sumber gambar: freepik

Sudah ramai ibu yang semakin peka tentang kebaikan susu kambing kepada anak-anak. Selain kaya dengan pelbagai nutrisi, susu kambing juga mempunyai kebaikan tersendiri berbanding susu lembu.

Selain mempunyai kalsium yang tinggi, pengambilan susu kambing secara berterusan juga mampu membantu mencegah pereputan tulang atau osteoporosis. Ia juga mengekalkan protein dan asid amino yang diperlukan tubuh.

Berikut antara khasiat susu kambing yang baik untuk si kecil anda:

  1. Menguatkan tulang

Susu kambing mempunyai jumlah kalsium yang tinggi. 1 cawan susu kambing membekalkan sebanyak 220mg kalsium. Susu kambing juga kaya dengan Vitamin D, iaitu sebuah nutrien yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh, dan seterusnya membantu menguatkan tulang.

  1. Sistem Imun Kuat

Susu kambing dapat membina sistem imun yang kuat. Kaya dengan khasiat nutrisi seperti nukleotida, asid sialik dan vitamin C dan E. Susu kambing juga dapat membantu si kecil anda sihat dan menjalani waktu kecil mereka dengan gembira.

  1. Kandungan Nutrisi Semula Jadi Yang Tinggi

Kandungan nutrisi semula jadi yang tinggi dalam susu kambing tidak memerlukan proses yang banyak untuk menghasilkannya. Dengan nutrisi semula jadi juga membuatkan susu kambing mudah dicerna.

  1. Mudah Untuk Dihadam

Kehadiran ‘fat globules’ yang kecil dalam susu kambing, menyebabkan susu kambing mudah untuk dihadam. Asid lemak yang terkandung di dalam susu kambing hanya 1/3 daripada susu lembu. Oleh kerana itu, ia senang untuk dihadam dan mengurangkan risiko untuk anak mendapat sembelit. Protein yang terkandung dalam susu kambing juga lebih mudah untuk dileraikan, dihadam dan menyerap pada tubuh manusia.

Susu Kambing Kaya Nutrisi, Baik Untuk Kesihatan Si Kecil

  1. Meningkatkan Kesihatan Otak

Kajian menunjukkan kehadiran lipid MFGM semula jadi. Susu kambing juga mempunyai DHA, AA dan taurina yang membantu perkembangan otak

IKLAN

Karihome Formula Susu Kambing No. 1 Di Malaysia

Susu Kambing Kaya Nutrisi, Baik Untuk Kesihatan Si Kecil

Justeru itu dengan kebaikan yang terkandung di dalam susu kambing, pemilihan susu kambing Karihome adalah pilihan terbaik ibu dan ayah untuk si kecil anda.

Susu Kambing Karihome merupakan formula susu kambing No.1 di Malaysia. Ia merupakan susu kambing pertama di Malaysia yang mengandungi formula kanak-kanak pelbagai jenis. Selain itu susu kambing Karihome juga merupakan susu yang diluluskan oleh organisasi kesihatan terkemuka seperti CODEX dan KKM.

Karihome adalah satu-satunya formula susu kambing di Malaysia yang mengandungi ujian klinikal untuk membuktikan bahawa susu kambing dapat menyokong kenaikan berat badan dan pertumbuhan anak-anak. Ia terbukti secara klinikal SELAMAT untuk diminum oleh kanak-kanak dan dapat menyokong pertumbuhan.

IKLAN

Antara khasiat yang terkandung dalam susu kambing Karihome:

  1. Mengandungi 13 vitamin dan 12 mineral yang dapat memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak.
  2. Mempunyai kalsium semula jadi
  3. Mengandungi asid lemak semula jadi dan bermanfaat seperti (asid linoleik konjugat) CLA yang sangat penting untuk pertumbuhan anak-anak.

Susu Kambing Kaya Nutrisi, Baik Untuk Kesihatan Si Kecil

Bukan sahaja mengandungi khasiat lengkap untuk si kecil anda, Karihome juga adalah produk yang diimport sepenuhnya dari New Zealand.

Apa yang membezakan Karihome daripada susu kambing formula yang lain adalah sumber susu kambing yang segar daripada ladang sendiri. Lokasi ladang yang berdekatan dengan kemudahan pembuatan dan pembungkusan memberikan kelebihan untuk memelihara kesegaran susu.

Susu yang segar merupakan kunci utama kenapa susu kambing Karihome mengandungi nutrisi semula jadi yang tinggi!

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI