Masalah susu ibu merudum memang akan membuatkan ibu menyusu susah hati. Ia boleh menganggu kelancaran penyusuan susu ibu.
Jangan risau kerana ada cara untuk ibu memgatasi masalah ini. Antara cara yang boleh dibuat iaitu melakukan teknik power pumping.
Power pumping (PP) merupakan salah satu teknik berkesan untuk meningkatkan kuantiti susu ibu. Teknik ini berfungsi untuk mengosongkan kantung susu dengan kerap di samping memberi isyarat kepada tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Menurut Kaunselor Laktasi, Puan Zatiha Nani Ishak, teknik ini sesuai untuk anda yang ada masalah susu merudum. Namun bagi ibu yang baru sahaja melahirkan bayi, anda perlu mengutamakan penyusuan secara terus terlebih dahulu.
ADA DUA CARA
Ads
Terdapat dua cara untuk anda melakukan PP. Sama ada menggunakan pam elektrik tunggal atau pam elektrik berganda. Jika bekerja anda boleh mengambil masa waktu rehat untuk melakukan PP. Jika berkemampuan, anda boleh menggunakan corong tanpa pegangan (hands free kit) dan melakukan pp sambal bekerja. Lebih mudah
Anda digalakkan untuk menggunakan pam elektrik berganda supaya lebih menjimatkan masa. Diingatkan, teknik PP mesti dilakukan secara konsisten selama tujuh hari untuk menampakkan kesan positifnya. Sehubungan dengan itu, lakukan pada waktu yang sama setiap hari dalam tujuh hari itu. Masa yang sama ini penting untuk otak menyampaikan isyarat kepada hormone prolactin untuk bekerja menghasilkan susu yang lebih banyak.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas melahirkan anak sulung, Raja Urhan pada 8 September yang kini menginjak usia 2 bulan, Uyaina Arshad nampaknya dah kembali aktif bekerja semula.
Terbaru pelakon dan pengacara ini telah membuka sesi soal jawab bersama pengikutnya di ruangan ‘Ask Me Question’ di instagram.
Antara soalan yang diterima oleh Uyaina adalah mengenai perubahan bentuk badannya selepas bersalin anak pertama.
Menurut Uyaina, dia juga sedar tentang perubahan tersebut dan ia juga membuatkan dirinya berasa agak sedih.
“SEdih tapi inilah hakikatnya. Lepas bersalin, bila tengok badan dekat cermin, rasa macam tengah mengandung empat bulan. Sebab perut buncit sangat selepas bersalin,” kongsinya.
Jelas pengacara program Wanita Hari Ini, dia kini sedang berusaha untuk kembali mendapatkan tubuh badan yang ideal.
Bagaimanapun, dia juga faham mengenai kesan-kesan yang akan berlaku selepas bersalin secara pembedahan.
“Sekarang dah dua bulan selepas bersalin. Seksa juga nak turunkan berat badan. Nak kecilkan inci badan balik agak sukar walaupun jaga makan.
“Tapi perlahan-lahan lah terutama sekali sebab saya bersalin secara pembedahan. Beza dengan lahir normal. Tapi tak mengapa. Slowly but surey,” tulisnya.
Sebelum ini Uyaina telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Raja Syahiran pada 21 Disember tahun lalu.
Sedihnya hati ibu melihat bayi yang dilahirkan sempurna terpaksa tanggung derita tulang belakang bengkok akibat jangkitan kuman.
Semuanya kata doktor akibat jangkitan kuman daripada orang tak sihat yang datang melawat dan menciumnya.
Inilah sebabnya ada mak ayah kedekut nak bagi orang cium bayi baru lahir terutama mereka yang tak sihat. Tapi kadangkala sesetengah orang memperlecehkan larangan tersebut.
Tetapi apa yang telah dialami oleh bayi bernama Danish Awisy ini patut dijadikan pengajaran kepada semua ibu bapa yang baru menimang cahayamata.
Seperti yang semua sedia maklum, anak Nurul yang kedua Ahmad Darwisy atau lebih dikenali dengan panggilan Awisy sedang berada dalam proses penyembuhan dari sakitnya.
Awisy dilahirkan pada 8/11/17. Sewaktu dilahirkan alhamdulillah sihat, tiada apa komplikasi kesihatan yang kritikal cuma Awisy mempunyai G6PD dan kuning.
Dan sakitnya kini tiada kaitan lansung dengan G6PD. Kisahnya bermula setelah Awisy keluar dari hospital kali kedua kerana kuning.
Awisy bukan sahaja dinantikan oleh kami anak beranak dan sanak saudara, malah sahabat-sahabat Nurul pun amat teruja ingin melihat dan melawat Awisy.
Siapa yang tahu kisah Nurul dah tentu akan teruja ingin melihat si kecil ini yang sekian lama bukan takat lama, tapi terlalu lama berlayar untuk berjumpa dengan kami itupun tanpa diduga. Alhamdulillah.
Pelawat berganti pelawat dan antaranya tak dikenali kerana mengikut rakan dan ada antaranya yang tidak sihat.
Nurul dah pun pesan terlebih dahulu. Sekiranya tidak sihat, demam batuk dan selesema, usahlah disentuh baby tu.
Tapi ni bukan takat sentuh, tapi di kiss sekali sambil mengatakan “Alah, sikit je ” sambil tertawa sinis.
Selang 3/4 hari, di usia Awisy 28 hari, macam biasalah rutin pagi nak mandikan si Awisy, Nurul perasan lutut belah kanannya membengkak sehinggakan Awisy tidak dapat mengangkat kaki kanannya.
Bila di usik dan di rasa, lututnya berasa amat panas sedangkan di tempat lain biasa saja.
Awisy pun waktu tu menangis sahaja sampai sukar untuk dipujuk. Rupanya dia sedang kesakitan ya amat.
Kesiannya kamu sayangku..
Bila dirujuk ke hospital, maka doktor mengesahkan bahawa Awisy telah mendapat jangkitan kuman dan kuman tersebut telah berkumpul dalam lututnya.
Aduh!! Memang terkejut besar sebab dalam semalaman lutut dia membengkak sampai macam tu sekali.
Maka doktor mengatakan bahawa itu mungkin menjadi salah satu punca kuman tersebut.
Jangkitan kuman itu telah menyerang paru-parunya dan telah berada dalam darah.
Memang sangat-sangat jahat kuman ini Maka, Awisy telah diberi antibiotic dan diberikan oksigen selama 3 minggu, barulah diizinkan untuk pulang setelah doktor mengesahkan bahawa kuman itu telah clear.
So hati-hatilah semua pada ibu-iu yang dalam pantang dalam hari ni.
Kurung anak pun tak pelah. Biarlah sampai dia diberi suntikan imunisasi terlebih dahulu.
Lebih-lebih lagi yang tidak sihat, kalau boleh tidak perlulah lawat baby!
Please!! kasihanilah baby itu. Kuingatkan jangkitan itu hanya disitu dan telah mati kumannya tapi itu hanyalah permulaannya.
Kejadian sebelum ini membuatkan Nurul lebih berhati-hati dan mengkuarantinkan si Awisy selama 2 minggu di rumah tanpa pelawat datang menziarahinya kerana Nurul berkeras tidak mengizinkan mereka datang ke rumah kerana takut pisang berbuah dua kali.
Dan pada hari ke-14, kononnya hari last perintah berkurung dengan tidak semena-mena pada waktu petang si Awisy ku lihat amat sukar untuk menarik nafas hingga menggigil serta merah menyala badannya.
Dan apabila boleh di tarik nafasnya, laju pula hingga berlekok di dada dan perut.
Padehal Awisy sihat pada paginya tidak demam tidak batuk tidak selesema.
Kenapa ni nak? Sambil ku usap kepalanya hatiku seakan kuda berlari kencang di medan perlumbaan. Ku tahan hatiku dan kulajukan kerlipan mataku supaya air mata tidak jatuh.
“Aah,tak de papela..ni sikit je ni, ” bisikku dalam hati.
Mataku melirik ke arah jam di dinding menunggu suamiku pulang dari kerja. Biasanya memang waktu begini dia akan pulang.
Dan kulihat awisy semakin sukar untuk bernafas.. “Allah,kenapa pulak ni nak.. “bergetargetar nada suaraku.
Si along yang melihat keadaanku bertanya..
” Kenapa ibu? kenapa dengan adik bu? “
Aku hanya menggelengkan kepala dan mengatakan tiada apa berlaku, jangan risau.
Sesampai suamiku di rumah terus aku meluru kepadanya
“Kenapa anak ni yang, tengokla! “
Tanpa lengah terus kami bawa ke emergency..
Sesampai saja di sana, terus masuk ke dalam bilik rawatan.
Pada ketika itu, tidak terfikir langsung bahawa ini berkaitan lagi dengan jangkitan kuman kerana doktor telah memaklumkan bahawa kumannya telah clear!
Malam itu juga pada 10/1/18 Awisy warded semula. Pada mulanya kami hanya duduk di katil depan kaunter sahaja, dan bila doktor cek nafasnya, doktor mengatakan bahawa nafas Awisy sudah semakin stabil..
” Syukur ya Allah, maybe esok lusa boleh balik ” kataku pada suami.
Dan aku meminta izin pada misi di situ untuk pulang sebentar untuk mengambil barang.
Dalam perjalanan ke hospital semula, misi membuat panggilan menyuruh kami datang dengan segera.
Sesampai kami di sana, ku lihat ramai doktor mengerumuni Awisy. Nampak kelam kabut sedikit keadaannya. Aku hanya diam seribu bahasa. Tak terucap dengan kata-kata hanya memandang.
Tiba-tiba salah seorang doktor datang kepadaku
Tanpa suara aku hanya mengganguk dan menjawab dengan linangan air mata.
Tadi dah ok kan nak, kenapa sekejapan je awak jadi camni sayang?
Dengan keadaan Awisy yang semakin lemah,malam itu juga dia di masukkan terus ke dalam PICU(wad icu )
Ya Allah,bantulah anak kecilku ini ya Allah..kasihanilah dia ya Allah…
Tak putus doaku panjatkan kepada yang Maha Esa supaya melindungi anak ku dari penyakit merbahaya.
Seminggu menanti keputusan dari doktor untuk mengetahui kenapa dan mengapakah anak ku jadi begitu.
Dan akhirnya doktor memaklumkan bahawa jangkitan kuman berulang kembali..iaitu kuman yang sama!
“Eh,kan doktor kata aritu dah clear?? ” tanyaku kepada doktor.
Tapi jawapan dari doktor adalah ketika itu memang sudah clear kerana telah dibuat sebanyak 3 kali ujian dan semua menunjukkan kuman itu telah clear.
Sedih! amat sedih, dalam jangka masa 2 minggu sahaja kuman itu kembali aktif!
Dan ia menyerang semula paru-paru dan bertenggek dalam darah!
Rawatan demi rawatan dijalankan, darah di ambil setiap minggu, antibiotic diberikan semula pada Awisy.
Pada mulanya hanya perlu 6 minggu sahaja untuk antibiotic kata doktor.
Awisy telah dikuarantinkan dalm bilik ISO. Sepanjang waktu aku perlu memakai apron dan mask even waktu tidur kerana takut aku membawa kuman lain pula kepada babyku.
Dahla bilik macam peti ais beku simpan daging! Gila sejuk duduk dalam tu. Dari sihat boleh jadi sakit duk dalam tu!
Tapi aku tetap bertahan demi si kecil. Hari berganti hari, minggu berganti minggu keadaan Awisy turun naik, kejap ok, kejap tak.
Jadi doktor buat keputusan untuk membuat CT Scan.
Allah, apa lagilah ni..kenapa tak baik-baik lagi ni sayang..lama dah kita kat sini.
Dan result CT Scan amat-amat meremukkan hatiku. Jantungku bagai di tarik keluar dari tempat asalnya.
“Allahuakbar!!ujian apekah ini?”
Tak!!!aku tak percaya!!! Aku tak mau terima!!! Sampai mati pun aku tak percaya!!!!
Ku lihat Awisy, dengan keadaannya yang semakin lemah, apakah aku harus menerima keputusan ini bulat-bulat.
Allah..hatiku menafikannya tapi keadaan Awisy mengiyakan kata-kata doktor.
Kenapa?
Lemahnya badanku tidak berdaya, depan doktor juga aku meluahkan segalanya. Tidak lagi mempunyai rasa malu.
Apa yang aku rasa ketika dan saat itu, di situ juga aku luahkan. Basah!!basah lantai itu dengan airmataku.
Duniaku gelap seketika. Aku ingin bersendiri, sendiri dengan anakku Awisy.
Sampai saatnye aku mengatakan keputusan CT Scan tu hanyalah dusta semata!
No!!! BOHONG SEMUA TU..
Menurut doktor, keputusan CT Scan menunjukkan tulang belakang Awisy telah bengkok.
Kuman juga sudah makan tulang belakang Awisy hingga bengkok. Sekarang ni Awisy dah bersimen separuh badannya.
Ini keadaan masa hari pertama disimen. Sekarang oksigen dan tiub susu sudah dibuka.
Ini gambar terbaru Awisy yang sudah genap usia 5 bulan dengan berat 4.3 kg.
Semoga Awisy diberikan kesembuhan semula dan ibu ayah si comel tabah dengan ujian ini.
Ada segelintir ibu bapa gemar memberikan ubat bontot ataupun nama perubatannya suppository (supp) kepada anak sebaik sahaja mendapati anaknya demam.
Ya, itulah yang dilakukan oleh doktor jika mendapati suhu badan pesakit ciliknya melebihi 39°C. Hal ini kerana ubat bontot atau supp lebih mudah diberikan kepada kanak-kanak berbanding ubat berbentuk sirap.
Sementara itu, sebagai ibu bapa anda perlu tahu cara betul penggunaan ubat supp ini. Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pengetahuannya tentang ubat supp.
Jika anak anda demam dan sukar makan ubat, lazimnya doktor akan berikan ubat supp paracetamol (PCM). Ia sama seperti ubat yang diberi menerusi mulut.
Ubat supp lebih memudahkan terutamanya bagi anak yang kerap termuntah selepas diberi ubat sirap. Malah jika anak dalam keadaan tidur, ubat supp boleh digunakan. Jika suhu badan anak adalah 38°C, anda boleh beri supp PCM.
Anda perlu tahu bahawa jarak pemberian supp dan sirap PCM hendak 4 – 6 jam bagi mengelakkan isu terlebih dos.
Untuk kanak-kanak, dos ubat dikira berdasarkan berat badan. Dalam pada itu, terdapat dua jenis dos ubat supp iaitu 125mg dan 250mg.
Ikuti saranan pemberian ubat supp kepada anak seperti berikut.
Anda diingatkan untuk meneliti dos ubat supp sama ada ia 125mg atau 250mg. Jangan salah beri pula.
1. Seelok-eloknya masukkan ubat supp selepas anak membuang air besar. Namun, ia boleh diberi pada bila-bila masa.
2. Baringkan anak dalam posisi mengiring. Angkat lutut anak ke bahagian dadanya.
3. Buka pembalut ubat supp. Sapukan supp dengan air.
4. Masukkan bahagian ubat supp yang tajam ke dalam dubur dan tolak ia sehingga masuk ke dalam kesemuanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.