Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa yang telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka awal pagi tadi.
Menerusi Instagramnya, Nadzmi berkongsi perkhabaran gembira itu kepada pengikutnya dan meluahkan rasa syukur isteri dan anaknya dalam keadaan yang baik dan sihat.
Menurut Nadzmi lagi, isterinya Ardell telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada jam 12.58 pagi tadi.
“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami secara normal pada hari ini 25 July 2023, jam 12.58 awal pagi tadi,” tulisnya berkongsi.
Ads
Bapa kepada dua cahaya mata ini juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua atas doa-doa yang dikirimkan buat isteri dan anaknya.
“Terima kasih atas doa yang baik-baik dari semua. Syukur, alhamdulillah. Kedua-dua ibu dan anak selamat,” luahnya lagi.
Ads
Meninjau diruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut Nadzmi dan Ardell turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata kedua itu.
Kelahiran seorang bayi adalah momen terindah dalam hidup seorang ibu. Namun, di sebalik senyuman dan bahagia menyambut si kecil, ada perkara penting yang sering terlepas pandang iaitu kesihatan mental ibu selepas bersalin. Kajian menunjukkan, lima minggu pertama selepas melahirkan adalah tempoh paling kritikal kerana risiko gangguan mental meningkat dengan ketara.
Satu analisis besar yang diterbitkan dalam jurnal Molecular Psychiatry mendedahkan bahawa wanita berisiko lebih tinggi mengalami masalah kesihatan mental sebaik sahaja bersalin. Kajian yang melibatkan hampir 1.8 juta kelahiran di Sweden antara 2003 hingga 2019 ini memberi pendedahan yang mengejutkan:
Risiko kemurungan meningkat kira-kira 20% dalam tempoh 5 hingga 15 minggu selepas melahirkan berbanding setahun sebelum hamil.
Risiko psikosis selepas bersalin meningkat sehingga 6–7 kali ganda dalam lima minggu pertama dan kekal dua kali lebih tinggi sehingga minggu ke-20.
Ramai ibu alami baby blues iaitu perubahan emosi ringan, mudah menangis atau cepat tersentuh dalam minggu-minggu awal. Keadaan ini biasanya sementara dan boleh pulih sendiri.
Namun, psikosis selepas bersalin jauh lebih serius dengan simptom seperti:
Halusinasi dan delusi
Mania atau kemurungan melampau
Kekeliruan teruk dan hilang fokus
Gangguan tidur yang berlebihan
Jika tidak dirawat segera, ia boleh menjejaskan keselamatan ibu dan bayi.
Pakar percaya perubahan hormon yang mendadak selepas kelahiran, keletihan melampau, kurang tidur, tekanan mengurus bayi serta kekurangan sokongan emosi adalah antara punca utama.
Menariknya, kajian juga menunjukkan wanita kurang didiagnos dengan masalah mental semasa hamil kerana mereka kerap berjumpa doktor. Tetapi selepas bersalin, gejala lebih mudah terlepas pandang sehingga membawa risiko lebih tinggi.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 10% wanita hamil dan 13% wanita selepas bersalin mengalami gangguan mental, kebanyakannya kemurungan. Walaupun cubaan bunuh diri selepas bersalin jarang berlaku, ia tetap memberi kesan besar jika tidak dicegah dengan rawatan dan sokongan.
Awasi tanda awal seperti kemurungan, halusinasi atau perubahan emosi yang berlebihan.
Suami & keluarga perlu beri sokongan moral, bantu kerja rumah dan pastikan ibu cukup rehat.
Dapatkan rawatan segera daripada pakar jika gejala semakin teruk atau berlarutan.
Ingat, ibu boleh pulih sepenuhnya dengan rawatan dan sokongan yang betul.
🌸 Kesimpulannya, ibu boleh alami gangguan mental lepas bersalin dan lima minggu pertama adalah tempoh paling kritikal. Jangan ambil mudah perubahan emosi ibu kerana rawatan awal dan sokongan keluarga mampu menyelamatkan nyawa. Dengan perhatian, kasih sayang dan pemahaman, ibu boleh kembali kuat untuk membesarkan si kecil dengan penuh bahagia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa harus ingat setiap kali nak berikan ubat pada anak-anak, pastikan semuanya telah mendapat nasihat doktor atau ahli farmasi. Jangan beri ikut pengalaman orang sehingga mendatangkan mudarat.
Seperti dikongsikan dalam FB Public Health Malaysia, walaupun kes ini berlaku di negara luar, mungkin ada baik sekiranya ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini.
Bonjela adalah ubat yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut. Produk ini mengandungi salicylate salts iaitu bahan kimia mempunyai kesan yang sama dengan Aspirin.
Kanak kanak berusia 16 tahun ke bawah ditegah dari mengambil Aspirin kerana terdapat risiko Reye Syndrome, satu komplikasi yang boleh menyebabkan kegagalan hati, kerosakan otak dan kematian.
Medicines and Healthcare products Regulatory Agency (MHRA) telah mengeluarkan amaran ini sejak 2006 lagi. Walaupun risiko Reye Syndrome dan penggunaan Bonjela hanya satu teori, amaran ini dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Terkini, seorang bayi dari New Zealand hampir maut setelah mengalami salicylate overdose setelah di sapu cecair Bonjela berulang kali dalam tempoh masa yang singkat.
Bayi berusia 7 bulan itu, berhenti bernafas dan dikejarkan ke hospital.
Kesimpulan
✔️ Rujuk profesional kesihatan seperti doktor dan ahli farmasi sebelum guna
✔️ Untuk keselamatan, kanak-kanak tidak digalakkan untuk menggunakan cecair ini. Sekiranya perlu juga, pastikan guna mengikut arahan. Elakkan penggunaan berlebihan
✔️ Sentiasa ikut dose yang disarankan, pemberian dose berlebihan boleh menyebabkan risiko keracunan
✔️ Terdapat pelbagai alternatif untuk mengurangkan kesakitan gigi yang baru tumbuh (untuk bayi), tanpa salicylate.
Hati ibu mana yang tak risau saat dapat tahu anak yang dilahirkan sihat dan normal tiba-tiba disahkan mempunyai ketumbuhan dalam kepala sehingga perlu menjalani pembedahan segera.
Menurut ibu adik Muhammad Danish Raykarl, Noor Baizura Mohd Shariff, Danish bukan dari lahir lagi ada simptom ni. Semuanya berlaku tanpa dijangka.
Usia 11 bulan nampak kepala senget
Pada mulanya Danish aktif macam kanak-kanak lain. Perkembangannya tiap bulan normal. Makan minum, aktif, lasak semua okay. Sehinggalah masa umurnya 11 bulan, berubah sekelip mata., dan skrg dia setahun..
Ketika usianya 11bulan, nampak ada kelainan pada Danish. Kami perasan kepalanya senget sebelah kanan, lagi jelas kelihatan apabila dia sedang melihat televisyen. Tapi sengetnya tak berlarutan, ada masa dia ok.
Bukan setakat kami je perasan, orang luar pun tetap nampak kelainan pada Danish dan mereka bertanya kenapa kepala Danish senget. Apabila ramai yang bertanya sedemikian, saya dan suami tak sedap hati dan bawa ke klinik swasta.
Doktor di klinik cuma beritahu kemungkinan urat saraf pendek sebelah saintifik kepada (torticolis) teleng. Tapi apa pun doktor minta saya rujuk pada doktor pakar.
Ketumbuhan dalam kepala
Selepas itu saya dan suami bawa Danish ke doktor pakar hospital swasta. Masa tu doktor buat pemeriksaan secara lebih detail pada Danish dengan membuat ultrasound dan memasukkan kamera dalam hidung, telinga, mulut. Keputusannya okay tak ada apa-apa abnormal.
Tapi doktor pakar situ tetap tak puas hati, sebab dia nampak kelakuan Danish ni nampak sangat teleng dan mendongak masa menangis. Doktor minta untuk admit dan buat MRI. Hasil keputusan MRI baru nampak Danish ada ketumbuhan dan seterusnya doktor rujuk kes Danish ke Hospital Pakar Kanak-Kanak Children And Women Kuala Lumpur.
Selepas rujuk pada pihak pakar, doktor izinkan Danish discharge 12/12/20 dan diberi janji temu untuk pembedahan pada 28/12/20.
Seminggu selepas di rumah, pihak hospital telefon untuk tunda tarikh pembedahan Danish pada 11/1/2021..
Bagaimanapun tak sempat pada tarikh pembedahan, pada 24/12/20, hari Khamis jam 7.00 pagi, Danish di serang sawan kejang kaki dan tangan. Saya ke Hospital Alor Gajah dan Hospital Alor Gajah rujuk ke Hospital Melaka. Dari ICU Hospital Melaka, doktor buat ct scan di dapati ada air yang membengkak di kepala Danish. Itu yang menyebabkan dia sawan.
Danish di rujuk semula ke Hospital Kuala Lumpur untuk melakukan pembedahan segera mengeluarkan cecair yang membengkak di kepala Danish. Sekarang masih menunggu pembedahan untuk memasukkan shunt ke dalam kepala dia semula untuk salurkan air ke badannya kembali.
Untuk membuang ketumbuhan di kepalanya nanti, doktor akan menunggu selepas keadaan Danish kembali stabil.
Bagi yang ingin memberi sumbangan untuk meringankan beban keluarga adik Danish, boleh salurkan pada akaun 7616069081 (CIMB) NorBaizura Bt Mohd Shariff.
Semoga adik Danish kembali sihat seperti sedia kala. Harapan ibunya Danish walaupun tak dapat memberi sumbangan, doa orang ramai pun sangat-sangat dihargai untuk memberi kekuatan pada Danish.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!