Pempengaruh yang juga isteri kepada pemain bola sepak, Safawi Rashid, Syifa Melvin, yang kini sedang hamil anak kedua, mengumumkan bakal menimang seorang perempuan.
Dalam satu majlis gender reveal yang serba ringkas, Syifa dan suami teruja bakal menyambut bayi perempuan mereka.
Acara itu disambut dengan penuh kejutan dan kegembiraan apabila asap warna merah jambu dilepaskan sebaik kedua pasangan ini menekan butang.
Ads
Syifa menerusi Insta gramnya juga turut meluahkan rasa syukurnya.
“Its a girl,” tulis Syifa ringkas menerusi Insta Storynya.
Menariknya, majlis ini turut digabungkan dengan sambutan ulang tahun kelahiran anak sulung Syifa, Saif, menjadikan momen lebih bermakna dan intim.
Ads
Terdahulu Syifa, mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Safawi Rashid sejak 28 November 2022.
Ads
Hasil perkahwinan mereka, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Saif Sulaiman, yang kini berusia dua tahun.
Sebelum ini, Syifa telah mengumumkan bahawa dia sedang mengandung anak kedua, tetapi tidak menyatakan jantina atau usia kandungan secara terperinci.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri mana yang tak gembira kalau suami ‘belanja’ barang kemas. Tambah pula, tular pelbagai jenis gelang atau cincin emas dengan nama yang pelbagai. Habis semua nama makanan atau haiwan keluar. Pulut dakap, latok, biji anggur, biskut tawar, ekor kucing, lintah, tapak gajah dan sebagainya!
Harga setiap satu pun boleh tahan, tapi kalau ada keinginan untuk belikan untuk isteri pasti para suami sanggup menyimpan sikit-sikit kan? Lagipun pembelian emas ni berbaloi, harganya akan naik. pelaburan terbaik!
Ikuti perkongsian dari seorang suami, Akhtar Syamir tentang keterujaan para isteri bercerita tentang emas.
Jenis-jenis dan nama emas yang korang patut tahu.
Perhatian kepada para suami. Hari ini saya telah berjaya memecahkan kod rahsia yang digunakan para isteri selama ini.
Telah sekian lamanya kita terpedaya dengan mainan mereka. Rupanya dalam diam minda kita dimanipulasi dengan teknik menanam idea sambil berkias.
Jika tiba-tiba si isteri asyik bercerita pasal kenangan makan biskut tawar, ketahuilah yang dia sedang menyuntik bayangan biskut tawar di dalam minda kita. Apabila tiba saat dan ketika yang sesuai, cincin atau gelang biskut tawar yang akan ditunjukkan.
Pada ketika itu, kita akan menjadi lemah dan terpedaya. Kita akan berkata “ye lah sayang, sama dengan biskut tawar”. Pada waktu itu, sebenarnya kita sudah pun tewas dan gelang emas biskut tawar sudah di pergelangan tangan mereka.
Jika si isteri asyik meminta air boba, berhati-hatilah. Informasi mengenai bayangan biji boba sedang diserap dalam minda kita. Tak lama lagi kita akan nampak biji boba yang berkilauan pula.
Kalau bab petai ni memang kita bila-bila masa sahaja boleh dikejutkan. Sebab isteri saya sendiri selalu makan petai. Kalau suatu hari dia minat kat emas biji petai tu, mungkin saya tak mampu nak menahannya.
Roti bun? Licik kan? Siapa la yang cipta bendealah design ni. Dalam kepala kita terbayang roti Sweety tu. Dalam kepala isteri rupanya bun yang lain. Siapa sangka?
Pulut Dakap. Tak perlu saya cakap lagi. Merata-rata keluar nama ni. Padahal kuih tu suya tak pernah rasa pun. Hari ni baru tau kuih tu macam mana rupanya.
Kena perhatikan, kalau si isteri jenis yang jarang sangat makan Coco Crunch, tapi sejak sebulan yang lepas asyik minta belikan Coco Crunch je, bersedialah. Adalah tu.
Jagung, biji sawi, biji ketumbar, anggur dan latok pun sama. Tak cukup dengan itu, kalau isteri berborak dengan kawan-kawan dia pasal gajah la, kucing la, lipan la, lintah la, diorang tu bukan tengah cerita pasal serangga atau binatang, tetapi pasal emas. Percayalah.
Akhir sekali, kalau isteri tebiat ajak pergi main takraw kat KLCC, sebenarnya diorang nak 2 jenis gelang. Hahaha..
Jadi, sekarang dah tahu kod rahsia diorang kan? Berhati-hatilah dan bersedialah. Buatlah simpanan emas sama ada RM3 atau RM5 sehari. Jadi bila isteri minta, duit pun dah sedia ada. Betul tak? Takdelah pening-pening.
Kalau korang nak ikut saya, saya ada buat cabaran simpan sendiri RM3 sehari untuk beli emas. Setiap hari saya akan ingatkan. Jom join.
Kongsikan nama-nama emas ini untuk maklumat semua. Senang nak pilih jenis apakah yang akan diusahakan nanti.
Pelajar perempuan tingkatan dua maut, dipercayai terjatuh tingkat lapan bangunan sekolah. Seorang pelajar perempuan sekolah menengah maut selepas terjatuh dari bangunan sekolahnya di Jelutong, George Town, Pulau Pinang pada petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa yang berusia 14 tahun disahkan maut di lokasi kejadian selepas terjatuh dari tingkat lapan sekolah tersebut.
Menurutnya, polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang mengenai kejadian tersebut pada jam 5.57 petang.
“Kita menerima laporan mengenai seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua telah meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan sebuah sekolah di sini.
“Siasatan di lokasi kejadian dan tubuh mangsa mendapati tiada unsur jenayah dalam kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Tambah beliau, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.
“Satu laporan mati mengejut dibuka untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap kes ini.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini sehingga boleh menjejaskan siasatan polis,” ujarnya.
Abdul Rozak turut memohon agar orang ramai tidak menularkan gambar atau video tempat kejadian bagi menghormati waris mangsa.
Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui tidak bernyawa di tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit.
Menurut maklumat awal, bayi yang masih bertali pusat itu ditemukan bersebelahan sinki dan dibungkus dengan kain telekung sebelum orang awam yang menyedari kejadian itu segera memaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Penemuan tragis itu mengundang rasa sedih dan simpati dalam kalangan masyarakat setempat, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku pada hari Jumaat yang penuh keberkatan bagi umat Islam.
Keadaan mayat bayi Bukit Serindit yang masih bertali pusat menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai. Ramai yang tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib bayi yang tidak berdosa itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem turut meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap kejadian tersebut menerusi satu hantaran di Facebook.
Beliau menyifatkan insiden mayat bayi itu sebagai sesuatu yang amat menyedihkan, terutama melibatkan seorang bayi yang tidak berdosa.
Setakat ini, pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung butiran lanjut kes berkenaan. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta individu yang terlibat dalam kes mayat ini.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk tampil membantu siasatan bagi memastikan kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!