Dilema yang selalu ibu bersalin akan hadapi selepas nak masuk kerja adalah risau mengenai penyusuan susu ibu. Alasannya takut anak tak mahu minum melalui botol atau pun pengurusan susu perahan oleh pengasuh.
Ini kerana ada sesetengah pengasuh anggap sukar untuk bayi diberikan susu perahan kerana perlu dipanaskan pada suhu tertentu. Jadi cara mudah mereka akan cadangkan untuk beri sahaja susu formula.
Sebenarnya ada cara yang betul dan mudah untuk mengendalikan susu perahan ini.
Perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Nad Masrom boleh membantu semua ibu.
Susu perahan atau (EBM – expressed breast milk) memerlukan penjagaan yang khusus supaya ia tidak rosak. Selain itu, ia juga perlu dibekalkan dalam bekas khas dan dipanaskan pada suhu tertentu. Masalahnya, sesetengah pengasuh menganggap bahawa ianya melecehkan dan lebih suka jika anak diberi susu formula saja.
Ads
Sebelum saya terangkan cara untuk hantar kepada pengasuh, saya nak revise sikit beberapa terms:
1. EBM – expressed breast milk (susu ibu yang diperah)
2. FRESH EBM – (susu ibu yang baru diperah)
3. FROZEN EBM – (susu ibu yang dibekukan)
4. CHILLED EBM – chilled expressed breast milk (susu yang disimpan di chiller dan tidak dibekukan).
**note update:
Ads
Tempoh hayat susu:
1. FRESH EBM :
Tahan 4 jam di dalam suhu bilik, 8 jam dalam (bilik beraircond) serta tahan 1 jam selepas dipanaskan.
2. CHILLED EBM :
Tahan 5 hari dalam chiller. Lepas 5 hari boleh naikkan ke freezer dan boleh bertahan 3 bulan.
Tahan 1 jam selepas dipanaskan.
JIKA anak dah minum PERLU habiskan dlm masa 1 jam kerana air liur telah bercampur dgn susu.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
**(Nota penting: ‘cleanliness of milk expression technique’ atau langkah-langkah kebersihan yang ibu lakukan selepas sesi perahan seperti; (i) mencuci tangan dengan bersih sebelum mengepam, (ii) mencuci corong selepas setiap sesi perahan dengan menggunakan air sabun suam, (iii) meletakkan EBM dengan segera ke dalam chiller, (iv) memastikan suhu dalam cooler bag sentiasa sejuk). – Sumber: Academy of Breastfeeding Medicine’s Clinical Protocol
3. FROZEN EBM :
Tahan 2 minggu utk peti ais 1 pintu,
Tahan 3 bulan untuk peti ais 2 pintu,
Tahan 6 bulan untuk deep freezer.
Tahan 1 jam selepas dipanaskan dan perlu dibuang selepas 1 jam sama ada sudah diminum atau tidak. Pastikan kuantiti frozen EBM disukat mengikut keperluan anak untuk mengelakkan pembaziran susu dibuang.
Proses penyusuan susu ibu memerlukan komitmen, kesabaran dan disiplin yang tinggi dalam diri seseorang. Bukan mudah nak menyusukan anak apatah lagi jika anak itu anak kembar. Banyak tenaga yang diperlukan untuk menyusukan mereka.
Namun semuanya menjadi indah dan lancar bila adanya penglibatan suami dalam penyusuan susu ibu ini. Percayalah, ‘support system’ yang utama bagi seorang isteri adalah suaminya sendiri. Ikuti bagaimana peranan bapa kepada 6 cahaya mata ini, Ustaz Mohd Yazid Ismail dalam mejayakan penyusuan susu ibu buat isteri tercinta.
Alhamdulillah kesemua 5 orang anak kami menyusu badan hingga lebih 2 tahun. Si Noura anak ke-6 ni masih dalam penyusuan 10 bulan. Proses penyusuan memerlukan sokongan dan kerjasama dari suami.
Orang lelaki kena tahu dan memahami apa yang isteri lalui sepanjang proses penyusuan. Dia memberi makan anak anda DENGAN BADANNYA. Mengorbankan badan sendiri untuk kebaikan anak. Makhluk kecil yang membesar dalam dirinya selama 9 bulan ini masih bergantung kepada isteri untuk semua nutrisi dan pembesaran.
Anak yang baru lahir menyusu setiap 2-3 jam. Dalam tempoh setahun isteri menghabiskan lebih 2000 JAM menyusukan anak. Subhanallah lamanya. Isteri tidak mempunyai banyak masa untuk diri sendiri.
Katakanlah anak mula menyusu pada pukul 10 pagi selama 40 minit. Isteri cuba meletakkan bayi pada pukul 10:45 pagi kemudian terbangun pada pukul 11.15 pagi, anak perlu ditukar lampinnya. Anak akan mahu menyusu semula pada pukul 12 tengah hari. Si ibu mempunyai masa kurang dari satu jam untuk tubuhnya diperlukan semula. Tak sempat nak berehat pun.
Ada lagi keperluan anak-anak yang lain perlu diuruskan, mengemas rumah, masak, lipat baju. Suami jangan fikir isteri malas jika tengok isteri banyak tidur ketika menyusu, kelihatan dia banyak berehat sambil menyusukan bayi anda, berbaring di atas katil dan tertidur. Tetapi sebenarnya dia sangat letih dan tidak menyedari dia tertidur.
Tambah penat dan kelam kabut kalau bayi muntah, jeluak selepas menyusu. Nak selalu dipegang semasa tidur. Lampin bocor. Menangis tak berhenti.
Ketahuilah isteri anda sangat-sangat letih. Penyusuan susu ibu satu pengorbanan dan kerja yang sangat keras. Isteri membakar 650 kalori sehari menyusukan anak. Isteri dah dikira bertuah jika dapat tidur 2 jam tanpa gangguan.
Isteri anda adalah seorang IBU sekarang. Bukan hanya sebagai isteri. Tawarkan untuk memegang bayi semasa dia mandi atau tidur. Sediakan makan malam atau beli sahaja makanan yang dah siap. Jangan mengeluh kalau keadaan rumah bersepah.
Bantulah isteri dalam proses penyusuan anak. Itu aktiviti mencipta kebahagiaan💖 Bagilah hadiah sebagai upah menyusu.
SUAMI AMBIL CUTI SETAHUN SEBAB MENYUSU (TAHUN 2013)
Setahun saya cuti dari mengajar. Ramai orang tanya kenapa cuti lama sangat? Saya jawab “MENYUSU”.
Memang ada yang pandang sinis dan fikir bukan-bukan bila dengar jawapan tu.. tapi sy senyum je. Mereka tak tahu keadaan sebenar. Banyak dugaan yang dilalui untuk sempurnakan 2 tahun penyusuan ni.
Anak kembar kami dilahirkan pramatang, Dhia 2.07kg dan Fina 1.73kg. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pembedahan dilakukan secara emergency.
Tapi Fina kena tahan di NICU selama 3 minggu sebab tak cukup berat. Hari-hari saya ulang alik dari Cheras ke hospital Putrajaya 2x kali sehari untuk melawat Fina dan hantar susu EBM.
Nasib baik kerja saya sebagai unit trust consultant Public Mutual tak macam orang kerja ofis 9am-5pm, jadi saya banyak masa untuk bersama Fina. Saya batalkan banyak apoimen dengan klien.
Walaupun masih sakit isteri saya, Dyana tetap berusaha keras untuk menyusu Dhia dan dalam masa yg sama pump susu utk dihantar ke hospital. Susah macam mana pun dia bertekad untuk full breasfeed anak kembar kami.
Makin lama makin berat dugaan sebab twin dah mula minum susu banyak dan kadang2 macam tak cukup susu tapi Dyana selalu ulang cakap “tak ape..susu cukup.Kalau kembar 4 pun Allah akan buat susu cukup”.
Paling kritikal masa twin berumur lebih kurang 3 bulan Dyana diserang demam panas, susu merudum dan twin meragam, nangis je memanjang..mama twin join sekali nangis.
Cuba bayangkan dua baby umur 3 bulan menangis lama serentak tambah pula baby yang umur 300bulan nangis sama2 (baby 300bulan tu nangis sambil menyandar kat dinding). Huwaa..sedih pilu merobek jiwa saya tengok.
Pastu saya cuba bertindak rasional pergi beli susu FM utk bagi kat twin supaya Dyana boleh rehat hingga sutuasi kembali tenang tapi dia macam merajuk marah saya beli FM katanya saya macam tak support dia full breastfeed, padahal dah banyak saya berkorban utk menjayakan misi breastfeed ni, belikan pump yg terbaik, deepfreezer, alatan storage, carikan maklumat dll.
Susu fm tu Dyana buang. Dia pegang prinsip -demand and supply- lagi banyak baby demand nak minum lagi banyak susu akan berjaya disupply.
Bila twin dah mula tumbuh gigi maka lagi kuat dugaan, dua2 gigit mama masa menyusu sampai berdarah2 tapi mama tetap bersabar dan tabah menghadapi kesakitan yang sangat dasyat tu. Sampai kalau sakit sangat mama mengadu pd Allah betapa peritnya kesakitan yg sedang dia alami sambil nangis2.
Ya Allah berat mata memandang berat lagi yang memikul. Demi kebaikan Dhia dan fina mama sanggup hadapi semua tu.
Banyak kali mama menangis masa menyusu sebab tahan sakit luka yang agak dalam. Abah dah tak tahan tengok keluar ke bilik sebelah lap air mata sambil fikir nak seludup masuk rumah susu fm dan simpan di stor, bagi kat twin senyap2 untuk ringankan beban mama. Tapi tak jadi, takut kantoi nanti mama merajuk lagi susah abah.
Tidur malam memang tak cukup, tiap2 jam twin bangun bergilir2 kadang2 berjemaah nangis nak susu. Saya tak boleh nak tolong sebab saya takda susu so bangun buat2 tolong je lah.
Pagi dan petang pula mama berusaha mengepam utk buat stock. Memang kagum saya tengok disiplinnya dalam bab ni. Alhamdulillah berjaya kumpul stock sampai hampir penuh deep freez..prinsip -demand supply- berkesan.
Tapi sedih, dengan buat semua ni Dyana hilang banyak peratus keisterian dan peratusan keibuan naik mendadak, maka saya pun kena kurangkan kesuamian dan jadi lebih keBAPAan berbanding sebelum ni 😉
Berbalik cerita pasal cuti setahun tu, saya mengajar Bahasa Arab Alquran di masjid di Puchong dan Bangi setiap malam Isnin dan Rabu.
Saya cutikan dua-dua kelas ni sebab pada satu malam masa saya di Puchong Dyana hntar sms bagitahu dia tak sempat nak solat magrib, masa tu dah nak masuk isyak. Dia cakap sedih sebab dah banyak kali hampir tak sempat solat maghrib, suami sepatutnya jaga ibadah isteri.
Twin masa tu umur 8bulan buat perangai minum susu ebm sikit je kat nursery, dua2 tunggu mama datang ambil lepas habis kerja baru nak qada minum susu direct banyak2.. jadi lepas sampai rumah dekat-dekat nak magrib dua-dua berebut menyusu lama..gilir-gilir hingga nak masuk isyak.
Sampai sekarang sama je perangai minum sikit je kat nursery. Masa twin nyusu saya kena jaga seorang twin, kalau tak diorg menangis (kadang-kadang termasuk mamanya join sekali).
Walaupun saya sangat2 suka mengajar Arab tapi saya terpaksa cuti bermula Julai 2012 hingga twin habis menyusu 2tahun. Kalau tak.. niat nak buat pahala mengajar agama tapi dpt dosa sbb abaikan ibadah isteri di rumah. Insyaallah bulan 10 ni lepas twin cukup 2tahun kelas akan diadakan semula.
Jika ada orang tanya lagi “kenapa lama sangat ustaz cutikan kelas Arab tu?” saya akan jawab “sebab menyusu” ikutlah diorang nak fikir apa pun saya tak kesah
-ni gambar Dhia dan Fina. Semoga menjadi anak-anak yang solehah. Terima kasih isteri tercinta Widyana Ali kerana sanggup bersusah payah untuk bagi yang terbaik pada anak-anak.
Isteri yang bekerja mahupun suri rumah cepat merasa penat dan tertekan dalam menguruskan rumah tangga dan kerja harian. Kadang-kadang isteri stress dan hanya memerlukan seseorang untuk memahami mereka. Cukup sekadar dapat meluahkan.
Semalam saya nampak wajah isteri saya redup dan lesu..
Rasa tak sedap hati. Terus saya tanya direct pada si dia ” sayang ada apa apa nak luah kat abang? Sayang luah je. Abang sedia dengar “
Tiba-tiba je selambak air matanya berhamburan keluar. Mengalir deras di kedua kelopak matanya.
” Nabila penat je bang “
Saya pun apa lagi. Tiba tiba je jadi Profesor serba tahu. Mencadangkan berbagai jenis solusi untuk hilangkan kepenatan isteri saya.
Yelah, isteri saya kan doktor. Nampak je macam pegang stetoskop tak buat apa apa tapi dengan beratus pesakit setiap hari memang membuatkan dia kelelahan.
” Abang. Nabila tak perlu tu semua. Abang mendengar pun dah cukup dah. Terima kasih abang ” Perlahan lahan wajahnya nampak berseri dan tenang. Seolah semua kepenatan tu hilang!
Allah. Saya tersentak dan sebak! Air mata saya pula nak bergenang. Rupanya selama ni dia tunggu saya bertanya je!
Inilah isteri kita semua. Dia nak kita sensitif dengan dia punya emosi. Dia nak kita tanyakan kepenatan dan keserabutan yang dia hadapi di rumah setiap hari.
Tanya!
Itu kuncinya! Yang mana selama ni tak pernah bertanya pada isteri, tanyalah hari ni! Tak perlu banyak. Cukup tanya soalan ni je ” Sayang, ada benda tak sayang nak luah kat abang? Abang sedia nak dengar apa yang sayang pendam “
InsyaAllah keesokan harinya, hubungan anda akan tiba tiba segar dan mekar kembali. Cubalah sendiri
Sumber: Taufiq Razif Siap sedia menadah telinga Untuk orang yang dia cinta
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun kes COVID-19 semakin berkurangan, kita bertanggungjawab untuk memastikan setiap saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diikuti. Bukan mudah untuk memerangi wabak hebat ini sepenuhnya, jadi kita tidak boleh leka.
Dipetik dari laman Facebook rasmi KKM, mereka menyeru agar ibu bapa lebih peka dan tidak membawa anak-anak kecil ke tempat awam.
Boleh bawa anak kecil ke tempat awam atau tempat ramai orang? Ibu bapa boleh dikompaun?
Tapi bersedialah menanggung risiko. Kita belum selamat daripada ancaman virus baharu, COVID-19. Jika berlaku perkara buruk, anda juga yang dalam kesusahan. Jangan salahkan orang lain. Salah diri sendiri sebab tidak menjadi ibu bapa/penjaga yang bertanggungjawab.
Mungkin kenyataan ini agak berterus terang dan kasar, tapi ia kenyataan.
Ibu bapa/penjaga tahu anak-anak kecil dan warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19. Bukan setakat nasihat, malah KKM pernah merayu ibu bapa/penjaga jangan bawa keluar mereka ini.
Kita sebagai orang dewasa pun dinasihatkan elak tempat orang ramai dan kena patuh SOP. Inikan pula anak kecil yang tidak boleh lindungi diri sendiri.
Alah admin ni, kecoh pulak. Bukan ada kes kanak-kanak meninggal sebab COVID-19 kat Malaysia ni.
Memang betul. Satu sebabnya kerana penguatkuasaan ketat pasukan keselamatan negara khususnya PDRM yang membuat pemantauan dan rondaan setiap masa sejak awal PKP hingga hari terakhir PKPB. Itu pun masih ada ibu bapa yang ‘gedebe’ ingkar arahan.
Tapi kita nak tunggu ada kematian baru kita ikut nasihat?
Tunggulah sehingga negara kita betul-betul selamat dan semua orang jadikan normal baharu sebagai cara hidup.
Lindungi anak-anak kita dan ikutlah nasihat kerajaan. Ia untuk kebaikan bukan menyusahkan.
Ini bukan marah tapi nasihat…
Sekiranya terpaksa bawa anak keluar rumah, kena ambil langkah berjaga-jaga. Pastikan anda bawa bersama hand sanitizer, mudah untuk bersihkan tangan sekiranya tiada air.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.