Ads

Tabika KEMAS Kini Jadi Rebutan Ibu Bapa, Laku Keras!

Kalau dulu Tabika KEMAS selalu dianggap pilihan “backup” untuk ibu ayah yang nak cari tadika murah, sekarang situasi sudah jauh berubah. Tabika KEMAS kini jadi antara pilihan utama ramai ibu bapa, terutama di kawasan padat seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Johor, hingga permohonan meningkat berkali ganda.

Boleh kata sekarang Tabika KEMAS memang tengah “laku keras” dan makin sukar untuk dapat tempat, sebab ramai ibu bapa mula sedar, kualiti pendidikan awal yang ditawarkan Tabika KEMAS bukan biasa-biasa.

Kualiti Macam Swasta, Tapi Yuran Serendah RM20 Sebulan

Permohonan kemasukan ke Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Negeri Sembilan misalnya turut mencatatkan permintaan luar biasa, khususnya kawasan bandar dan pinggir bandar. Menurut Timbalan Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk Mohd Asna Amin, sambutan tinggi ini boleh diibaratkan seperti “pisang goreng panas”.

Tabika KEMAS Kini Jadi Rebutan Ibu Bapa, Laku Keras!

Apa yang buat ibu ayah tertarik?

Antaranya kerana mutu pendidikan Tabika KEMAS kini dilihat setaraf institusi swasta, dan pada masa yang sama Tabika KEMAS juga memberi penekanan kuat kepada Pelan Digital Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang menjadi fokus utama tahun ini.

Paling menarik, yuran bulanan yang dikenakan sangat minimum iaitu sekitar RM20 hingga RM50 sebulan, dan murid turut menerima makanan percuma. Malah di beberapa kawasan tertentu, ada ibu bapa yang hanya membayar serendah RM5 sahaja, dengan kemudahan makanan percuma yang sama.

Untuk ibu ayah yang tengah berjimat, ada anak ramai atau perlu urus kewangan dengan bijak, ini memang satu berita yang buat ramai menarik nafas lega.

Ads

“Ini jelas menunjukkan komitmen KEMAS dalam memastikan pendidikan awal yang berkualiti dan mampu milik untuk semua lapisan masyarakat,” katanya.

Bukan Siapa Cepat Dia Dapat, Tapi Ada Tapisan & Keutamaan

Dalam hal kemasukan pula, ibu ayah kena tahu satu perkara penting. Tabika KEMAS tidak guna konsep “siapa cepat dia dapat”, sebaliknya setiap permohonan akan melalui proses tapisan yang teliti.

Keutamaan diberikan kepada keluarga kurang berkemampuan, supaya peluang pendidikan awal yang berkualiti ini benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

Jadi kalau ada ibu ayah yang rasa “kenapa lambat dapat jawapan”, sebenarnya ada proses yang perlu diikuti, bukan sekadar isi borang dan terus dapat tempat.

Ads

Tabika KEMAS Pun Makin Ke Hadapan Dengan Pelbagai Inisiatif Baru

Bila sebut Tabika KEMAS, ramai ibu ayah bayangkan sistem lama. Tapi realitinya, Tabika KEMAS sekarang sedang bergerak aktif dengan pelbagai pembaharuan.

Menurut Datuk Mohd Asna Amin, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terus memperkukuh pembangunan modal insan melalui program pendidikan yang lebih menyeluruh.

Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan termasuk:

Ads
  • Pra-Tahfiz Tabika KEMAS
  • TVET Tahfiz
  • Program Smart Classroom@KEMAS untuk pendidikan digital merentas desa
  • Program PeliTa@KEMAS bagi melahirkan huffaz cilik

Yang ini buat ramai ibu ayah rasa lebih yakin, sebab perkembangan anak bukan hanya dari segi akademik semata-mata, tapi juga menyentuh aspek sahsiah, nilai dan kemahiran.

Tabika Khas Autistik Akan Dibina Di Setiap Negeri

Dalam masa yang sama, KEMAS juga mengambil langkah yang sangat positif dan inklusif apabila memaklumkan bahawa Tabika KEMAS khas untuk kanak-kanak autistik akan mula dibina di setiap negeri mulai tahun ini.

Langkah ini dianggap sangat penting kerana ramai ibu ayah anak istimewa selama ini berdepan kesukaran mendapatkan tempat pendidikan awal yang sesuai dan berpatutan.

“Penubuhan tabika khusus ini mengambil kira ekosistem pendidikan Kemas yang berkeupayaan menawarkan pendidikan khas, sekali gus memastikan kanak-kanak autistik tidak tercicir daripada sistem pendidikan awal,” katanya sambil berharap pelaksanaan inisiatif tersebut berjalan lancar seperti dirancang.

Penubuhan tabika khusus ini juga menunjukkan KEMAS melihat keperluan pendidikan khas sebagai satu perkara yang perlu diberi perhatian serius, supaya kanak-kanak autistik tidak tercicir dalam sistem pendidikan awal.

Sumber & Gambar: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Ekzema Anak Berkait Dengan Asma & Resdung Ibu Bapa? Fahami Fenomena...

Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.