Sebuah insiden ngeri melibatkan sebuah bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berlaku pagi Isnin di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) apabila bas tersebut merempuh belakang Perodua Alza yang dipandu oleh seorang guru Pendidikan Islam, Mohd Lutfi Radzi, 37 tahun.
Isteri Patah 5 Tulang Rusuk, Anak Tercampak
Akibat rempuhan itu, isteri beliau Nurul Ain Zakaria, 35 tahun, mengalami patah lima tulang rusuk, manakala anak mereka yang berusia 6 tahun cedera di lutut. Lebih menyayat hati, anak bongsu mereka berumur dua tahun tercampak keluar dari kenderaan akibat impak kuat kemalangan.
Sumber foto: Sinar Harian
Pemandu Alza Cedera Ringan
Mohd Lutfi yang memandu Alza dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan, dan semua ahli keluarganya kini sedang menerima rawatan di Hospital Baling.
Ads
Bas Dipandu Laju, Hilang Kawalan
Siasatan awal mendapati bas yang membawa pelajar UPSI dari Terengganu ke Tanjung Malim dipercayai dipandu laju dan hilang kawalan, lalu melanggar belakang Alza sebelum terbabas ke pembahagi jalan.
Ads
15 Pelajar UPSI Maut, 27 Lagi Cedera
Kemalangan tersebut turut mengorbankan 15 pelajar UPSI, manakala 27 yang lain cedera dan sedang dirawat di Hospital Gerik. Pemandu dan kelindan bas juga dilaporkan mengalami kecederaan.
Kurma bukan sekadar makanan sunnah, tapi juga sumber tenaga semula jadi yang kaya dengan khasiat. Dengan kandungan gula semula jadi yang tinggi, ia membantu mengembalikan tenaga selepas seharian berpuasa. Tak hairanlah kurma menjadi pilihan utama untuk berbuka sejak zaman dahulu lagi!
Kekurangan cecair badan dan nutrisi boleh mengganggu sistem pencernaan sepanjang puasa. Jadi, anda boleh menemui serat tidak larut dan larut daripada kurma bergantung pada jenis kurma yang anda makan. Jenis serat ini membantu mengekalkan pergerakan usus biasa yang membawa kepada sistem pencernaan yang sihat. Selain itu, terdapat juga asid amino untuk menyokong kesihatan saluran pencernaan. Keadaan ini menghalang usus anda dari kanser dan gangguan lain seperti sembelit.
Menguatkan tulang
Buah coklat gelap ini kaya dengan pelbagai jenis mineral yang diperlukan tulang seperti mangan, magnesium, selenium dan tembaga (copper). Anda memerlukannya untuk memastikan tulang sihat dan mencegah masalah berkaitan tulang seperti osteoporosis. Seperti penuaan, tulang anda lebih lemah jadi anda perlu memastikannya kuat dengan memakan makanan yang sesuai.
Mengatasi letih dan lesu
Rasa letih dan lesu sepanjang Ramadan adalah perkara biasa kerana badan tidak menerima apa-apa makanan pada waktu siang. Jadi keadaan ini boleh diatasi dengan meminum jus kurma. Ini kerana buah kurma mengandungi zat besi yang dapat membantu menguatkan tubuh dan membuatkan tubuh lebih bertenaga. Zat besi juga bagus dalam penghasilan sel darah merah yang boleh mengatasi anemia.
Resepi jus kurma
Bahan-bahan yang diperlukan:
½ kotak susu segar
10 biji kurma tanpa biji
1 cawan air panas
1 sudu madu/gula
Beberapa ketulan ais
Cara-cara membuat jus kurma
Langkah mudah membuat jus kurma:
Rendam kurma yang dibuang biji di dalam secawan air panas selama 15 minit
Kisar kurma bersama air tadi. Masukkan madu/gula dan ais. Masukkan susu segar dan kisar hingga sebati. Jus kurma sesuai diminum ketika berbuka puasa dan bersahur untuk anda kekal cergas dan bertenaga sepanjang Ramadan.
Sudahlah dibedah ketika melahirkan anak, kini ibu yang berstatus PUI ini terpaksa di bawa ke bilik isolasi seorang diri dan berpantang sendirian tanpa suami. Situasi yang tidak mampu dibayangkan oleh kita sebagai wanita yang pernah melahirkan anak. Terasa sukar tanpa bantuan suami di sini.
Lebih sayu lagi bila mana bayi yang baru dilahirkan terpaksa dipisahkan pula daripada ibunya demi mengelakkan sebarang risiko jangkitan Covid 19. Melalui perkongsian Dr Redza Zainol di facebooknya mengenai perjalanan pembedahan tersebut benar-benar meruntun jiwa.
Sedih dan sayu mendengar rayuan si ibu yang mahu melihat anaknya sebelum di bawa pergi. Sebuah kekuatan yang amat diperlukan ketika berdepan dengan situasi sebegini. Malah semua warganet mendoakan agar ibu dan bayi diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan semua urusan mereka.
“Anak saya macam mana doktor?”
”Saya nak tengok anak saya,” rayu ibu tu.
Kami tunjukkan bayi tu sekejap sebelum terus dimasukkan dalam inkubator dan ditolak pantas keluar dari bilik pembedahan.
20 orang staf terajui pembedahan
Petang tu saya dihubungi oleh doktor pakar saya.
“Redza, kita ada seorang ibu 29 tahun mengandung bayi 40 minggu.
Pasukan O&G nak caesar petang ni juga sebab ibu ni ialah PUI (Person Under Investigation) untuk Covid-19. Kes ni kes besar. Saya nak you standby dalam bilik pembedahan.”
Ibu muda ni dah 5 hari demam dan batuk. Jiran sebelah rumah dia pula positif Covid-19. Jujurnya, saya tak rasa risau. Doktor pakar saya hari tu pun tenang saja.
Pusat saringan Covid-19 dan tempat pembedahan untuk ibu bersalin sengaja diletak jauh dari blok utama hospital. Biar jauh dari orang ramai dan staf kesihatan yang tak berkaitan.
Sambil saya berjalan kaki ke sana, saya ingat semula setiap langkah yang perlu dibuat. Dah berhari-hari kami berlatih untuk terima kes yang serius begini. Dan sebenarnya, ini kali pertama pasukan doktor O&G akan buat pembedahan pada ibu yang berstatus PUI. Saya sebagai doktor kanak-kanak pula bersedia untuk sebarang kemungkinan bila bayi tu keluar nanti. Dah rezeki saya.
Di bilik pembedahan, pasukan pakar bedah O&G, pasukan pakar bius dan pasukan pakar kanak-kanak sampai serentak. Sampaikan ketua jabatan pun sama turun padang. Saya saksikan sendiri hampir 20 orang staf masuk ke ruang pembedahan. Betapa teraturnya keadaan tu.
Masing-masing sibuk memakai pakaian penuh PPE. Staf semua saling membantu supaya proses berjalan pantas. Bilik bedah tu sebenarnya bilik bedah untuk kes-kes kecil tapi dinaiktaraf supaya pembedahan untuk ibu PUI atau positif Covid-19 boleh dibuat.
Bila ibu tu sampai, sayu hati saya. Sudahlah tengah sakit, kena pakai mask N95 pula. Dalam diam saya doakan moga ibu ni terus kuat. Syukur Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan bayi yang keluar tu terus menangis elok.
Dua ambulance sudah sedia menanti
“Puan, kami bawa anak ke wad bayi dulu.”
2 ambulans di luar dah bersedia. Satu untuk bayi. Satu lagi untuk ibu. Transmisi jangkitan Covid-19 dari ibu yang mengandung pada bayi sangat rendah, tapi kami tak nak ambil risiko tu. Berat juga hati nak pisahkan ibu dan anak tapi itulah yang terbaik buat masa tu.
Biarlah kami yang jaga bayi tu sementara ibunya dihantar semula ke bilik isolasi.
Deritanya menjadi ibu berstatus PUI ni, hanya Allah yang tahu. Sudah lah dibedah, kemudian masuk pula ke bilik isolasi seorang diri. Tak ada tangan suami yang mengenggam tangan isteri. Yang ada hanyalah sebuah kesunyian.
Saya dan staf kesihatan lain hanya buat apa yang kami mampu. Yang lain, saya serahkan pada Allah. Moga kalian sama-sama doakan kesihatan ibu dan anak ni.
Kredit: Redza Zainol
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran anak yang disambut pada tempoh PKP ini pastinya menggusarkan ibu bapa kerana masalah untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pun begitu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi pastinya membuatkan ibu bapa merasa lega.
Dalam sidang media harian yang diadakan sebentar tadi, beliau memaklumkan bahawa tempoh mendaftar kelahiran anak dan kematian bakal dilanjutkan sehingga 90 hari selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.
Bukan itu sahaja malah katanya lagi, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan lanjutan itu, sekali gus penalti yang seharusnya dikenakan akan turut dimansuhkan.
“Bagi rakyat yang berada di luar negara, mereka diberi tempoh sehingga 90 hari selepas tamat tempoh PKP di negara berkaitan untuk membuat pendaftaran melalui pejabat kedutaan.
“Ini akan menyelesaikan masalah pendaftaran kematian dan kelahiran,” katanya ketika sidang media di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Berdasarkan maklumat dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan pendaftaran kelahiran biasa di Malaysia hendaklah dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran bagi Semenanjung, manakala bagi Sabah dan Sarawak dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran.
Bagi kes kematian, salinan daftar kematian atau permit mengubur berwarna kelabu perlu diserah kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran dalam masa tujuh hari bekerja bagi Semenanjung.
Bagi Sabah dan Sarawak, permohonan pendaftaran kematian biasa di kedua-dua negeri berkenaan hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam dari tarikh kematian.
Dalam pada itu, bagi mengehadkan pergerakan sepanjang PKP ini, beliau juga turut memaklumkan bahawa operasi mesin ATM akan mula dihadkan bermula jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja bagi mengelakkan orang ramai memberikan alasan keluar hingga lewat malam untuk mengeluarkan wang.
Terus kekal di rumah dan gunakan peluang yang ada untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama keluarga.
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.