Nazmi Faiz satu nama yang tidak asing dalam sukan bola sepak Malaysia. Dia yang kini bermain untuk pasukan Johor Darul Takzim semalam berkongsi berita gembira apabila isteri tersayang, Nurul Yasmin selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Berita tersebut disampaikan oleh Nazmi menerusi akaun Instagram miliknya yang mempunyai 193 ribu pengikut.
Dalam entri tersebut, Nazmi menzahirkan ucapan syukurnya kepada Allah SWT kerana urusan bersalin isteri tersayang berjalan dengan lancar.
Dalam pada itu, Nazmi juga turut berkongsi nama puteri sulungnya itu dalam posting tersebut. Memilih Maria Miqayla untuk cahaya mata sulungnya itu.
“Assalamualaikum Puteri Sulungku Maria Miqayla. Syukur Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar.
Posting yang dibuat juga mendapat komen-komen mengucapkan tahniah kepada dia dan isteri tercinta daripada rakan dalam arena sukan bola sepak dan juga dari peminat.
Ads
Untuk makluman, Nazmi dan isteri, Nurul Yasmin melangsungkan perkahwinan pada November 2017.
Ads
Tahniah diucapkan kepada pasangan muda ini. Semoga dengan kehadiran cahaya mata pertama ini akan melengkapkan lagi kehidupan rumahtangga yang dibina.
Ada segelintir ibu lepas bersalin kurang memberi perhatian kepada beberapa pantang-larang yang seharusnya dielakkan sepanjang melalui tempoh berpantang. Ia ‘dilanggar’ kerana dianggap remeh dan tidak penting.
Amalan-amalan yang ada dalam rutin berpantang tradisional diakui melecehkan, namun anda perlu memikirkan aspek tahap kesihatan diri dalam jangka masa panjang. Jadi, tiada salahnya jika anda patuh kepada amalan berpantang yang telah ditetapkan. Kesan buruknya mungkin tidak dapat dilihat dalam masa terdekat tetapi akan kelihatan apabila anda meningkat usia.
Tidak pakai stoking
Membiarkan kaki kesejukan dan dimasuki angin akan mengganggu proses penyembuhan sewaktu anda berpantang. Buikan setakat orang berpantang, golongan wanita biasa pun sebenarnya perlu memakai stoking demi mengelakkan angin memasuki tubuh dan menyebabkan masalah sejuk juga.
Ibu jari kaki terhantuk
Sekiranya ibu jari terhantuk, ia boleh menyebabkan anda mengalami bentan. Dikatakan ada kes ibu jari jari kaki terhantuk yang menyebabkan ibu bepantang itu demam akibat bentan.
Jika difikirkan secara logik, ibu jari kaki mempunyai titik tertentu yang boleh memberi kesan kepada tubuh. Ketika dalam tempoh berpantang, anda masih lagi lemah. Sebab itulah, anda kena jari ibu jari kaki daripada sebarang risiko terhantuk dan sebagainya.
Mandi air sejuk
Semasa berpantang, anda digalakkan untuk mandi air rebusan daun herba yang suam. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Anda juga perlu elakkan diri daripada boleh menyebabkan tubuh menggigil semasa mandi.
Memandangkan anda disarankan mandi menggunakan air rebusan daun herba, jangan lupa ratakan air mandian itu ke tubuh dengan menggunakan tangan supaya semua khasiat yang ada pada air mandian berkenaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Tidur mengiring
Posisi tidur bagi orang berpantang haruslah dalam keadaan lurus secara menelentang. Bantal juga harus ditinggikan di mana kedudukan kepala diselarikan dengan kedudukan tubuh. Cara ini bagus kerana dapat mengurangkan masalah pening atau sakit kepala. Kaki anda juga perlu dirapatkn bagi mempercepatkan proses penyembuhan rahim.
Mencangkung
Posisi mencangkung boleh menyebabkan rahim terkeluar dan risiko tumpah darah. Oleh sebab itulah ibu berpantang dilarang sama sekali daripada melakukan posisi ini.
Makan ubi
Ibu dalam pantang tidak dibenarkan mengambil sebarang makanan atau lauk-pauk yang mengandungi bahan berasaskan ubi. Ubi berkenaan termasuklah keledek, ubi kayu, keladi dan lain. Larangan ini dilakukan kerana ubi-ubian boleh mengganggu pencernaan anda.
Selain daripada itu, ia boleh menyebabkan anda mengalami kembung perut. Bagi anda yang sememangnya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu ketika berpantang ini, anda langsung tidak boleh makan ubi.
Mandi tidak berbangku
Pergerakan yang terlalu aktif akan menyebabkan tenaga banyak dikeluarkan. Dengan yang demikian, ia akan membantutkan proses pemulihan dalaman tubuh anda. Walaupun sekadar mandi, duduklah di bangku kecil. Nampak remeh tetapi tubuh anda masih lemah sudah berasa sihat dan bertenaga. Jadi, kurangkan pergerakan semasa di bilik mandi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penularan wabak Novel Coronovirus kini semakin meruncing. Setiap hari jumlah individu yang dijangkiti semakin meningkat, malah jumlah kematian juga menunjukkan angka yang membimbangkan terutamanya di negara China.
Menerusi laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga 9 Februari 2020, 12 tengah hari sebanyak 40,160 kes dicatatkan di seluruh dunia yang melibatkan 25 negara dengan jumlah kematian 906.
Malaysia turut mendapat tempias dengan mencatatkan sebanyak 17 kes positif virus ini dengan 18 kes masih menunggu keputusan dari makmal. Namun dua daripada kes yang ada di Malaysia sudah disahkan pulih sepenuhnya.
Walaubagaimanapun langkah berjaga-jaga perlu diteruskan supaya penularan wabak ini dapat dibendung daripada terus menjangkiti rakyat di negara kita. Prihatin dengan situasi penularan wabak Novel Coronavirus (2019-NCoV) yang boleh menjangkiti orang sekitar melalui cecair saluran pernafasan dan juga melalui udara, seorang lelaki Mustaqim Kumar Abdullah Sooria membersihkan Kawasan-kawasan permainan yang ada di sekitar Kawasan Bukit Jelutong U8, Shah Alam.
Gambar-gambar lelaki ini fokus sedang membersihkan taman permainan di sekitar Kawasan Bukit Jelutong itu tular di media sosial. Usaha murni lelaki ini mendapat pujian ramai namun dia kesal kerana ada segelitir orang ramai yang mentertawakan usahanya itu.
Menurut Mustaqim, apa yang dibuat adalah secara sukarela dengan niat untuk membantu masyarakat di Kawasan tersebut supaya tidak memandang rendah dengan virus tersebut. Dengan berbuat demikian dia berharap agar kanak-kanak yang tinggal di Kawasan tersebut tidak dijangkiti virus berkenaan yang sedang menyerang puluhan ribu orang di seluruh dunia.
Meskipun ditertawakan, usaha Mustaqim mendapat pujian warga net. Ramai yang memuji keprihatinan lelaki ini dan mendoakan yang terbaik atas usaha yang dibuat olehnya.
Apa yang dilakukan oleh Mustaqim ini memang wajar dapat pujian dan seharusnya orang ramai turut Bersama-sama berganding bahu dalam membendung penularan wabak virus yang merbahaya itu. Sekurang-kurangnya usaha yang dilakukan ini dapat membantu mengurangkan risiko penularan virus tersebut.
Jangkitan kuman pada luka caesarean adalah amat ditakuti ibu-ibu yang bersalin. Doktor jelaskan 4 kategori wanita ini yang berisiko tinggi alami jangkitan pada luka pembedahan. Awas mama, hati-hati!
Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan berkongsi mengenai pengalamannya mengendalikan kes wanita selepas bersalin yang mendapat jangkitan pada luka pembedahan caesarean. Beliau juga turut berkongsi info lanjut mengenai infeksi luka pembedahan dan siapa yang perlu berisiko & ekstra hati-hati.
“Awak sapu ubat apa pada luka operation ni ?”
Luka pembedahan caesarean kelihatan kekuningan dan berwarna coklat kehitaman. Bila dirasa guna tangan, lukanya panas dan bengkak
“Saya sapu kunyit dan manjakani doktor. Ada orang cakap bagus untuk sembuhkan luka operation. Saya pun try lah. Lepas sapu tu luka saya jadi merah merah dan bengkak. Sampai takboleh tidur sakitnya. Tak tahan dah, tu yang saya jumpa Dr ni”
Pemeriksaan dilakukan untuk kenal pasti sebab luka bengkak dan lebam. tangan saya ditepis
“Doktor sakit sangat, jangan pegang luka tu”
“Luka awak ni da bernanah, bila picit je memancut nanah keluar. Sib baik tak kena muka saya”
“Menyesal dah saya sapu benda bukan bukan kat luka ni. Taubat dahhh”
Dalam nada berseloroh,
Nanti dalam wad, sapu serbuk kari plak tau, mana lah tau cepat sembuh…. serbuk kayu manis jangan lupa, dah alang-alang tu kan ?
PENINGKATAN KELAHIRAN MELIBATKAN CAESAREAN
Dalam standard praktis obstetrik, kadar caesarean telah meningkat dalam 20 tahun lepas dengan 20% baby dilahirkan secara caesarean.
Dengan pelbagai cara untuk mengurangkan kadar kelahiran secara caesarean ini, tiada bukti atau pun ura-ura menunjukkan kadar caesarean ini akan menurun dalam masa yang terdekat.
Maka, masalah berkaitan seperti duduk hospital lama, dan cara untuk merawat jangkitan pada luka pembedahan caesarean adalah perkara yang penting dan menjadi tugas utama doktor sakitpuan dan perbidanan selain menguruskan hal-hal kesihatan wanita dan kehamilan.
6 DARI 10 WANITA BERSALIN CZER AKAN ALAMI INFEKSI PADA LUKA BEDAH
Secara keseluruhan, jangkitan kuman berlaku 6 dalam 100 wanita yang menjalani pembedahan caesarean – ini adalah komplikasi yg sangat biasa berlaku dan telah dimaklumkan kepada pesakit sebelum pembedahan caesarean dilakukan.
Dalam kajian terbaru menyatakan 9.6% wanita mengalami jangkitan selepas pembedahan caesarean di UK ( untuk data Malaysia saya takda ). Majoriti dlm 88% jangkitan ini melibatkan lapisan atas kulit dan baki 12% melibatkan lapisan lebih dalam termasuklah organ dalaman.
SIMPTOM JANGKITAN KUMAN
Tanda-tanda jangkitan kuman pada luka pembedahan caesarean :
4 KATEGORI IBU YANG BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN PADA LUKA CAESAREAN
Siapa yang senang dapat jangkitan kuman pada luka caesarean?
RAWATAN YANG DIBERIKAN
Bila sudah berlakunya jangkitan kuman pada luka caesarean ini, sampel (swab) akan diambil pada luka ini utk mengetahui kuman apa yang ada menyebabkan jangkitan itu. Penyiasatan darah juga turut dilakukan.
Kalau jangkitan kuman baru nak bermula dan tak berapa teruk, rawatan antibiotik akan dimulakan untuk 5-7 hari, biasanya pesakit boleh makan kat rumah. Selepas seminggu pesakit ini akan dijumpa semula untuk melihat sama ada jangkitan ini sudah sembuh atau tidak
LEBAM-LEBAM TANDA JANGKITAN TERUK PADA LUKA
Kalau jangkitan pada luka teruk, sehingga ternampak lebam lebam dan pengumpulan darah beku pada luka, pesakit mungkin akan dimasukkan ke dalam wad untuk pemberian antibiotik melalui salur darah ( intravenous ) kemudian proses cuci luka akan dilakukan dari semasa ke semasa sebelum memastikan jangkitan kuman sudah tiada sebelum luka dijahit semula.
DOKTOR PESAN JANGAN SAPU SEMBARANGAN PADA LUKA PEMBEDAHAN
Jangan gatal nak sapu tepung ubi kayu la serbuk kari la serbuk kunyit lah kat luka operation. Bersihkan guna air mandian biasa dan keringkan luka selepas mandi dah cukup. Tak perlu sapu apa apa.
Susu ibu sejuk sebenarnya selamat diminum terus oleh bayi tanpa dipanaskan. Ketahui kelebihannya, cara memanaskan susu dengan betul serta panduan penting yang setiap ibu perlu tahu.