Usahawan terkenal, Syida Melvin berkongsi pengalaman bercuti ke Jakarta, Indonesia yang bertukar menjadi satu detik mencemaskan apabila ratusan penunjuk perasaan turun ke jalan raya menuntut reformasi politik dan ekonomi.
Menurut Syida, keadaan di ibu negara Indonesia itu agak genting kerana tunjuk perasaan berlaku hampir di seluruh kawasan bandar, termasuk berhampiran tol, balai polis, stesen MRT dan beberapa lokasi lain.
“Keadaan dekat sana macam yang tengah viral sekarang. Demonstrasi mereka memang luar biasa. Dua hari lepas pada 29 Ogos, kami terkandas tidak boleh ke mana-mana. Sebenarnya boleh jadi sangat bahaya sebab mereka bakar tol, balai polis, stesen MRT dan beberapa tempat lain. Polis pun asyik baling gas pemedih mata, jadi kami semua buat keputusan untuk tidak ke mana-mana dan duduk diam-diam dekat rumah,” katanya dalam hantaran di Instagram.
Ads
Syida menambah, hasrat bercuti bersama keluarga terpaksa dilupakan kerana keadaan tidak mengizinkan. Namun beliau akur kerana insiden itu berlaku sebelum tiket penerbangan dibeli.
Ads
Selain berkongsi pengalaman, Syida juga sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati sekiranya berada di Jakarta atas urusan kerja atau melancong.
“Nak cakap keadaan macam mana esok lusa atau minggu depan memang tidak berani nak janji. Kalau ada yang nak ke sana atas urusan kerja, saya rasa mungkin okay. Cuma elakkan lalu di tempat yang mereka berkumpul. Saya risau satu saja, mereka buat tembakan rambang masa kita lalu lalang dekat Jakarta Pusat tu,” ujarnya.
Allah sayunya rasa hati ini di saat kita yang masih boleh makan dengan pelbagai jenis makanan sedap, tapi masih ada lagi yang terpaksa ikat perut atas kekangan tertentu.
Lagi tersentuh perasaan ini apabila perkongsian melalui Facebook Siti Fatimah Abd Hamid di mana seorang nenek yang terpaksa menjaga tujuh cucu kini berada dalam keadaan kesempitan untuk memberikan susu dan menyediakan makanan buat cucunya.
Minta 4 tin susu pekat untuk bancuh bagi cucu minum
Menurut Siti Fatimah, ketika menelefon nenek ini untuk bertanyakan apa barang keperluan dan jenis susu yang diperlukan, dia hanya minta 4 tin susu pekat manis dulu.
Allahuakbar rasa tak sanggup dengar permintaan nenek ini.
“Puan, mak cik mau 4 tin saja susu pekat manis tu.”
Haih, berhabuk lagi mata. Mak cik ni tak minta banyak. Cukuplah dulu susu pekat saja 4 tin untuk cucu-cucunya.
Kata nenek ini lagi, cucu-cucunya dah biasa minum susu cap junjung (susu pekat manis), yang penting ada warna putih-putih. Itu pun sudah cukup untuk bancuh bagi pada cucu saya yang kecil-kecil ni. Ok sangat dah tu. Tambah nenek ni lagi.
Ibu & ayah kepada 7 orang cucu
Apa yang menyedihkan juga, nenek inilah ibu dan ayah kepada tujuh orang cucunya sekarang. Ibu kepada cucu-cucunya itu telah meninggal selepas 3 bulan melahirkan anak yang bongsu.
Manakala bapa anak-anak ini pula terkandas di Keningau dan tak dapat balik kerana Perintah Kawalan Pergerakan.
Kini nenek ini hanya mengharapkan cucu sulungnya yang membantu menguruskan adik-adik yang masih kecil selain membantu apa yang patut.
Sesungguhnya ujian setiap daripada kita tidak sama. Marilah bergandingan untuk sama-sama menjayakan misi Covid-19 kepada mereka yang memerlukan.
Lampin pakai buang sememangnya menjadi pilihan utama ibu bapa pada hari ini, terutamanya ibu yang berkerjaya. Rata-rata ibu bapa menggunakan lampin pakai buang untuk bayi mereka bagi memudahkan tugas mencuci. Tambahan pula, penggunaan lampin pakai buang adalah lebih mudah dan praktikal untuk bayi serta ibu bapa terutama ketika di luar rumah.
Walau bagaimanapun, bukan semua lampin pakai buang sesuai dengan bayi anda. Jika bayi A sesuai memakai lampin jenama A, tidak semestinya bayi B juga sesuai dengan lampin jenama A. Perlu ada ‘try and error’ dalam memilih lampin pakai buang. Jadi, di sini, tidak semestinya sesuatu jenis lampin itu sesuai dengan setiap bayi.
Bagi membantu ibu bapa memilih lampin yang betul, anda disarankan untuk melakukan perbandingan antara jenama yang ingin dicuba dahulu. Salah satu caranya adalah dengan mencuba pek percubaan lampin atau membeli lampin dalam pek kecil. Pek percubaan lampin selalunya boleh didapati secara percuma jika ada pengeluaran suatu produk baru oleh sesetengah syarikat lampin pakai buang.
Ciri-ciri yang perlu ada dalam memilih lampin pakai buang terbaik untuk bayi adalah:
Jangan memilih lampin yang terlalu ketat atau terlalu besar dengan tubuh bayi anda. Pilih lampin mengikut saiz dan kebesaran bayi. Lampin pakai buang kini tersedia dalam pelbagai saiz dari saiz newborn, saiz kecil hingga saiz besar. Terdapat dua jenis lampin pakai buang iaitu lampin yang berpelekat dan lampin seluar. Lazimnya, lampin seluar diberikan kepada bayi yang sedang aktif, supaya mudah untuknya bergerak dan meneroka persekitaran.
Kriteria utama dalam memilih lampin pakai buang. Penting bagi anda untuk mencari lampin yang mempunyai lapisan cepat kering dan mempunyai ciri-ciri perlindungan untuk mengelakkan kebocoran. Lazimnya, anak kecil yang aktif akan mengalami masalah kebocoran di celah paha jika lampin yang digunakan tidak sesuai. Justeru itu, ibu bapa perlu mencari lampin yang mempunyai lapisan dalaman yang dapat menyerap dan mengunci cecair supaya kulit bayi kekal kering. Cari juga lampin yang mempunyai lapisan luar beraliran udara bagi membolehkan kulit bayi bernafas. Lampin yang cepat basah boleh menyebabkan bayi mengalami ruam lampin.
Ada ibu bapa yang mengambil masa yang lama bagi memakaikan anak mereka lampin. Justeru itu, pilihlah lampin yang senang dipakai mengikut keaktifan bayi anda. Jika si manja anda masih kecil, adalah lebih sesuai jika dipakaikan lampin berpelekat namun jika si manja sudah mula aktif, carilah lampin seluar yang mudah disarungkan. Namun, jangan cari yang mudah tertanggal.
Tidak semua lampin yang mahal sesuai untuk setiap bayi. Oleh itu, cubalah teknik ‘try and error’ bagi mengetahui kesesuaian lampin dengan bayi anda. Baca dahulu ciri-ciri yang ada pada lampin sebelum anda memilih lampin terbaik untuk si manja.
Kadang anak-anak buat perangai bukan apa hanya semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada ibu dan ayah. Situasi tersebut dikongsikan oleh pelakon Saharul Ridzwan dalam posting terbarunya di Instagram.
Anak lelakinya, Muhammad Luth Ali meragam selepas kurang mendapat perhatian dan layanan daripada ahli keluarganya.
Menurut Saharul, dia terlampau sibuk manakala isterinya, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berada dalam keadaan tidak sihat.
“Baba minta maaf Ali
Saja perkongsian utk ibu bapa tentang “Parenting”. Semoga kita boleh berkongsi pengalaman masing-masing. Anak anak ada perasaan , dan selalunya perasaan itu diluahkan melalui perbuatan.
“Hari ni macam busy sikit, jadi bila balik saya rasa penat, masuk bilik, rest, lepas tu dodoikan Fateema untuk tidur. Deena macam tak sihat sikit, Ali kami tinggalkan kat ruang tamu dengan aunties dia.
“ Tiba- tiba Ali masuk bilik merengek, baling-baling toys lepas tu masuk bilik cakap “I want to watch King Kong” sambil pegang toys. Lepas tu menangis dekat lantai.”
Bertanyakan kepada anaknya mengapa menangis, jawapan yang diberikan Ali membuatkan pelakon Korban Cinta ini tersentap selepas mendengar luahan anak lelakinya itu.
Saya passkan Fateema pada Deena, saya angkat Ali dengan niat nak marah pada mulanya, then saya tanya soalan yang selalu saya tanya:
“Why you cry? You big boy already. You cannot cry like a baby” Banyak kali saya tanya then finally dia cakap:
“Nobody wants to play with me. I want to play”
“Allah, sedihnya dengar. Makin tersedu-sedu dia nangis. Saya hug dia, cakap “Come go out with Baba, jalan-jalan naik kereta”- Happy dia. Anak Baba.”
Saharul Ridzwan akui apa yang berlaku kepada Ali itu adalah kesilapan dirinya yang kurang meluangkan masa bersama anaknya kerana kesibukan kerja.
“Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang masa untuk anak-anak kita, kadang-kadang kita fikir yang anak-anak buat perangai sebab degil, taknak dengar cakap. Tapi sebenarnya salah kita.
“Kita kurang peka dengan anak-anak kita. Mungkin kita penat. Mungkin kita stress pasal kerja, sampai kita tak nampak kesalahan kita sendiri. Kita salahkan perangai anak kita.
“Sorry my boy. Baba promise cuba jadi Baba yang terbaik untuk Ali dan Fateema,” luahnya.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, kelihatan Ali tersenyum gembira apabila dapat meluangkan masa dan bermain dengan babanya itu.
Saharul dan Qaabila berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, dua tahun dan Fateema Azzahra yang baru berusia tiga bulan.
Sumber: Instagram Saharul Ridzwan
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Jerebu Malaysia makin membimbangkan apabila 38 kawasan catat IPU tidak sihat. Ketahui tahap IPU yang boleh menyebabkan sekolah, tadika dan taska ditutup.