Ads

Ayden & Ara Tak Sabar Tunggu Mommy Kahwin, Syed Saddiq Mahu Realisasikan Majlis Impian Bella!

Ayden & Ara Tak Sabar Tunggu Mommy Kahwin, Syed Saddiq Mahu Realisasikan Majlis Impian Bella

Bukan hanya Bella Astillah yang sedang menghitung hari menuju fasa baharu dalam kehidupannya, malah dua cahaya matanya, Ayden dan Ara turut sama tidak sabar menantikan hari bahagia ibu mereka.

Keterujaan kedua-dua beradik itu jelas dirasai apabila mereka dikatakan kerap bertanya kepada Bella mengenai tarikh majlis perkahwinan yang bakal berlangsung.

Bagi Bella, melihat anak-anak menerima berita tersebut dengan hati terbuka dan penuh kegembiraan tentunya menjadi satu perkara yang cukup bermakna, lebih-lebih lagi ketika dia sedang membuat pelbagai persiapan untuk memulakan kehidupan baharu bersama Syed Saddiq.

Ayden & Ara Tak Sabar Tunggu Mommy Kahwin, Syed Saddiq Mahu Realisasikan Majlis Impian Bella

“Mereka Asyik Tanya, Bila Mommy?”

Menurut Bella, Ayden dan Ara langsung tidak mempunyai masalah dengan perancangan perkahwinan tersebut, malah kedua-duanya begitu teruja dan tidak sabar menunggu hari istimewa berkenaan.

“Mereka asyik tanya, bila mommy? Anak-anak pun gembira. Ayden dan Ara memang tiada masalah dan mereka pun tidak sabar.

“Memang sangat lain, mungkin sebab nak buka chapter yang baru. Saya bersyukur sangat.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan dan sudah tentu pada ALLAH SWT sebab memberi peluang sekali lagi untuk saya. Semoga perjalanan (perkahwinan) ini akan diberkati Insya-ALLAH,” katanya.

Kegembiraan Ayden dan Ara itu sedikit sebanyak membuatkan perjalanan Bella menuju hari perkahwinannya terasa lebih manis.

Malah, keterujaan mereka bukan hanya dirasai dalam keluarga, tetapi turut dikongsi bersama rakan-rakan yang sudah mengetahui mengenai perkahwinan ibu mereka.

Sebagai seorang ibu, penerimaan dan kegembiraan anak-anak pastinya menjadi antara perkara paling penting buat Bella sebelum melangkah ke fasa kehidupan seterusnya.

Ads

Ayden & Ara Tak Sabar Tunggu Mommy Kahwin, Syed Saddiq Mahu Realisasikan Majlis Impian Bella

Syed Saddiq Hargai Kehadiran Ayden & Ara

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut meluahkan rasa syukur kerana bukan sahaja bakal dikurniakan seorang isteri, tetapi turut menerima kehadiran Ayden dan Ara dalam kehidupannya.

“Saya ini memang betul-betul bernasib baik, bukan setakat dapat bakal isteri yang baik, kuat bekerja dan rajin bahkan dua anak yang luar biasa,” ujarnya.

Bukan sekadar soal menyatukan dua individu, perkahwinan itu turut melibatkan proses membina sebuah keluarga yang lebih besar, dengan kebahagiaan anak-anak turut menjadi sebahagian daripada perkara yang diraikan.

Ayden & Ara Tak Sabar Tunggu Mommy Kahwin, Syed Saddiq Mahu Realisasikan Majlis Impian Bella

Syed Saddiq Mahu Bella Dapat Majlis Perkahwinan Impian

Dalam kesibukan membuat persiapan, Syed Saddiq mengakui urusan menyediakan sebuah majlis perkahwinan bukan sesuatu yang mudah.

Ads

Banyak perkara perlu dibincangkan bersama, selain memerlukan kompromi dan toleransi antara pasangan, lebih-lebih lagi ketika masing-masing mempunyai tanggungjawab dan jadual tersendiri.

“Dalam persediaan perkahwinan ini, kadang-kadang kalau kita tidak bijak untuk berkompromi dan bertoleransi sambil seimbangkan tanggungjawab hakiki sebagai Ahli Parlimen, memang sangat sukar.

“Full kredit buat bakal isteri saya, Bella yang banyak menguruskan perincian termasuklah bab pakaian dan sebagainya. Jadi, saya juga mahu dia mendapatkan majlis perkahwinan yang diimpikannya sambil itu kita seimbangkan faktor kewangan kerana itu sangat penting,” katanya.

Menurut Syed Saddiq, Bella banyak menguruskan perkara berkaitan majlis, termasuk soal pakaian dan beberapa perincian lain.

Atas sebab itu, dia mahu memberi ruang kepada Bella untuk menikmati majlis seperti yang diimpikan, namun dalam masa sama memastikan setiap perancangan dibuat mengikut kemampuan.

Ayden & Ara Tak Sabar Tunggu Mommy Kahwin, Syed Saddiq Mahu Realisasikan Majlis Impian Bella

Ads

Saling Bertolak Ansur Sebelum Bergelar Suami Isteri

Syed Saddiq turut berkongsi bahawa dalam proses persiapan tersebut, masing-masing belajar memberi ruang dan bertolak ansur dalam menentukan perkara yang dianggap penting.

“Saya beritahu dia, awak boleh dapat majlis perkahwinan impian awak. Cuma berikan saya sedikit kelonggaran dalam proses persediaan hantaran.

“Jadi, kadangkala kalau mungkin terkeluar skrip hantaran biasa itu, saya minta maaf dahulu. Saya banyak lebih luangkan masa in preparation of that. Sebab kini kami saling lengkap-melengkapi,” ujarnya lagi.

Di sebalik persiapan pakaian, hantaran dan segala perincian menjelang majlis, apa yang paling mencuri perhatian tentunya kegembiraan Ayden dan Ara.

Buat Bella, sokongan dan penerimaan kedua-dua anaknya menjadikan perjalanan menuju hari bahagia itu lebih bermakna.

Apabila anak-anak sendiri sudah tidak sabar menantikan saat ibu mereka melangkah ke fasa baharu, pastinya hari tersebut bukan sahaja menjadi kenangan istimewa buat Bella dan Syed Saddiq, tetapi juga buat Ayden dan Ara sebagai sebuah keluarga.

Baca lagi: Mykad Generasi Baharu Rasmi Hari Ini, Tak Perlu Tergesa-Gesa Tukar Mykad Lama!

Disipilin Anak Tanpa Perlu Jerit & Ugut Rotan, 6 Cara Berkesan Guna Time-Out!

Diabetes Jenis 1 Pada Anak, 8 Tanda Penting Yang Ibu Ayah Wajib Tahu!

Kredit: @syedsaddiq

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

‘Future Dr O&G’, Kisah Di Sebalik Impian Irene Sofiya Mahu Bergelar

Irene Sofiya, 16, menyimpan impian besar untuk menjadi doktor O&G dan mengikut jejak arwah ibunya sebelum cita-cita itu terhenti secara tragis.