Diam tak diam, cucu pertama penyanyi Nora Ariffin, Ayden Johan sudah pun berusia tiga bulan. Ayden yang dilahirkan pada tanggal 26 Ogos lalu diraikan dalam satu majlis tahnik dan cucur jambul oleh Nora dan keluarga besannya.
Kata Nora berkongsi cerita itu menerusi satu video di instagramnya, dia bersyukur kerana dapat berkongsi momen indah itu bersama ahli keluarganya.
Malah Nora turut menzahirkan rasa syukurnya kerana majlis ringkas itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT selesai tahnik & cukur rambut yang kami buat among family saja untuk Ayden Johan yang dah masuk 3 bulan.
“Sebagai Wan, saya terasa amat sayu, syukur dapat kongsi & buat moment ni untuk cucu pertama, bersama anak-anak menantu & besan tersayang,” katanya meluahkan rasa syukurnya.
Ads
Dalam pada itu, Nora juga turut mengharapkan agar Ayden membesar menjadi anak yang soleh serta berjaya dalam kehidupannya.
” Moga Ayden Johan membesar menjadi anak yang soleh & berjaya dunia akhirat. In Shaa Allah,” katanya berkongsi.
Ads
Nora yang menggelarkan dirinya Wan, merasa cukup terharu malah bersyukur walaupun sayu kerana suami dan anak keduanya, Alif tidak dapat bersama meraikan detik berharga itu dalam keluarga mereka.
“Rindu pada arwah Johan & Alif hanya Tuhan saja yang tahu.
Ads
“Maaf tak dapat jemput saudara mara & sahabat sebab MCO,” katanya lagi.
Pada Ogos lalu, Nora mengumumkan kelahiran cucu pertamanya di instagramnya. Ayden Johan adalah cahaya mata pertama anak sulung Nora, Mohn Syakir Iman yang berkahwin dengan wanita pilihannya, Putri Eilya Sofea Azman pada Januari 2019.
20 Ogos 2023, menyaksikan persembahan cukup memukau dari barisan peserta Top 20 BK Fantastic X Karihome bersempena BK Mini Fest 2023.
Kesemua peserta tampil dengan aksi dan kreativiti tersendiri dalam menzahirkan kemahiran luar biasa serta bakat yang cukup hebat.
Tiga juri yang dijemput hadir iaitu Mark Adam, Dr Tengku Asmadi dan wakil dari Karihome, Miss Jessie sepakat memilih Kumpulan tarian dari Putera Arts Talent Production sebagai juara Fantastic X Karihome 2023.
Kumpulan tarian Putera Arts Talent Production ini berjaya merangkul gelaran juara dengan membawakan persembahan tarian zapin moden yang cukup unik dan memukau. Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM1500 beserta barangan dari Karihome.
Tempat kedua pula dimenangi oleh peserta cilik, adik Miika Adam Mikael yang berjaya menambat hati penonton dengan petikan biolanya yang cukup mengasyikkan. Baru berusia enam tahun namun anak kecil ini mempamerkan bakat yang sangat luar biasa.
Tidak hairanlah adik Miika berjaya meraih tempat kedua dengan hadiah kemenangan wang tunai, RM1000 berserta barangan Karihome.
Pemenang tempat ketiga BK Fantastic X Karihome pula dimenangi oleh adik Nurdania Batsisya Adyzunfa membawakan lagu ‘Sampai Bila’ nyanyian asal Misha Omar membuatkan penonton terpegun dengan lontaran suara juga gimik persembahannya. Adik Dania membawa pulang hadiah wang tunai, RM500 beserta barangan Karihome.
Kesemua 20 peserta akhir memberikan persembahan terbaik, antara yang mencuri tumpuan ialah persembahan drum, gitar elektrik, skateboard, silat, nyanyian dan tarian.
BK Fantastic X Karihome yang dibawakan oleh Karihome ini telah berlangsung hampir sebulan yang lalu di mana peserta perlu menjalani sesi uji bakat secara online dan berjaya mengumpulkan hampir 500 peserta yang menghantar penyertaan secara, namun hanya 50 peserta sahaja yang layak untuk ke peringkat separuh akhir dan hanya 20 peserta sahaja di pilih ke peringkat akhir.
Kesemua anak-anak yang menghantar penyertaan mempunyai bakat serta potensi yang besar. Sesuai dengan kelebihan KARIHOME yang merupakan susu penuh nutrisi untuk pertumbuhan yang optimum dan mengekalkan sistem imunisasi yang baik.
Karihome merupakan produk susu kambing yang diformulasikan dengan SN-2 palmitate, yang menjadi satu-satunya susu kambing dengan formulasi ini di Malaysia! Pengambilan susu Karihome ini juga dapat membantu mengurangkan masalah kolik serta meningkatkan kualiti tidur anak.
Selain bagus untuk usus, formulasi ini juga baik untuk menguatkan imuniti serta perkembangan otak dan kemahiran motor. KARIHOME juga mengandungi 400% lebih DHA yang dapat meningkatkan pembelajaran kognitif serta bagus untuk kesihatan mata.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak kenal pemilik nama Eriyca Baiduri, usahanita kosmetik yang lebih mesra dikenali sebagai Madammu yang merupakan seorang jutawan produk kecantikan dan penjagaan kulit muka yang tidak asing lagi dalam kalangan wargamaya.
Memiliki raut wajah yang jelita dan personaliti mempersona membuatkan ramai yang terpikat untuk mengenali figura ini dengan lebih lagi.
Seiring populariti dan kejayaannya, Madammu tampil berkongsi perjalanan kisah kehidupan dan kejayaan dirinya dalam sebuah program sendiri bersama Portal Majalah Nona di bawah naungan Nu Ideaktiv yang menerbitkan sebuah rancangan siri televisyen berdurasi 30 minit bertajuk “Diari Madammu”.
“Diari Madammu” merupakan sebuah rancangan TV enam episod yang akan bermula pada 3 Jun 2023 nanti, setiap Sabtu, jam 10:00 malam di saluran ASTRO RIA.
Berkongsi kisah kehidupan peribadinya menerusi program itu, pemilik di sebalik Noir Health & Beauty, anak kelahiran Terengganu ini telah memulakan perniagaannya sejak tahun 2017.
Siapa sangka Madammu yang pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang pembaca berita ini telah berjaya melahirkan seramai 20 ribu ejen di bawah naungan Noir Health & Beauty.
Noir tidak hanya terhad kepada produk kecantikan dan penjagaan wajah, malahan ianya juga meliputi produk yang berbentuk kesihatan.
Antara produk Noir yang popular adalah Super Whitening Skin Peptides, Noir Skincare Crystal Set, Noir Pure White Mixed Berries dan macam-macam lagi.
Di atas kejayaan Madammu di dalam bidang perniagaan ini, beliau telah menjadi sumber inspirasi kepada wanita-wanita yang ingin berjaya seperti beliau. Warganet yang mengikuti perjalanan Madammu di media sosial, pasti mengetahui serba sedikit tentang hidupnya.
Astro sebagai penyiar rasmi rancangan ini bekerjasama dengan portal majalah Nona ingin memartabatkan wanita yang berjaya dan memberi inspirasi dengan menerbitkan rancangan Diari Madammu. Dengan harapan ianya akan memberi impak yang besar dalam memperkasakan semangat wanita-wanita di luar sana untuk keluar dari zon selesa dan melangkah dengan lebih berani bagi mencapai impian mereka.
Rancangan ini akan menampilkan perjalanan hidup dan sisipan inspirasi Eriyca Baiduri (Madammu) dalam menjalanani kehidupan sehariannya sebagai seorang isteri, ibu, dan sebagai seorang usahanita yang berjaya.
Diari Madammu ini juga turut memperlihatkan bagaimana Madammu memainkan peranannya di pejabat, di rumah, pertemuan dengan klien, dunia glamor, gaya hidup mewah, perkahwinan, bagaimana Madammu menangkis stigma netizen, menelusuri perkongsian kisah ibunya yang merupakan seorang bekas pesakit kanser, kesusahan zaman kecilnya sehinggalah membawa kepada kejayaannya bersama NOIR dan cintanya yang tidak pernah hilang pada Besut, Terengganu.
Menariknya penonton akan dapat melihat sendiri Madammu berkongsi perjalanan proses IVF bersama suaminya (TP Azri). Penantian selama 8 tahun yang penuh dengan emosi dan air mata ini juga bakal dikongsikan bersama penonton.
Program siri TV realiti ini juga akan memperlihatkan sisi Madammu sebagai seorang wanita yang kuat, berkarisma dan mempunyai kualiti dalam kepimpinan. Walaupun sibuk dan bergelut dengan semua ini, Madammu masih mengekalkan aura dan gaya hidupnya yang glamor dan classy.
Di sepanjang perjalanan program Diari Madammu ini juga akan memperlihatkan sisi lain beliau. Transisi 360 darjah yang berlaku dalam kehidupannya menerusi gambaran utama iaitu bagaimana penonton akan menyaksikan transisi perubahan dari segi emosi dan fizikal Madammu sepanjang proses kehamilan berisiko tinggi yang dilaluinya sepanjang program ini. Dari permulaan proses awal IVF sehingga ke labour room bagi menyambut kelahiran baby A yang penuh keterujaan yang tak terduga.
Seramai 80 orang kanak-kanak comel berumur 4 hingga 6 tahun dari Al-Khautar Eduqids (AKE) diraikan dalam satu pengalaman penuh warna dan tawa menerusi program Movie Day Out Pa&Ma bersama AKE yang berlangsung meriah di Play Hall, GSC IOI Mall Putrajaya baru-baru ini.
Seawal pagi, suasana sudah riuh rendah dengan suara si kecil yang tak sabar nak mulakan aktiviti. Program dimulakan dengan sesi permainan interaktif yang mencabar fokus dan kemahiran motor halus mereka.
Anak-anak diminta menyelesaikan tugasan tertentu sebelum memulakan pencarian botol tersembunyi dalam kolam bola berwarna-warni. Habis semua sudut kolam ‘dikerjakan’ dengan penuh semangat!
Selesai aktiviti dan penyampaian hadiah kepada pemenang, semua murid menerima satu kejutan istimewa iaitu Play Meal eksklusif daripada GSC!
Dalam kotak comel itu, ada nugget ayam, bertih jagung, air kotak, pensel warna dan pelekat yang gerenti buat mereka tersenyum sampai telinga. Bukan sekadar makan, tapi ada elemen kreativiti juga diselitkan!
Kemuncak program, pastinya bila semua anak-anak AKE dibawa masuk ke panggung Play Hall untuk menonton filem animasi Elio. Bagi kebanyakan antara mereka, inilah pengalaman pertama menonton wayang di skrin besar bersama rakan-raakan dengan sound system yang “boom”, kerusi empuk dan suasana gelap yang memukau imaginasi.
Seronoknya, Play Hall memang mesra kanak-kanak – jadi mereka bebas untuk berekspresi dan menonton dalam suasana yang lebih relaks.
Stimulasi Visual & Auditori: Filem animasi bantu merangsang daya tumpuan, visual thinking dan juga pemahaman anak-anak melalui muzik, warna dan jalan cerita.
Perkembangan Emosi & Empati: Bila anak tengok watak berdepan cabaran atau tunjukkan emosi, mereka belajar mengenali perasaan sendiri dan orang lain.
Quality Time Tanpa Skrin Kecil: Pengalaman tengok filem di panggung beramai-ramai juga eratkan hubungan – especially bila ditonton bersama kawan-kawan!
Buka Peluang Berimaginasi: Dunia fiksyen dalam filem seperti Elio bantu anak berimaginasi luas, yang sangat penting dalam perkembangan kreativiti.
Movie Day Out Pa&Ma x AKE bukan sekadar outing biasa tetapi sebuah pengalaman yang sarat dengan pembelajaran, keterujaan dan bonding yang tak ternilai.
Larian paling fun dan penuh dengan aroma bertih jagung kini kembali! GSC Popcorn Run kini kembali untuk tahun 2025 dan pendaftarannya sudah pun dibuka!
Acara yang dinanti-nantikan ini bakal berlangsung pada 21 September 2025 bertempat di IOI City Mall, Symphony Walk (East), Putrajaya. Terdapat dua kategori yang ditawarkan iaitu Larian Santai 3KM & 5KM, sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Dengan hanya RM55, peserta akan menerima race pack edisi terhad GSC Popcorn Run dan berpeluang berlari melalui empat zon bertema yang cukup menarik iaitu Movie, Makan, Main & Market! Memang syok habis, sambil berlari sambil bergembira!
Tungggu apa lagi, daftar segera!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!