PP mesti dilakukan secara konsisten selama tujuh hari untuk menampakkan kesan positifnya. Sehubungan dengan itu, lakukan pada waktu yang sama setiap hari dalam tujuh hari itu. Masa yang sama ini penting untuk otak menyampaikan isyarat kepada hormone prolactin untuk bekerja menghasilkan susu yang lebih banyak.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak khasiat saffron terutama sekali untuk otak anak. Elok diamalkan setiap hari bagi menggantikan air minuman manis yang diambil sebelum ini. Khasiat saffron ialah untuk merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia dan menguatkan ingatan.
Saffron sangat baik jika dimakan bersama madu asli. Mungkin sebelum ini kita kurang pendedahan tentang kebaikan saffron untuk kesihatan otak dan bagaimana cara untuk digunakan dalam minuman.
Dr Mazliana Mazlan berkongsi kebaikannya dan bagaimana cara untuk anda amalkan seisi keluarga. Ikuti perkongsian beliau.
Jomlah kita ganti air saffron untuk otak setiap pagi sebelum anak pergi ke sekolah. Kalau sebelum ini kita bagi air coklat tinggi gula sebelum anak mula belajar, sekarang kita mula bagi air saffron pula.
Tak perlu vitamin IQ tinggi gula, saffron sahaja kita guna.
Saffron bagus untuk otak anak:
*Bantu untuk kuatkan memori anak. *Mudahkan proses faham ilmu baru. *Bantu anak lebih fokus masa belajar. *Banyak dah kajian tentang saffron, cuma kita je jarang ambil tahu tentang herba paling mahal di dunia ini.
Antara cara yang boleh buat untuk anak minum air saffron;
1. Terus minum air rendaman saffron.
2. Campur madu dalam air saffron.
3. Letak 1 helai safrron dalam susu.
4. Masuk 1 helai saffron dalam botol air anak ke sekolah.
Bolehlah cuba yang mana satu anda suka. Apabila kita mula buat perubahan, anak mungkin susah nak terima pada awalnya.
Sama anak saya pun, air kuning dia kata, dalam botol air ada ikan kawan dia kata. Tapi kalau setiap hari kita tak putus asa cuba, akhirnya anak kita minum juga.
Kita cuba sama-sama ya, biasakan minuman yang asli pada anak, berbanding minuman tinggi gula dan perasa.
Lain orang lain pengalamannya. Ada yang lebih cepat sembuh ketika melahirkan anak melalui kaedah pembedahan namun ada pula sebaliknya. Semuanya bergantung kepada tubuh masing-masing. Baik secara pembedahan mahupun normal, tidak mengapa asalkan bayi dan ibu sihat.
Namun bagi pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, yang memilih untuk melahirkan anak sulung hampir setahun yang lalu, dia punya alasan sendiri mengapa memilih untuk bersalin melalui pembedahan lebih awal berbanding kelahiran normal.
Melalui ruang soal jawab di Insta Storynya, Ayda Jebat menjelaskan mengapa dia memilih untuk melahirkan anak melalui pembedahan, tidak kelahiran normal seperti yang sering dipilih orang ibu lain.
“I choose csect sebab baby saya breech and most of my family and friend csect and so far tak ada yang bad experience.
“Alhamdulillah, I love it. Tak sakit. Cepat baik. Tak macam experience orang yang kata lambat baik, susah jaga and so n. Semuanya dipermudahkan. And thank you doktor @_s_e_r_i_ hehe!
“10 minute keluar dah baby, sambil gelak sebab Nabil baca takbir raya kat baby,” tulis Ayda bercerita.
Malah kata Ayda lagi mengimbau detik ketika melahirkan Ana Nayla, pada hari kedua melahirkan juga dia sudah begitu cergas dan aktif sehinggakan ditegur oleh jururawat, begitu juga ahli keluarganya yang lain.
Malah kata Ayda lagi, biar apa pun jenis kelahiran yang kita pilih dan tempuhi tidak harus dipertikaikan kerana setiap pengalaman orang lain itu berbeza-beza. Semuanya terpulang kepada tubuh masing-masing.
“Hari kedua saya dah jalan-jalan kat dalam hospital sampai nurse marah suruh naik wheelchair.
“Balik rumah my family cakap “uish lajunya jalan, jalan slow-slow. Turun tangga slow-slow, ni beranak ke tak ni?
“So conclusion dia, lain orang lain pengalamannya. Alhamdulillah Allah permudahkan anak pertama saya sangat mudah dan senang. Syukur,” katanya berkongsi.
Namun paling membantu dirinya disaat dia kehilangan tenaga ketiga detik melahirkan dan sepanjang tempoh berpantang pastinya adalah suaminya, Nabil Mahir yang sentiasa setia membantu dalam segala segi.
Malah kata Ayda, disebabkan itu jugalah segala kesukaran ketika berpantang jadi lebih mudah. Ayda tidak lupa menitipkan ucapan manis buat suaminya.
“And ofcoz thank you Wuvv @nabilmahir jaga saya and baby 24/7. He is the one yang sapukan ubat dekat luka csect everyday. Tu antara sebab segalanya jadi mudah dan senang. Love you so much Wuvv,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Ayda Jebat selamat melahirkan bayi sulungnya, Ana Nayla pada tanggal 21 September 2021. Kini si comel kesayangan mereka sudah pun berusia sembilan bulan.
Sakit nak bersalin memang luar biasa. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Maka itu ada beberapa kaedah yang digunakan untuk mengurangkan sakit dan menjadi pelega buat ibu yang bakal bersalin.
Namun ada sesetengah keadaan yang membuatkan kita rasa takut dan bimbang untuk gunakan kaedah ini kerana kesan jangka masa panjang. Namun perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat ini mungkin boleh mengubah persepsi ibu-ibu tentang penggunaan epidural ketika bersalin.
Ikuti perkongsiaannya!
“Pakai epidural saya sakit belakang bertahun-tahun lamanya lepas beranak! sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takde guna !”
“Kakak kepada kakak angkat , sepupu belah ayah saya pakai epidural tu, dia lumpuh separuh badan pastu. Takot lak saya nak epidural”
“Takpa doktor, saya nak rasa sakit bersalin tu. Boleh hapuskan dosa” ( setengah jam lepas tu menangis mintak epidural )
“Suami saya tak bagi amek epidural tu, boleh sebabkan lumpuh katanya” – suami tak rasa pun sakit bersalin cmne, dia lak buat keputusan untuk bini yang bertarung dgn kesakitan tu.”
“Nenek saya dulu beranak tkda pun epidural segala bagai ni, elok jer dia !”
Ni antara sebab-sebab orang takmau epidural. Sakit bersalin bukan main main oi. Setakat contraction sikit sikit boleh senyum lagi. Cuba kalau sakit betul-betul datang tengok cmne.
Kalau terpotong hujung jari masa membawang pun dah kalut, belom lagi rasa sakit bersalin cmne
Epidural tu ape ?
Salah satu teknik pelega kesakitan yg diberikan untuk pesakit dalam konteks ini untuk orang nak bersalin lah. Ada je sebab-sebab lain boleh pakai epidural ni, memandangkan saya ni doktor bersalin, so saya cite apa yang saya tahu saja ye. Takda ler ianya hilangkan 100% kesakitan tu, tapi rasa sakit tu akan jadi kurang dan ibu rasa selesa dan tenang nak ‘bertarung’ untuk berjam-jam lamanya.
Ada satu plastik halus dimasukkan ke dalam ruang epidural L3-L4 atau L4-L5 Memakan masa 20 minit untuk nak buat dan 20 minit untuk bertindak balas. Dipasang oleh doktor bius, bukan doktor bersalin tau.
Perlu berjaga-jaga jika seseorang tu pernah buat pembedahan pada tulang belakang atau ada masalah pembekuan darah
Kalau da pasang epidural ni kena ada pemantauan graf jantung anak (CTG) secara terus menerus dan pemantauan tekanan darah ibu
Apa bagusnya epidural ?
💉Antara banyak-banyak cara untuk mengurangkan rasa bersalin ni, epidural adalah jenis yg terbaik.
💉Tak mengantuk. Baby dalam rahim pun tak mengantuk
💉Kalau perlu caesaerean, tak perlu ubat lain atau cucuk lain tempat untuk bius. Doktor akan ‘top up’ epidural sebelum caesarean dilakukan
Kesan buruk yang boleh timbul
Dilaporkan bahawa hampir 25% ibu mengandung akan menghidapi sakit belakang sehingga 6 minggu selepas bersalin .Terdapat banyak kajian membandingkan ibu mengandung yang mendapat epidural dengan yang tak diberi epidural (hanya suntikan Pethidine sebagai penahan sakit) menunjukkan peratusan insiden sakit belakang yang SAMA dalam kedua-dua kumpulan. Kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam insiden sakit belakang selepas bersalin diantara kumpulan ibu yang tak mendapat epidural dan ibu yang mendapat epidural pada hari pertama dan hari ketujuh selepas kelahiran. Namun 3 bulan selepas bersalin, ibu yang tak mendapat epidural pula lebih ramai yang masih sakit belakang berbanding yang mendapat epidural. Acaner tu? Tak dapat epidural pun sakit belakang ?
Sewaktu mengandung, perubahan hormon menyebabkan ligamen tulang termasuk ligamen di pelvis menjadi longgar dan memudahkan kecederaan terjadi kepada ibu.. Bayi dan rahim yang membesar boleh menekan saraf-saraf dalam rongga pelvis menyebabkan sakit belakang. Kandungan yang besar dan perubahan hormon juga menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang (lebih melentik; lumbar lordosis) bagi menstabilkan pusat graviti ibu; malah proses tulang belakang untuk kembali ke kedudukan asal selepas bersalin itulah yang menyebabkan sakit belakang.
Sakit belakang antaranya disebabkan postur badan yang tak betul (jalan dan duduk membongkok), kurangnya senaman (tulang belakang jadi keras dan tak fleksibel), otot perut dan belakang (core muscles) yang lemah, cara kerja yang tertumpu kepada satu posisi (duduk lama di pejabat) dan cara mengangkat barang berat yang tak betul. Pendek kata, postur yang salah menyebabkan sakit belakang.
Penggunaan epidural semata-mata bukan punca utama sakit belakang. Betulkan fakta. Jangan dengar cakap cakap orang
Yang menanggung sakit bersalin tu awak. Bukan suami atau makcik bawang yang mengecam penggunaan epidural.
Satu lagi, bukan semua hospital ada servis epidural ini. Kalau ada pun, untuk pesakit tertentu bergantung kepada kakitangan bius yang ada untuk pemantauan. Tanya dulu ok?
Seperkara lagi, sakit memang ler penghapus dosa, tapi sakit nak bersalin ni bukan main-main untuk dicuba-cuba.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita yang menawarkan lebih 100 hidangan tradisional serta program CSR penuh bermakna sepanjang Ramadan.