Tahniah Ippo Hafiz! Kini Bergelar Bapa. Isteri Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama. Nama Yusuf Zarin Nur Jadi Pilihan

Share

Tahniah buat Penyanyi Ippo Hafiz dan isteri yang kini sudah bergelar ibu dan bapa kepada seorang anak lelaki yang comel.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya.

Dalam posting tersebut, Ippo turut mendedahkan wajah comel  bayi lelakinya yang diberi nama Yusuf Zarin Nur.

Ippo menzahirkan rasa syukur dengan kehadiran bayi itu dan menyatakan bahawa isterinya itu melahirkan si kecil mereka pada waktu Asar semalam.

Dalam kapsyen itu juga Ippo turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan disamping ucapan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang bertugas sepanjang proses kelahiran cahaya mata sulungnya itu.

“Segala puji milik Allah, waktu asar tadi lahir lah “Yusuf Zarin Nur”

“Sungguh kuat bidadari @fararoslanx yang bertarung nyawa tadi, terima kasih yang mendoakan ya,

“Terima kasih Dr Khamsiah & Staff Nurse dari @andorrahospitalofficial yang sangat powerrrr membantu dan berjuang dalam proses kelahiran.

“Terima kasih tak terhingga, sangat excited. Sungguh hargai penantian selama 9 bulan ini,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.

Ippo dan Fara selamat melangsungkan perkahwinan pada Ogos 2019.

Pasangan ini mula akrab selepas penggambaran video muzik lagu Ippo, Saat Bahagia. Selepas setahun berkenalan, majlis merisik diadakan pada 10 Mac 2019.

Sumber: Gempak & IG Ippo Hafiz

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

 

 

IKLAN