Ads

Syifa Melvin Selamat Bersalin, Cantik Tarikh Kelahiran Anak Kedua!

Pelakon jelita tanah air, Syifa Melvin bersalin anak kedua apabila dilaporkan selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Isnin, sekali gus menambah kebahagiaan dalam rumah tangganya bersama suami tercinta, Safawi Rasid.

Berita gembira itu dikongsikan oleh adik iparnya, Alfi Rasid menerusi Instagram Story apabila memuat naik ucapan tahniah buat Syifa dan Safawi yang kini sah bergelar ibu dan bapa kepada dua orang cahaya mata.

“Alhamdulillah, masya-Allah anak buah yang ke-24. Tahniah Syifa dan Safawi (abang),” tulis Alfi dalam perkongsian tersebut.

Perkongsian itu turut disertakan dengan sebuah video yang memaparkan Safawi sedang mendukung bayi perempuan mereka. Momen tersebut nyata mencuri perhatian ramai dan mengundang ucapan tahniah daripada peminat serta rakan artis.

Ucapan Ringkas Penuh Makna Dari Syifa Melvin

Syifa Melvin dilihat memuat naik semula hantaran berkenaan dan meluahkan rasa terharu atas ucapan yang diterima daripada ahli keluarga.

“Alhamdulillah, terima kasih Lan,” tulisnya ringkas namun cukup bermakna, memperlihatkan rasa syukur atas kelahiran anak kedua mereka.

Ads

Sejak berita kelahiran itu dikongsikan, ramai peminat meluahkan rasa gembira dan mendoakan agar Syifa serta bayi berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan urusan berpantang.

Umum Hamil Anak Kedua Sejak Tahun Lalu

Untuk rekod, Syifa Melvin bersalin anak kedua selepas sebelum ini mengumumkan kehamilan pada Ogos tahun lalu.

Pasangan ini turut mengadakan majlis gender reveal pada September 2025 dan berkongsi berita bakal menimang cahaya mata perempuan, sekali gus membuatkan peminat tidak sabar menantikan kelahiran si kecil.

Ads

Rumah Tangga Syifa Melvin & Safawi Rasid

Syifa Melvin atau nama penuhnya Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, kini berusia 32 tahun. Beliau mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid pada 28 November 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Saif Sulaiman yang kini berusia tiga tahun.

Kehadiran anak kedua pastinya melengkapkan lagi kehidupan rumah tangga pasangan ini dan membawa sinar baharu dalam keluarga kecil mereka.

Ads

Reaksi Peminat & Rakan Artis

Berita Syifa Melvin bersalin anak kedua turut mendapat perhatian ramai di media sosial. Ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah serta doa agar Syifa, bayi dan seluruh keluarga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.

Ramai yang memuji sikap Syifa yang sentiasa kelihatan tenang dan sederhana, selain mendoakan agar kedua-dua anak membesar sebagai anak yang soleh dan solehah.

Ucapan Tahniah Buat Syifa & Safawi

Kehadiran cahaya mata baharu sememangnya satu anugerah yang tidak ternilai buat setiap pasangan.

Pa&Ma mengucapkan syukur dan tahniah buat Syifa Melvin dan Safawi Rasid atas kelahiran cahaya mata kedua mereka.

Semoga Syifa Melvin bersalin anak kedua ini dalam keadaan sihat, bayi membesar dengan baik, dan kehadiran si kecil membawa limpahan rezeki serta kebahagiaan buat seluruh keluarga.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

5 Sindrom Bahaya Ibu Hamil Perlu Tahu, Kenapa Berisiko

Ketahui 5 sindrom bahaya ibu hamil yang perlu diwaspadai, kenapa ia berisiko kepada ibu dan bayi serta simptom awal yang tidak boleh dipandang remeh.