Semalam (28/4/2025) suasana di SMK Tinggi Setapak jadi kecoh apabila asrama sekolah tu tiba-tiba terbakar masa waktu solat berjemaah.
Syukur, alhamdulillah, semua pelajar dan warga sekolah berjaya diselamatkan tanpa ada sebarang kecederaan serius.
Solat Isyak berjemaah di surau menyelamatkan kira-kira 90 pelajar daripada terbabit kebakaran di asrama sekolaha berkenaan.
Difahamkan, ketika kejadian kesemua mereka yang berusia antara 13 hingga 17 tahun berada di surau sekolah.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Japari Tajuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 8.43 malam.
Ads
Menurutnya, empat jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, BBP Sentul, BBP Jalan Hang Tuah serta BBP Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi bersama pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Operasi memadamkan kebakaran yang membabitkan kekuatan 40 anggota segera dijalankan dan api berjaya dikawal pada 9.40 malam,” katanya.
Ads
Beliau berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya beberapa minit kemudian dengan kemusnahan akibat kebakaran dianggarkan 80 peratus.
“Bagaimanapun, tiada mangsa yang terbabit (cedera) kerana semasa kejadian kesemua pelajar sedang berada di surau,” katanya.
Ads
Menurutnya, Unit Forensik JBPM akan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kebakaran dan jumlah kerugian.
“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran membabitkan tingkat satu bangunan asrama pelajar lelaki di sekolah berkenaan.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Badan anak penuh luka cengkaman kuku, pengasuh nafikan perbuatan, ibu pula trauma melihat keadaan si kecil yang ditatang bagai minyak yang penuh. Kisah ini tular di media sosial dan mengundang kemarahan ramai ibu bapa, terutamanya mereka yang pernah meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain.
Segalanya bermula apabila seorang ibu menerima mesej WhatsApp daripada pengasuh memaklumkan anaknya mengalami luka di lengan. Namun, sebaik melihat dengan mata sendiri, hatinya seakan direntap. Luka itu dalam, besar, dan kelihatan warna kuning seperti lapisan lemak seolah-olah dicengkam kuku tajam.
Menurut ibu berkenaan, anaknya hanya dipegang oleh tiga orang pada hari itu dirinya, suami, dan pengasuh. Tetapi pengasuh berusia 24 tahun itu menafikan sekeras-kerasnya. Lebih mencurigakan, si ibu pernah melihat pengasuh tersebut menyimpan kuku panjang serta memakai inai hitam walaupun sudah diingatkan untuk memotongnya. Pada hari kejadian, kukunya tiba-tiba sudah pendek.
“Sumpah saya tak cengkam dia. Takkan la saya nak buat macam tu. Tapi biasalah, pengasuh kalau tak salah pun tetap dipersalahkan,” jelas pengasuh dalam mesejnya.
Walau bagaimanapun, si ibu pelik kerana pengasuh mendakwa luka itu sudah kering sedangkan ketika dilihat, ia masih merah dan segar. “Kuku kami suami isteri pendek. Jadi dari mana datang kesan kuku tu?” soalnya penuh tanda tanya.
Kisah ini mengundang pelbagai reaksi warganet. Ramai menasihati si ibu supaya segera mencari pengasuh lain demi keselamatan anak. Ada juga yang menyifatkan penjelasan panjang lebar tanpa diminta sebagai tanda cuba menutup kesalahan.
Periksa tubuh anak setiap hari – terutama selepas pulang dari jagaan.
Tegas dalam hal kebersihan – ingatkan pengasuh tentang kuku pendek, kebersihan tangan, dan cara mengendalikan bayi.
Pilih pengasuh berdaftar dan bertauliah – pastikan mereka mempunyai latihan asas penjagaan bayi.
Percaya naluri keibubapaan – jika rasa ada yang tak kena, ambil tindakan segera.
Anak adalah amanah paling berharga. Jangan abaikan keselamatan mereka walau di mana pun berada. Setiap luka pada tubuh anak adalah isyarat yang perlu disiasat kerana pencegahan sentiasa lebih baik daripada penyesalan.
Kisahnya pernah disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan kerana memerlukan kos yang tinggi untuk menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dua tahun lalu akibat menderita penyakit kepala besar atau hydrocephalus.
Malah ada juga bantuan lain yang disalurkan kepada kanak-kanak malang tersebut untuk menjalani pembedahan keduanya pada Julai yang lalu. Namun menurut laporan sebuah akhbar, kehadiran kanak-kanak Rohingya, Mohd Yasin Mohamad Rafique, 3, di jejantas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur, mengundang pertanyaan orang ramai.
.
Mereka hairan apabila Mohd Yasin dibiarkan memohon derma orang ramai di situ setiap hari dari 1 tengah hari hingga 8 malam. Bagaimanapun, menurut laporan yang dibuat, Mohd Yasin dan ibunya yang memakai purdah kerap berada di Masjid Jamek, Bukit Bintang dan beberapa lokasi tumpuan lain di sekitar ibu kota.
Apakah mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya atau kemungkinan tarikan meminta derma orang ramai mendorong ibunya memutuskan ia jalan mudah untuk mendapatkan wang.
Dalam keadaan Mohd Yasin terbaring di atas kerusi bayi menyebabkan orang ramai simpati, sekali gus menghulurkan derma dalam jumlah agak besar. Lapor akhbar itu lagi, wanita terbabit, Omar Akhtar Mohammad Nor, 21, berkata, dia terpaksa mengemis bagi menampung kos perubatan anak mencecah RM1,000 setiap kali membuat rawatan susulan di HKL.
“Anak dibedah dua tahun lalu di HKL menggunakan wang hasil bantuan orang ramai dan Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
“Ketika ini bagi menampung wang perbelanjaan rawatannya dan pemakanan, saya terpaksa mengemis bagi menanggung keluarga berikutan memegang kad UNHCR yang tidak boleh bekerja,” katanya.
Semakan turut dibuat oleh akbar terbabit menggunakan aplikasi UNHCR Verify mendapati kad Omar Akhtar dan Mohd Yasin adalah sah dan terdapat dalam sistem agensi itu. Omar Akhtar berkata, pendapatan suaminya yang bekerja sebagai pencuci kereta sebanyak RM1,200 sebulan tidak cukup untuk menampung kos rawatan anak mereka.
“Anak saya dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan menghidap penyakit ini sebelum berpindah ke Pandan Perdana, Ampang dan sejak itu anak menerima rawatan di HKL.
“Pendapatan suami digunakan untuk membayar sewa rumah dan keperluan harian, tambahan pula dia tidak boleh melakukan kerja berat kerana pernah mengalami kemalangan menyebabkan kakinya terpaksa dimasukkan besi,” katanya.
Mampu raih RM500 sehari
Menurutnya, sehari dia mampu mendapat purata RM500 hasil sumbangan orang ramai yang simpati melihat keadaan anaknya.
“Anak saya pula hanya minum air kotak dan seminggu sekali perlu ke HKL untuk rawatan lanjut dengan perbelanjaan rawatan mencecah RM1,000 setiap kali ke hospital,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia, Azah Hana Ahmad Azahari berkata, Mohd Yasin memang memiliki kad UNHCR dan pihaknya pernah merujuk kes berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun tiada tindakan boleh diambil berikutan kanak-kanak terbabit berstatus UNHCR.
“Mohd Yasin pernah dibantu dan menjalani pembedahan VP Shunt iaitu pemasangan tiub kekal di kepala bagi membolehkan lebihan air mengalir ke perut dan keluar melalui air kencing hasil derma rakyat Malaysia pada 2017 di HKL. sebelum ini.
“Kami tidak pasti sama ada ibunya membawa Mohd Yasin mendapatkan rawatan susulan di HKL selepas pembedahan dilakukan.
“Namun kami ada mendapat maklumat Mohd Yasin digunakan untuk meraih simpati orang ramai bagi mendapatkan derma,” katanya.
Individu Berbeza Bersama Mohd Yasin
Individu menularkan gambar Mohd Yasin yang diambil di TBS, Sabtu lalu, Saiful Izwan Ramli, 36, mahu tindakan segera diambil terhadap sindiket menggunakan anak kecil itu sebagai ‘peraih’ untuk mendapat derma.
“Saya bertanya kepada wanita berkenaan dan dia mengakui berasal dari Myanmar,” katanya.
Seorang wanita yang enggan dikenali berkata, setiap kali melalui jejantas itu, dia melihat orang yang berbeza menjaga Mohd Yasin.
“Semalam (kelmarin) saya melihat orang lain yang menjaga anak ini, hari ini (semalam) orang berbeza pula.
“Tidak tahu yang mana satu ibu sebenar kanak-kanak ini, mohon pihak berkuasa siasat,” katanya.
Isu pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) yang enggan menerima bayi bawah usia setahun semakin meresahkan ibu bapa di Selangor.
Kerajaan negeri menganggap perkara ini sebagai aduan serius kerana ia mendorong sebahagian ibu bapa mencari alternatif lain termasuk menghantar anak kepada pengasuh tidak berdaftar, sekali gus membuka risiko keselamatan.
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari berkata, situasi ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia berkait rapat dengan kesejahteraan dan keselamatan anak-anak kecil.
“Kita bimbang akhirnya ibu bapa terpaksa berpindah kepada pengasuh di rumah yang tidak berdaftar, sekali gus menyebabkan isu keselamatan dan pemantauan timbul,” katanya.
Menurut beliau, pihaknya telah mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha taska dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor untuk mendengar cabaran serta mencari penyelesaian terbaik.
Sehingga kini, terdapat 1,300 taska berdaftar di Selangor manakala sebahagian lagi masih beroperasi tanpa pendaftaran rasmi.
Kerajaan negeri memperuntukkan geran pusat penjagaan sebanyak RM400,000 bagi membantu operator taska berdaftar meningkatkan kualiti perkhidmatan.
“Usaha ini lebih kepada outreach, bukan menghukum. Kita juga ambil kira faktor kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 bermula 1 Ogos selain aspek keselamatan,” jelas Anfaal.
Beliau turut mengakui caj bulanan antara RM500 hingga RM700 yang dikenakan pengusaha taska pada masa ini tidak mencukupi untuk menampung kos operasi, menyebabkan ramai pengusaha tertekan.
Oleh itu, kerajaan negeri mencadangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) supaya mempertimbangkan pemberian subsidi kepada operator berdasarkan bilangan anak dihantar, bergantung kepada pendapatan ibu bapa.
“Setakat ini belum ada subsidi, namun kita boleh usulkan kerana melihat pengusahaan taska ini penting untuk menyokong ekonomi dan memberi ketenangan kepada ibu bapa bekerja,” katanya lagi.
Sebelum ini, laporan Sinar Harian mendedahkan sektor asuhan awal kanak-kanak berdepan cabaran besar apabila 35 hingga 40 peratus pengusaha taska berdaftar di seluruh negara menghentikan perkhidmatan penjagaan bayi bawah usia setahun. Situasi ini semakin memburuk kerana ada negeri-negeri tertentu langsung tidak menyediakan perkhidmatan mengasuh bayi kecil.
1.Sebelum memilih taska atau pengasuh, pastikan mereka berdaftar dengan JKM.
2.Semak tahap keselamatan persekitaran dan kelengkapan taska.
3. Perhatikan nisbah pengasuh kepada bayi untuk memastikan anak dijaga dengan rapi.
4. Jangan segan bertanya tentang latihan atau sijil pengasuh.
Langkah-langkah ini bukan sahaja menjamin kesejahteraan anak, malah memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa yang bekerja.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...