Tular video pelajar Tahfiz melakonkan watak penjual dan pembeli seperti satu trend di media sosial. Video berdurasi 15 saat itu meraih lebih 3.2 juta tontonan dengan rata-rata terhibur melihat kecomelan juga gelagat pelajar tahfiz ini.
Perkongsian di TikTok @puteriscafe telah mencuri perhatian ramai, memaparkan momen pelajar-pelajar Tahfiz menjalankan urusan jual beli. Tutur kata mereka yang lembut dan sopan telah mengundang pelbagai komen positif, dengan ramai netizen memuji akhlak dan adab yang ditonjolkan.
Memetik laporan Harian Metro, Pemilik Gerai Puteri’s Cafe adalah seorang wanita dikenali sebagai Puteri, 28, yang memberitahu pelajar tahfiz dalam video adalah dari Madrasah Tahfiz Darul Zikri, Bandar Tasik Puteri. Mereka dikenali Fayyadh, 9, Faqeh, 12, Luqman, 13, dan Danish, 14.
Kata Puteri, mereka cuma ikut sama berlakon dalam video untuk suka-suka saja dan bukan kerana bekerja dengan saya atau ada maksud lain.
@puteriscafe Sabar itu kan separuh daripada iman 🥰 #cafetepijalan #kopimokapot ♬ original sound – Puteri’s cafe
Bercerita lanjut, Puteri berkata, dia tenaga pengajar di madrasah itu dan pelajar berkenaan anak didiknya.
“Pelajar teruja dan tawar diri untuk buat ‘content’ (perkongsian) TikTok, jadi saya rakam kemudian muat naiknya.
“Tak sangka ramai teruja dan kata video itu lain daripada yang lain. Ada mesej cuba disampaikan dalam video berkenaan iaitu bersabar dalam apa jua keadaan,”
Menurut Puteri, sejak video itu tular, gerainya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
“Alhamdulillah, ramai yang singgah ke gerai yang saya usahakan dengan suami (Abd Rahman Abas, 40) dan setakat ini, kami menjual shawarma selain minuman kopi serta matcha,” katanya.
“Kami berniaga di rumah selama dua tahun sebelum buka gerai pada September lalu. Perniagaan ini tiada kaitan dengan pelajar serta madrasah, cuma anak tahfiz selalu ke gerai untuk memeriahkan suasana,” katanya.
NETIZEN PUJI CARA BERCAKAP
Meninjau di ruangan komen rata-rata memberi pujian cara percakapan pelajar Tahfiz sehingga ada yang ingin datang ke gerai berkenaan berjumpa dengan pelajar-pelajar itu.
“Soft spoken bEtul adik tu.”
“Saya nak kemunculan adik ni lagi in the next video.”
“Ni lagi better sedap dengaq xjadi marah customer tu.”
“Yang soft selalunya yang menusuk.”
“Bila pelajat tahfiz bercakap. Allah lembut betul ye. Kemain sedap dgr dkt telinga.
“Ye akak sabar ni dek,sbb tu akak ulang video hang ni berpuluh2 kali.”
“Nak datang gerai ni, nak jumpa adik ni.”
Sumber: puteriscafe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI