Selepas dua tahun berkahwin, Fazura mengumumkan dia dan suami Faattah Amin bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.
Dalam perkongsian Fazura di akaun Instagram miliknya, dia memaklumkan bahawa dirinya sedang hamil empat bulan. Dalam posting tersebut juga Fazura mengucapkan rasa syukur dengan anugerah paling bermakna buat diri dan suami tercinta.
Ads
Menurutnya dia dan suami sentiasa yakin dengan percaturan Allah dan menyatakan ini adalah waktu yang paling tepat untuk mereka dikurniakan zuriat.
After two years of marriage, my husband @fattahaminz and I are delighted to share that we are expecting our first child. I am currently in my fourth month of pregnancy. We always believe in Allah’s perfect timing and we are overjoyed by the most beautiful gift Allah SWT has granted upon us. Nothing in the world matters more to us right now than our precious one. We would like to deeply thank everyone for your never ending prayers and well-wishes for us all this time. We are grateful for every single moment of this beautiful phase and we look forward to the blissful months to come. InsyaAllah. Once again, Alhamdulillah and thank you all from the bottom of our hearts.
Ads
Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. 🙏🏻❤️✨👶🏼@fattzuralovelife
Tahniah diucapkan kepada Fazura dan Fattah Amin dengan berita kehamilan yang dikongsikan. Pastinya berita ini ditunggu-tunggu oleh semua peminat setia Fattzura. Didoakan semoga ibu dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat sentiasa. Amin!
Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.
GDM biasanya dikesan selepas minggu ke 24 kehamilan dan berlaku kepada 1-14% peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang di kandung.
Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita boleh menghidap GDM tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya.
Menurut farmasialarif, terdapat beberapa makanan yang harus dielak oleh ibu mengandung yang menghidap GDM. Jom lihat video yang dikongsikan di Instgram.
Dengan mematuhi garis panduan yang dijelaskan di atas, anda mempunyai peluang yang baik untuk bersalin normal dan melahirkan bayi yang sihat walaupun menghidap GDM. Yang penting, sentiasa berbincang dengan pasukan penjaga kesihatan anda bagi mencapai matlamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Anzalna Nasir belum bersedia untuk berkongsi jantina anak keduanya meskipun usia kehamilan sudah mencecah lapan bulan.
Anzalna berkata, dia sengaja merahsiakannya kerana mahu memberi kejutan kepada keluarga dan rakan terdekatnya.
“Alhamdulillah kandungan sudah memasuki lapan bulan. Saya tiada niat nak rahsiakan kandungan kedua ini tapi saya menunggu waktu yang tepat sebelum berkongsi kepada umum.
“Sejujurnya saya sudah tahu jantina anak dalam kandungan tapi saya rahsiakan untuk memberi kejutan kepada keluarga dan teman-teman rapat,” katanya.
Menurut Anzalna, anak sulungnya, Eidrees antara yang teruja menantikan kehadiran adiknya tidak lama lagi.
“Eidrees sudah faham yang dia bakal mendapat adik. Saya harap Eidrees dapat jadi abang yang baik.
“Suami pula sejak tahu saya hamil dia tak bagi saya bekerja. Kalau boleh nak saya duduk di rumah tetapi saya agak degil. Selepas saya pujuk, dia memberikan kebenaran untuk saya menjayakan beberapa kempen.
“Saya tak sangka selepas bertudung dan hamil anak kedua, banyak rezeki masuk. Tetapi saya memilih mengikut kesesuaian dan menerima tawaran yang benar-benar berbaloi,” katanya yang bakal menyambut kelahiran anak kedua pada bulan Syawal akan datang.
Sebelum ini, Anzalna tidak berkongsi kepada umum mengenai kandungan keduanya sehinggalah pada 1 Ramadan lalu dia memberitahu dan mengharapkan yang baik-baik untuknya dan bayi yang akan lahir nanti.
Eidrees pun bakal genap 3 tahun pada 31 Mei depan dan pastinya tak sabar untuk ada kawan di rumah. Moga proses kelahiran berjalan lancar dan mommy serta baby sihat.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu yang pertama kali disahkan hamil pastinya ternanti-nanti saat untuk melakukan scan atau imbasan kehamilan untuk melihat janin di dalam kandungan.
Apa ada sebenarnya dengan scan dan imbasan ini? Jom ketahui apa yang boleh anda jangkakan ketika melakukan scan awal kehamilan, seperti yang dikongsikan oleh Hello Doktor.
Prosedur scan atau ultrabunyi (ultrasound) merupakan ujian diagnostik tanpa rasa sakit yang dilakukan kebanyakan wanita semasa tempoh kehamilan.
Gelombang bunyi berfrekuensi tinggi akan bergerak ke dalam rahim dan kembali daripada janin sebagai getaran. Gema yang dihasilkan akan diterjemah ke isyarat elektrik dan dipancarkan sebagai gambar hitam putih pada monitor – memaparkan tisu lembut dan organ bayi.
2 jenis imbasan
Terdapat 2 jenis imbasan yang boleh dilakukan ketika awal kehamilan. Ini yang anda perlu tahu.
1. Transvaginal Probe
Janin berada di dalam pelvis pada awal kandungan dan gelombang bunyi tidak dapat melepasi tulang, maka transvaginal probe- transduser dimasukkan ke dalam faraj, bagi membolehkan doktor melihat rahim melalui serviks. Prosedur ini dilakukan dengan probe berbentuk seakan tongkat yang ditutupi sarung lateks, seperti kondom.
Untuk scan awal kehamilan ini, doktor akan menggunakan sedikit pelincir dan memasukkan transduser ke dalam faraj secara perlahan. Peranti akan digerakan bagi membentuk gambar yang diperlukan di skrin. Ia tidak menyakitkan pada dasarnya, cuma mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
2. Transabdominal Ultrasound
Selepas beberapa minggu pertama, kebanyakan doktor akan melakukan ultrabunyi pada perut bagi prosedur scan awal kehamilan.
Gel akan disapukan pada kulit perut bagi membolehkan transduser – peranti seakan mikrofon, meluncur dengan lebih mudah dan meningkatkan penghantaran gelombang bunyi ke dalam badan.
Doktor akan menggerakkan transduser pada perut dengan sedikit tekanan dan gelombang bunyi yang diterima akan menghasilkan gambaran bayi dalam kandungan.
Waktu sesuai scan di awal kehamilan
Umumnya waktu untuk melakukan scan kandungan pertama adalah berbeza bagi setiap individu.
Scan awal kehamilan (minggu ke 6-8)
Pemeriksaan ultrabunyi yang dilakukan sekitar minggu ke 6 – 8 kehamilan biasanya disyorkan jika ibu hamil mempunyai gejala kehamilan berisiko tinggi seperti:
* Pendarahan
* Sakit perut
* Sejarah keguguran kandungan
* Sejarah kecacatan kelahiran
* Komplikasi kehamilan
Biasanya doktor akan menggunakan prosedur transvaginal probe untuk mendapatkan gambaran lebih jelas berkaitan degupan jantung bayi, tarikh jangkaan bersalin dan juga perkembangan semasa kehamilan anda.
Doktor juga dapat menentukan sama ada ia kehamilan berganda atau mempunyai risiko kehamilan ektopik – janin membesar di tiub fallopio dan bukannya rahim.
Imbasan Dating (minggu ke 10-13)
Sekiranya tidak melakukan scan awal kehamilan pada minggu ke 6 – 8, anda mungkin akan menjalani ultrasound dating sekitar 10-13 minggu kehamilan.
Pemeriksaan transabdominal ini akan meramalkan due date, memeriksa degupan janin dan menentukan jumlah bayi dalam kandungan. OB-GYN turut akan memeriksa anatomi asas janin seperti panjang kepala.
Ukuran tersebut penting untuk dilakukan bagi menentukan apakah ukuran janin bersesuaian dengan ukuran sepatutnya berdasarkan haid terakhir ibu hamil.
Scan kandungan: Tinjauan anatomi (minggu ke 18-20)
Jika anda tidak menjalani scan awal kehamilan pada trimester pertama, prosedur ultrabunyi anda biasanya dilakukan sekitar minggu 18 – 20.
Untuk imbasan pada tempoh ini, doktor akan menilai hampir 35 elemen termasuklah berkaitan otak, jantung, buah pinggang, limfa, wajah, jantina dan sebagainya.
Ukuran diameter dan keliling kepala dan perut serta panjang tulang paha bayi turut akan diambil. Doktor akan mencari dan menilai ciri fizikal yang menunjukkan sebarang kelainan.
Namun seperkara yang perlu ibu fahami, pemeriksaan imbasan ini tidak dapat mengesan semua kecacatan kelahiran dan hasil scan normal tidak menjanjikan bayi sihat 100%.
Walau bagaimanapun, melakukan imbasan menggunakan alat diagnostik hebat ini dapat membantu memastikan kehamilan dan bayi dalam kandungan berada pada landasan yang betul.
Persediaan untuk scan
Apakah persediaan bagi ibu hamil sebelum melakukan scan kandungan?
* Bagi wanita yang kehamilannya kurang daripada 14 minggu, akan diminta untuk mengisi pundi kencingnya dengan kapasiti yang mencukupi.
* Gelombang bunyi dapat bergerak lebih baik melalui cecair, maka pundi kencing yang penuh dapat meningkatkan kualiti ultrabunyi pada imbasan tempoh awal kehamilan.
* Pakai pakaian yang bersesuaian untuk melakukan ultrasound, seperti pakaian yang memudahkan akses ke perut.
* Terdapat sesetengah tempat menawarkan penggunaan ultrabunyi 3D yang memberikan gambar bayi berkualiti dengan lebih perincian. Teknologi ini biasanya digunakan untuk menilai pertumbuhan dan perkembangan bayi dengan lebih baik, serta mengesan kelainan wajah atau kecacatan tiub saraf.
Melalui pengalaman keguguran sememangnya cukup menyedihkan bagi seorang ibu hamil. Perlukan sokongan emosi yang cukup kuat dari orang-orang sekeliling. Ditambah pula dengan kerisauan sama ada sudah sembuh sepenuhnya ataupun belum.