“Syukur Dapat Kongsi Momen Ni”- Nora Ariffin Raikan Cucu Pertama Dalam Majlis Tahnik & Cukur Jambul!

Share

Diam tak diam, cucu pertama penyanyi Nora Ariffin, Ayden Johan sudah pun berusia tiga bulan. Ayden yang dilahirkan pada tanggal 26 Ogos lalu diraikan dalam satu majlis tahnik dan cucur jambul oleh Nora dan keluarga besannya.

Kata Nora berkongsi cerita itu menerusi satu video di instagramnya, dia bersyukur kerana dapat berkongsi momen indah itu bersama ahli keluarganya.

Malah Nora turut menzahirkan rasa syukurnya kerana majlis ringkas itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT selesai tahnik & cukur rambut yang kami buat among family saja untuk Ayden Johan yang dah masuk 3 bulan.

“Sebagai Wan, saya terasa amat sayu, syukur dapat kongsi & buat moment ni untuk cucu pertama, bersama anak-anak menantu & besan tersayang,” katanya meluahkan rasa syukurnya.

 

 

Dalam pada itu, Nora juga turut mengharapkan agar Ayden membesar menjadi anak yang soleh serta berjaya dalam kehidupannya.

” Moga Ayden Johan membesar menjadi anak yang soleh & berjaya dunia akhirat. In Shaa Allah,” katanya berkongsi.

Nora yang menggelarkan dirinya Wan, merasa cukup terharu malah bersyukur walaupun sayu kerana suami dan anak keduanya, Alif tidak dapat bersama meraikan detik berharga itu dalam keluarga mereka.

“Rindu pada arwah Johan & Alif hanya Tuhan saja yang tahu.

“Maaf tak dapat jemput saudara mara & sahabat sebab MCO,” katanya lagi.

 

Pada Ogos lalu, Nora mengumumkan kelahiran cucu pertamanya di instagramnya. Ayden Johan adalah cahaya mata pertama anak sulung Nora, Mohn Syakir Iman yang berkahwin dengan wanita pilihannya, Putri Eilya Sofea Azman pada Januari 2019.

Artikel berkaitan: Nak Ayden Jadi Anak Yang Baik & Soleh Macam Arwah Atok, Tahniah Nora Ariffin Selamat Timang Cucu Pertama!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

IKLAN