Dalam dunia serba pantas hari ini, tidak ramai pengusaha taska sanggup turun sendiri ke dapur, memasak makanan dari awal hingga siap untuk anak-anak jagaan mereka. Kebanyakan pusat jagaan memilih makanan siap atau proses atas faktor masa dan tenaga.
Namun, berbeza kisahnya dengan seorang owner taska masak sendiri untuk anak-anak di bawah jagaannya di Bangi ini, yang mencuri perhatian ramai ibu bapa apabila mendedahkan bahawa semua makanan yang disajikan kepada anak-anak di taskanya adalah hasil air tangan sendiri.
Perkongsian tersebut tular di laman Threads dan menerima pelbagai reaksi positif daripada ibu bapa yang mengakui soal pemakanan anak di taska sering menjadi kebimbangan utama mereka, terutamanya dalam memastikan makanan yang diberi adalah selamat dan berkhasiat.
Di Taska Si Comel Bunda yang terletak di Pangsapuri Putra Impian Blok CD & E, Bandar Seri Putra, pemiliknya bukan sekadar menguruskan operasi harian. Malah, beliaulah individu yang menyediakan sendiri makanan pagi dan tengah hari untuk anak-anak taska setiap hari.
Apa yang benar-benar membuatkan ibu bapa rasa lega, menu di taska ini tidak diulang-ulang dan langsung tidak melibatkan makanan proses. Setiap hari, anak-anak disajikan menu berbeza yang dirancang dengan teliti bagi memastikan keperluan nutrisi mereka terjaga seiring dengan usia dan perkembangan fizikal mereka.
Jika menu ayam kisar disediakan, isi ayam segar digunakan dan dikisar sendiri, bukan ayam segera atau diproses. Sayur pula menjadi menu wajib setiap hari, manakala buah-buahan segar ditukar ganti seperti epal, tembikai, pisang atau oren.
Pendek kata, pendekatan owner taska masak sendiri ini memastikan setiap hidangan yang masuk ke perut anak-anak adalah segar, bersih dan bebas bahan tambahan yang meragukan.
Menariknya, walaupun terdapat makanan tambahan seperti fishball yang disediakan untuk guru, anak-anak taska tidak dibenarkan menikmati makanan tersebut. Perkara ini telah dimaklumkan lebih awal kepada para pendidik sebagai langkah menjaga pemakanan kanak-kanak secara konsisten.
Prinsip yang dipegang oleh pemilik taska ini jelas, apa sahaja yang masuk ke perut anak-anak mestilah bersih, sihat dan berkhasiat. Tiada kompromi walaupun makanan itu nampak ringkas atau mudah disediakan.
Pendirian tegas ini menunjukkan bahawa owner taska masak sendiri bukan sekadar trend, tetapi satu komitmen jangka panjang dalam membentuk tabiat pemakanan sihat sejak kecil.
Setiap kali selesai menyediakan hidangan, pemilik taska ini akan mengemas kini menu harian kepada ibu bapa, memaklumkan apa yang telah dimakan oleh anak mereka pada hari tersebut.
Ketelusan ini memberi ketenangan kepada ibu bapa kerana mereka tahu apa yang masuk ke dalam tubuh anak-anak sepanjang berada di taska.
Luahan ikhlas pemilik taska ini turut menyentuh hati ramai:
“MasyaAllah… bila baca reply parent, saya rasa lega. Amanah yang Allah izinkan ini, saya akan cuba jaga sebaik mungkin.”
Rata-rata netizen yang membaca perkongsian ini turut memuji usaha pemilik taska tersebut, malah ada yang berseloroh ingin menikmati menu taska walaupun sudah dewasa.
Kisah Taska Si Comel Bunda ini mengingatkan kita bahawa taska bukan sekadar tempat menghantar anak ketika ibu bapa bekerja. Ia adalah ruang amanah yang besar, melibatkan kesihatan, emosi dan tumbesaran anak-anak kecil.
Apabila owner taska masak sendiri dengan niat dan kasih sayang, ia bukan lagi sekadar perniagaan, tetapi satu tanggungjawab yang dipikul dengan penuh keikhlasan dan kesedaran.
Usaha sebegini juga secara tidak langsung mendidik anak-anak tentang kepentingan makanan sihat sejak kecil, sekali gus membantu membentuk generasi yang lebih sihat dan peka terhadap pemakanan.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pengusaha taska dan juga ibu bapa, bahawa penjagaan anak yang berkualiti dan penuh kasih sayang bermula dari dapur yang ikhlas.
BACA LAGI : “Kalau Alergik, Tercekik” Ibu Minta Hentikan Budaya Bagi Goodies Makanan Di Taska!
Sumber: Threads @nurttnv
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!