Tabiat ini tidak dinafikan banyak berlaku di kalangan si kecil. Ia perlu dicegah segera untuk mengelakkan kerosakan gigi kepada si kecil.
Menurut Dr Iqbal Rosali, Pegawai Pergigian dari Pusat Sejahtera, Universiti Sains Malaysia, tabiat ini menyebabkan gigi si kecil terdedah kepada karies botol susu.
Karies botol susu terbentuk bila cecair yang menyelaputi gigi tidak dibersihkan. Gigi hadapan atas kanak-kanak sering menjadi mangsa.
Ads
Beliau menyarankan ibu bapa melakukan 7 perkara ini untuk mengelakkan karies botol susu pada anak. Peranan ibu bapa amat penting untuk membersihkan dan mengurangkan pengguan botol secara berperingkat.
Rezeki duit, rezeki anak semua tu rahsia Allah. Cuma kita haruslah berusaha dan memohon doa dari-Nya tanpa putus asa. Mungkin disebalik kesulitan yang kita alami, ada lagi orang lain yang lebih susah.
Perkongsiaan yang sangat bermanfaat dari Abu Hurairah Roslan benar-benar menjentik hati kita untuk terus percaya dan yakin pada Allah.
Ada satu masa, saya buntu nak cari duit macamana. Anak dari seorang, dah bertambah dan sekarang empat. Kos sara hidup yang makin meningkat, amat memeritkan.
Setiap pagi sampai migrain memikirkan semua. Tak tahu dah buat apa. Satu hari, saya telefon mak. Saya mengadu tentang hal ini. Saya seperti tak tahu dah nak buat apa.
Mak pesan begini,
1. Rezeki Allah ni, dia seluas bumi Tuhan yang kita duduk ini. Kalau kita lihat tingginya langit, begitulah rahmatNya yang luas. Kalau kita lihat tanah dan bukit serta gunung ganang yang besar, begitulah juga banyaknya rezeki yang Tuhan akan beri. Maka, jangan merungut. Jangan putus asa.
2. Sedekah, akan membuka banyak pintu rezeki. Cari orang sapu sampah. Pergi ke tempat berkumpulnya sampah, pasti ada orang tengah mencari rezeki di situ. Bagi dia makan. Bagi dia walau RM10. Lihatlah Allah balas macamana nanti.
3. Jangan berkira dalam rumahtangga. Siapa ada rezeki lebih, hiburkan pasangan. Hiburkan anak-anak. Mereka itu semua sumber keberkatan dalam rezeki kita. Tak boleh bagi harta, bagi jiwa. Bagi bahagia. Kongsikan semua itu dengan anak-anak dan pasangan.
4. Pilih satu hari, transfer je berapa nak bagi. Ada simpan kan nombor akaun mak ayah? Ada simpan kan nombor akaun adik beradik? Ada baki RM5? Transfer je. Ikutlah berapa rasa yang mampu. Contohnya hari Jumaat je transfer pada sesiapa, niat sedekah. Itulah yang akan menambah bekalan dan kekuatan pada diri.
5. Jagalah sembahyang di awal waktu. Di atas waktu. Belajar tinggalkan dunia, dan utamakan Tuhan dalam setiap hal. Semuanya bermula dari sembahyang. Pertahankan sembahyang berjemaah. Itulah kekuatan bagi yang lemah.
Akhirnya, saya buat semua ini setiap masa dan waktu. Saya usaha. Saya tak mencuba, saya paksa. Kadang, hingga merangkak nak lawan nafsu dan sifat malas.
Hinggalah, Allah tunjukkan kasih sayangNya. Dengan jualan ribuan di setiap bulan. Allahuakbar! Dan, benarlah. Di penghujung jalan buntu dan tak tahu itu, rupanya adalah jalan pembuka bagi semuanya.
Allah mudahkan satu-satu. Allah mula bagi satu, dua hingga beribu. Allah nak kita belajar satu. Namanya percaya. Percaya itulah kekuatan. Yang memberikan kita power untuk melangkah lebih jauh.
Untuk dapat sesuatu, kita wajib memberi dahulu. Itulah yang Allah mahu. Dan, benarlah. Dari satu jadi beribu. Dari beribu semuanya datang dari yang satu. Dari Allah, Tuhanmu. Juga Tuhanku.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah seminggu dirawat di hospital, kesihatan adik Ainul Mardhiah kini semakin baik dan banyak perubahannya.
Bapanya, Ahmad Safiuddin menjelaskan daripada fasa kritikal sebelum ini, nampak perkembangan Ainul sangat positif dan dia kuat atas izin Allah dan rawatan yang diberikan oleh doktor dan jururawat.
Menurutnya, Ainul kini sudah sedar sepenuhnya dan tidak lagi bergantung pada mesin ventilator.
“Alhamdulillah, Ainul semakin baik. Dia dah sedar 100%. Bacaan darah dia hampir normal semuanya. Ventilator dah off, ubatan pun banyak dah diberhentikan. Cuma kuman masih ada lagi dan perlu teruskan antibiotik.
“Sehingga bila, itu terpulang pada Doktor. Doktor lebih tahu. Asalkan Ainul sihat je.
Hari ini Ainul kena tambah darah, terima kasih penderma-penderma darah.
“Ainul ni sangat perlukan darah tambahan, beruntung orang yang suka menderma darah ni. Pahala anda sentiasa mengalir sebab telah berbuat ihsan sesama manusia.
“Kalau tak ada yang ingin menderma darah, di mana lah hospital nak cari darah-darah untuk pesakit ni,” kongsinya.
Sementara itu, Ahmad Safiuddin turut memaklumkan lepas je Ainul sedar dari ditidurkan, dia tak tidur semalam dari siang hari. Malam tadi saya jaga Ainul di wad, pukul 2am baru tidur. Pukul 5.30am dia dah bangun.
“Ni sekarang turn mama dia pulak jaga, walid balik rumah jap tidur. Petang nanti walid datang balik.
“Bila kita ada anak yang tak sihat ni, suami isteri perlu sama sama ambil tanggungjawab. Berkomunikasi dan selalu bertolak ansur. Mudah mudahan Allah SWT bantu lancarkan urusan kita,” katanya.
Perkongsian walid Ainul itu buatkan ramai yang berasa lega dan mengucapkan syukur dengan perkembangan ini. Doa dan kata-kata semangat terus dititipkan buat Ainul agar kembali sihat seperti biasa tanpa apa-apa kesan sampingan lain.
Ekzema adalah sejenis keradangan kulit yang boleh menyebabkan bengkak, gatal atau ruam merah yang mengakibatkan kulit kelihatan seperti melecur. Dikenali sebagai atopic dermatitis, masalah kulit ekzema ini biasa berlaku pada bahagian muka, tangan, siku atau lutut, sering dialami oleh kanak-kanak dibawah usia 5 tahun, tetapi ia boleh dihidapi oleh sesiapa pada mana-mana peringkat usia.
Pelbagai cara boleh digunakan untuk merawat masalah ini, seperti penggunaan krim, produk semula jadi atau menjalani perubahan gaya hidup. Salah satu cara lain adalah dengan menggunakan kaedah rawatan rumah untuk merawat ekzema. Berikut adalah beberapa tip yang boleh digunakan.
Gel lidah buaya
Terdapat pelbagai kegunaan gel yang berasal dari tumbuhan lidah buaya ini. Salah satu fungsi umumnya adalah untuk melegakan ekzema. Gel ini mempunyai ciri-ciri antibakteria, antimikrobial, meningkatkan sistem imun dan penyembuhan luka.
Anda boleh mengambil gel ini dari daun lidah buaya sendiri dan menggunakannya secara terus dari daun.
Minyak kelapa
Terdapat kajian yang mengatakan penggunaan minyak kelapa dapat mengurangkan jumlah bakteria pada kulit dan menghindari risiko jangkitan. Minyak kelapa mengandungi asid lemak yang sihat yang boleh menambah kelembapan pada kulit, sekali gus baik untuk individu dengan masalah kulit kering dan ekzema.
Anda boleh menyapu minyak kelapa, selepas mandi atau beberapa kali dalam sehari untuk melembapkan kulit. Pastikan anda turut menyapunya sebelum tidur untuk memastikan kelembapan kulit sepanjang malam. Pastikan anda menggunakan minyak kelapa ‘dara’ atau ‘cold pressed’ – kaedah pengekstrakan minyak yang tidak menggunakan bahan kimia yang boleh menjejaskan kulit. Individu yang mempunyai alahan kepada kelapa, tidak patut menggunakan minyak kelapa.
Cuka epal
Dipercayai antara rawatan rumah yang popular untuk pelbagai masalah kesihatan, termasuk masalah kulit. Walaupun tiada kajian untuk mengesahkan fakta ini, tetapi National Eczema Association (NEA) melaporkan bahawa cuka epal ini boleh membantu masalah kulit ekzema. Cuka epal dipercayai dapat memberikan keseimbangan kepada tahap keasidan kulit dan melawan bakteria.
Perkara paling penting dalam penggunaan cuka adalah untuk mencairkan (dilute) cuka terlebih dahulu dengan cara mencampurkan sesudu cuka bersama segelas air, jika tidak, cuka boleh menyebabkan luka terbakar atau kecederaan lain.
Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakannya dengan cara balutan basah iaitu dengan meletakkan campuran cuka yang telah dicairkan ke atas kapas atau kain kasa dan letakkan ia pada bahagian kulit yang bermasalah dan lindunginya atau tutupnya dengan kain yang bersih. Anda juga boleh memilih cara mandian dengan mencampurkan dua cawan cuka ke dalam tab mandian panas dan rendam selama 15-20 minit. Selepas itu bilas badan dengan air yang bersih. Sapu pelembap pada badan beberapa minit selepas mandi.
Minyak matahari
Berfungsi untuk meningkatkan ciri pelindung kulit dan membantu mengekalkan kelembapan serta mempunyai fungsi anti-keradangan. Anda boleh menyapu minyak ini kepada kulit individu dewasa sebanyak dua kali sehari, dengan salah satu sapuan dilakukan selepas mandi dalam keadaan kulit masih basah. Tetapi jika anda mengetahui bahawa anda alah kepada biji bunga matahari, elakkan penggunaan minyak ini.
Madu
Merupakan agen antibakteria dan anti-keradangan semula jadi kerana dapat membantu menyembuhkan luka dan meningkatkan fungsi imun yang bermakna dapat membantu melawan jangkitan. Madu dapat membantu mencegah jangkitan semasa melembapkan kulit dan mempercepatkan penyembuhan bagi individu yang mengalami ekzema. Anda boleh mencuba kaedah ini dengan menyapu sebatian madu ke bahagian yang bermasalah.
Tetapi rawatan setiap ekzema adalah berbeza mengikut jenis kulit dan diri individu tersebut. Yang penting anda perlu kenal pasti apa pencetus ekzema dalam diri anda ataupun anak anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!