Di sebalik glamor dunia seni dan cabaran alam keibubapaan, siapa sangka wanita bernama Syasya Rizal ini mampu membuktikan sesuatu yang luar biasa.
Bekas anggota kumpulan DOLLA yang pernah menggegarkan industri hiburan tanah air ini kini melakar kejayaan peribadi yang membanggakan sebagai seorang ibu muda dan pelajar cemerlang.
Dengan penuh semangat dan dedikasi, Syasya berjaya menamatkan pengajiannya semester ini dengan keputusan CGPA 3.40. Bukan calang-calang pencapaian, lebih-lebih lagi bila ianya datang dari seorang ibu muda yang pernah mencuri perhatian ramai di pentas hiburan!
Ads
Difahamkan penyanyi berusia 25 tahun itu sedang melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Psikologi.
Syasya Rizal Raih CGPA 3.40
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Syasya atau nama lengkapnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, berkongsi CGPA (Cumulative Grade Point Average) yang diperoleh iaitu 3.40, manakala bagi GPA (Grade Point Average) pula sebanyak 3.84.
Ads
Difahamkan penyanyi berusia 25 tahun itu sedang melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Psikologi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan pencapaian yang diperoleh pelantun lagu Raya Pum Pang itu dan menyifatkannya sebagai seorang wanita yang bijak.
Kisah Syasya Rizal membuktikan bahawa status sebagai ibu muda atau bekas selebriti bukanlah penghalang untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.
Beliau menjadi contoh bahawa wanita mampu bangkit dan mencipta masa depan yang cerah, walau berdepan cabaran luar biasa. Bagi mama-mama di luar sana yang pernah rasa ingin mengalah, ingatlah bahawa setiap langkah kecil yang diambil hari ini adalah pelaburan untuk masa depan yang lebih cemerlang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terdapat banyak petua untuk menghilangkan rasa pijar di tangan. Antara petua-petua yang diketengahkan ialah mencuci tangan dengan sabun dan air, merendam/ meramas tangan dalam beras, minyak masak, garam, losyen, sapu ubat gigi, rendam dalam air berais batu, cuci dengan lemon, rendam dalam air suam, ramas dengan hampas kelapa, basuh dengan sabun mandi, gentel dengan garam atau gula, sapu minyak dan diang tepi api (bukan salai ya), rendam air garam, ramas dengan daun jambu, pegang sudu besi, ada yang biarkan saja dan ada yang elakkan pijar terus.
Baiklah jom kita analisa petua-petua tersebut sama ada boleh diterima atau tidak dari sudut sains. Tapi sebelum itu kita haruslah ketahui dahulu punca rasa pijar tersebut dan bagaimana ianya boleh berlaku.
Punca rasa pijar disebabkan oleh kehadiran bahan kimia semulajadi di dalam cili iaitu capsaicin. Ianya merupakan bahan kimia utama dalam cili yang memberikannya rasa pedas. Semakin banyak kandungan capsaicin dalam cili, semakin pedas rasa cili tersebut. Memahami sifat kimia capsaicin sangat penting kerana ianya akan membantu dalam menerangkan sama ada petua-petua di atas sesuai atau tidak untuk digunakan.
Capsaicin merupakan bahan kimia dari kumpulan berfungsi alkaloid yang dikenali juga dengan nama capsaicinoids. Alkaloids biasanya bersifat basic. Namun kerana kehadiran kumpulan carbonyl (C=O) bersebelahan dengan atom nitrogen ( N) dalam struktur kimia capsaicin menyebabkannya berubah kutub (polarisation), lalu bersifat acidic (part ini kalau tidak faham, abaikan saja 😁). Struktur kimia capsaicin mempunyai ekor panjang yang bersifat hydrophobic (tidak memggemari air) yang membolehkannya larut dalam minyak, lemak atau larutan organik.
Semasa proses memotong cili, bahan kimia ini terbebas dan membuat ikatan dengan tisu kulit kita. Ikatan ini akan mengaktifkan protein yang bertanggungjawab untuk mengesan rasa panas dan sakit sederhana di kulit lalu menghantar maklumat ke otak. Otak akan mentafsir ianya sebagai rasa panas. Mekanisma ini akan membuatkan kita berasa pijar atau orang Putih panggil “burning sensation”.
Setelah mengetahui sifat bahan kimia penyebab rasa pijar aka pedas iaitu capsaicin, maka boleh lah kita menganalisa kebersandaran kepada petua-petua tadi yang sepatutnya memisahkan capsaicin dari tisu kulit:
1) melarutkannya dalam cairan yang lebih digemarinya (like dissolves like)
👉🏻 cuci dengan minyak masak, sabun mandi, losyen dan susu (mengandungi lemak protein casein yang boleh melarutkan capsaicin). Dan kemudiannya mencuci dengan sabun.
2) menukarkan sifat kimianya kepada yang lebih larut air
👉🏻 mencuci dengan bahan berasid (asam jawa, cuka, lemon), air garam dan sapu ubat gigi.
3) juga dengan geseran kasar.
👉🏻 ramas dengan hampas kelapa (kalau masih lagi bersantan, boleh melarutkan sekali capsaicin), ramas dengan garam dan gula sehingga cair (juga menukarkan sifat kimia capsaicin supaya lebih larut air), dan ramas dengan daun jambu batu.
4) merencatkan deria rasa panas
👉🏻 rendamkan tangan dalam air berais.
5) meningkat tenaga molekul capsaicin dan protein pada kulit yang bertindakbalas agar mudah ditanggalkan.
👉🏻 rendam air suam dan diang tepi api.
6) Placebo
👉🏻 pegang sudu dan abaikan saja.
7) Menghindarkan daripada punca pijar. Ini “prevention is better than cure”.
Harus diingat, tahap pijar setiap individu adalah berbeza mengikut sensitivi kulit masing-masing. Maka, bolehlah anda mencuba mana-mana petua-petua yang bersesuaian. Jika kena dengan caranya, pasti menjadi!
Peranan ibubapa mendidik anak-anak dan menerapkan keberanian dan semangat kesukarelaan adalah suatu tugas yang penting. Seorang juara adalah diasuh dengan pemikiran dan minda juara.
Saksikan kisah “Hero Cilik” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 29 Julai, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak akan belajar menggunakan deria penglihatan dan pendengaran. Sekali pun kita tak suruh ikut, apa sahaja yang mereka lihat dan dengar, mereka akan tiru.
Maka 7 perkara ini yang ibu bapa kena selalu buat dan tunjuk depan anak-anak supaya mereka faham dan ingat sampai bila-bila.
Berikut perkongsian dari Firdaus Mokhtar untuk ibu bapa dalam cabaran membesarkan anak-anak.
1. Selalu buat kerja rumah sama-sama. Iya, kalian kena selalu membantu pasangan sendiri. Macam yang aku biasa cakap sebelum ini, tak semua tugasan rumah kerja isteri. Suami yang suka membantu lebih baik.
Bantu kerja rumah saat isteri sedang sibuk uruskan kerja lain. Contohnya isteri sedang memasak, kita jaga anak. Isteri uruskan anak, kita menyapu atau mop lantai. Basuh kain dan sidai kain pun tak salah untuk suami, buatlah.
Anak-anak akan belajar kehidupan berkeluarga adalah tentang bantu-membantu.
2. Selalu ucap terima kasih pada pasangan kalian. Dan ucapan ini disebut jelas dan penuh rasa bersyukur. Sekali pun yang kita dapat cuma hal yang kecil, ucap sahaja terima kasih itu depan anak-anak.
Kita tunjukkan depan anak-anak yang kita sangat hargai pasangan. Nanti mereka juga akan hargai kita.
3. Buat kebaikan di hadapan mereka. Bukan niat menunjuk tapi untuk mendidik. Contohnya bersedekah, bantu orang tua atau buta melintas jalan, kutip sampah sekitar masjid atau surau, bersihkan tandas awam lepas guna dan sebagainya.
Beritahu juga sebab kenapa kita kena buat semua itu. Supaya anak-anak faham hidup kena selalu memberi.
4. Tunjukkan kasih sayang depan anak-anak. Peluk pasangan atau pegang tangan pasangan depan anak-anak, itu cara terbaik kita zahirkan kasih sayang.
Itu tanda kita pasangan yang punya sifat penyayang yang tinggi.
5. Bila berhadapan dengan konflik, jauhkan daripada berlaku di hadapan anak-anak. Selalu bila kita diluar kawalan emosi, kita akan cenderung berkata yang tak baik, perkataan yang tak elok, marah-marah dan meninggi suara.
Jika ini kerap berlaku depan anak-anak, kalian sedang merosakkan minta dan emosi anak-anak itu sendiri. Jadi, elakkan ya.
6. Sembahyang dan mengaji depan anak-anak. Boleh juga buat selalu ambil wudhuk depan anak-anak. Supaya mereka belajar, itu adalah keutamaan dalam hidup. Yang tak boleh tinggal, wajib kita buat.
Balik kerja penat atau sibuk macam mana pun, sembahyang tetap kita tunaikan. Jadi selepas daripada itu, mudah kita nak tanya mereka pula;
“Kakak dah solat ke belum? Adik-adik dah mengaji?” Haa, begitu.
7. Amalkan sikap selalu meminta maaf jika bersalah. Iyalah, kau kan banyak buat salah, mintalah maaf. Kahkah.
Benar, anak-anak akan belajar untuk tidak malu mengaku salah dan terus meminta maaf. Sesama mereka adik-beradik, dengan ibu bapa mereka atau pun dengan kawan-kawan nanti.
Begitulah kawan-kawan. Dah jadi ibu bapa ini sekali gus kita akan jadi guru pertama buat anak-anak. Maka segala-galanya kena teratur dan dirancang.
Tular sebuah video dimana seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dijemput oleh pegawai kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menurut kenyataan di media sosial tersebut, kanak-kanak itu telah disahkan positif Covid-19.
Difahamkan, kes tersebut berlaku di Tanjung Karang, Kuala Selangor. Kanak-kanak itu dijemput oleh sebuah ambulans untuk dibawa ke pusat kuarantin.
Namun, video tersebut mengundang sebak ramai kerana suara perakam menangis mengucapkan selamat tinggal. Wanita tersebut juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pegawai kesihatan.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!