Peranan seorang ibu dan juga tugas sebagai seorang atlet ternyata bukan satu perkara yang mudah. Meskipun sedang bertarung dalam sebuah perlawanan bola tampar untuk pasukan, seorang ibu tetap menjalankan tanggungjawab terhadap anak yang masih menyusu meskipun hanya mempunyai sedikit masa untuk berbuat demikian.
Tular baru-baru ini gambar seorang pemain pasukan bola tampar dari Mizoram menyusukan bayinya ketika permainan direhatkan untuk separuh masa pertama mendapat perhatian warga net.
Lalventluangi, merupakan salah seorang ahli pasukan bola tampar Tuikum dilihat menyusukan bayinya setelah perlawanan separuh masa pertama acara sukan negeri Mizoram 2019.
Foto itu dimuat naik di Facebook Ninglun Hanghal ketika hari pertama acara itu berlangsung di Aizawl.
Ads
“Pemain sempat mencuri masa ketika berehat untuk menyusukan bayinya berusia 7 bulan,” katanya.
Dapat perhatian Menteri Mizoram
Menurutnya, foto itu tular di laman sosial dan rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pemain itu kerana sikap dedikasinya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan seorang pemain negeri.
Ads
Kata Hanghal, foto Lalventluangi menyusukan bayinya juga mendapat perhatian menteri sukan negeri dan menyampaikan sumbangan 10,000 Rupee (RM587).
Menteri Sukan Mizoram, Robert Romawia Royte memberi sumbangan itu sebagai tanda penghargaan di atas kegigihan pemain membahagikan masa untuk bersukan dan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Ads
Difahamkan, sukan negeri Mizoram 2019 diadakan bermula 9 hingga 13 Disember dan bandar Aizawl sebagai tuan rumah.
Kasih ibu memang sampai syurga, tengoklah walaupun tengah ada perlawanan, Lalventluangi tetap jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Perkara sebegini sememangnya harus dipuji!
Cantik persis ibu! Itulah yang boleh dikatakan mengenai Engku Aleesya, anak tunggal pelakon, Erra Fazira yang kini sudah pun menginjak usia remaja.
Menerusi satu perkongsian akaun Tik Tok, kemunculan anak kesayangan Erra Fazira yang cantik dan tersenyum malu bila dirakam wajahnya.
Lebih mencuri tumpuan, Aleesya yang kini berusia 14 tahun itu tidak mengenakan sebarang solekan pada wajahnya sekaligus mempamerkan kejelitaan semula jadi seperti ibunya.
Tampil ringkas dengan hanya berseluar denim dan top putih, gaya Aleesya menyerlahkan lagi keremajaannya. Ringkas tapi cantik.
Rata-rata warganet menyatakan kecantikan yang dimiliki Aleesya diwarisi dari kecantikan asli ibunya yang menjadi idaman ramai suatu ketika dahulu.
Syawal kali ini mungkin tidak seperti tahun-tahun terdahulu. Maklum sahaja negara malah dunia sedang bertarung dengan virus pandemik Covid-19. Namun itu tidak menghalang rakyat untuk menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa dengan meriah dan tersendiri. Walaupun digalakkan hanya beraya di rumah bersama keluarga terdekat, itu semua bukan halangan untuk orang ramai bergaya cantik dan sedondon bersama keluarga tercinta.
Tidak terkecuali selebriti-selebriti tanah air yang masing-masing berkongsi foto raya bersama keluarga tercinta dengan pakaian yang cantik dan sedondon di hari raya yang mulia.
Ternyata PKPB bukanlah penghalang untuk kita menyambutnya dengan gembira sempena Syawal ini.
Pa&Ma kongsikan foto-foto selebriti bersama anak-anak mereka yang comel yang dikongsikan di laman Instagram sempena 1 Syawal yang disambut semalam. Semuanya meriah dengan warna baju yang sedondon dengan rekaan baju yang tidak kurang hebatnya citarasa masing-masing. Enjoy!
Penyanyi, Shila Amzah dan suaminya, Ubai dipuji ramai kerana dilihat cukup positif bila mana anak pertama Shila disahkan oleh doktor menghidap autisme tahap satu.
Menerusi Instagramnya, Shila memuat naik satu video selepas doktor mengesahkan masalah yang dihadapi anak sulungnya, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.
Shila meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dapat merancang proses seterusnya bagi mendidik serta memastikan anaknya mendapat terapi yang sebaiknya.
“Alhamdulillah, doakan yang kedepan untuk @sethuwais dan keluarga kami ❤️,” tulisnya menerusi kapsyen.
Tambah Shila lagi, dia pada awalnya sememangnya sudah menjangkakan anaknya mengalami masalah autism atau ADHD.
“Dia berada di tahap satu untuk autisme dan doktor cadangkan supaya kami meneruskan terapi buat Seth.
“Seth sekarang sedang menjalani terapi ABA dan boleh meneruskan persekolahan di mana-mana sekolah yang menerima anak autism.
“Bila dah confirm senanglah nak rancang cara dan terapi bagaimana untuk Seth.
“Doakan semoga Seth membesar dengan baik, belajar dengan baik dan doakan kami juga untuk mendidik Seth dengan baik,” tambah Shila lagi.
Menerusi video yang dikongsikan, baik Shila mahupun Ubai, keduanya dilihat cukup positif menerima keputusan doktor malah turut sama menerima tindakbalas yang baik daripada anak Shila sendiri, Seth.
Tidak hairanlah Shila dipuji ramai malah wargamaya turut mendoakan agar kesihatan Seth dan perjalanan terapinya bertambah baik dari semasa ke semasa.